Sunday, January 15, 2012

aku mahu sentiasa TERSENYUM

     kehidupan...jika kita lihat kehidupan..pasti kita akan terfikir...adalakah patut aku hidup begini..adakah kehidupan aku adalah yang terbaik untuk aku??manusia sebenarnya dijadikan sebaik-baik kejadian..ada perasaan..ada hati..ada jiwa dan ada akal serta nafsu...namun seringkali jua manusia ini tertewas dengan dugaan yang yang diberikan...maha pencipta..Allah S.W.T akan menguji setiap hambanya dan dengan itu jualah hambanya akan taat kepada penciptanya..betol tak??namun mengapa seringkali manusia ini tertewas dengan dugaan allah??dan dengan itu jua, timbullah bait2 kekecewaan dan putus asa....sama la seperti aku sebenarnya..hahahah ade beberapa situasi yang pernah membuatkan aku putus asa dalam hidup(tapi xde sampai tahap yang ak xsedari) :

1. aku disahkan mengidap peyakit kronik, yang dimana aku terpaksa mengambil ubat sepanjang hidup aku (melalui suntikan ), jika tak dijaga, penyakit ini akan mengakibatkan aku tak dapat hidup seperti aku sekarang

2. aku dilahirkan dalam keluarga yg serba kekuarangan..hahah yer la kekadang aku down gak, bila tengok member2 dah dapat naik moto masa form 5, aku xdapat, masih mengharapkan abah hantar ambil aku kesekolah....

3. masa kat U, aku sebenarnya selalu diejek sbb xpandai bersukan... banyak kali jugalah terasa hati sbb aku selalu menjadi bahan ketawa dan ejekan kawn2( bukan yang rapat la ), dan aku selalu rasa kecewa dan iri ati bila lihat ramai owng kat U nih ade  bakat dalam sukan dan tak perlu susah payah sangat..tapi aku..hahaha , kekadang rasa sedih, kecewa dan potus asa gak..namun ......hurmmmm

  selalunya itulah yang berlaku..dan banyak ag situasi yang selalu buat aku fedd up untuk hidup...seperti dalam situasi 1 tu... mesti korang dapat bayangkan bagaimana hancurnya impian korang jika disahkan mengidap penyakit kronik pada usia muda, dan selalu dibebankan dengan pengambilan ubat dan terpaksa berpantang dalam pemakanan dan segalanya ...ia bagaikan tiada nikmat hidup..disebabkan situasi 1 ini jugalah badan aku tak macam badan kawan2 yg seusia dengan aku..mungkin luaran owng lihat aku, sihat..hapy selalu, senyum tapi sebenarnya ada yang aku sembunyikan...aku tak spti remaja lain..setiap 3 bulan mesti p wat medical check up..dan setiap sebulan mesti kena p amik ubat ...dan selalu jugalah aku dimarahi doc apabila membaca result blood test ak....

           "adek, adek muda ag, lau xkawal penyakit adik ni, saya pasti sebelum umur 40 tahun adik dah kena wat rawatan yang lebih rapi, xguna adek belajaq tinggi2 kalau kesihatan adek terjejas kan??" 

ni la yang aku selalu dengar apabila berjumpa dengan doc... huhuh sebenarnya semangat aku dah mula luntur dan semakin luntur apabila aku mula disahkan mengidap penyakit ini..yer la ..tengok member semua dah ade makwa..ak ade gak yang berkenan dihati tapi takot dan rasa ...... yer la ada kew gadis nak kat aku jika dia tahu aku ni berpenyakit??mungkin ade.. namun selalu jua aku berfikir, jika jodoh panjang, berkemungkinan besar aku akan mewarisi penyakit ni kat anak aku..namun ...... itu lah yang selalu aku fikirkan...yer kalau kata owng remaja sekarang "you are lozer boy"..mungkin benar kot...


      aku selalu menangis keseorangan bila aku terfikirkan masalah nih..dan masalh lain yang aku hadapi..kadangkala aku ade gak berdoa agar aku dipendekkan umur..yer la sebagai islam membunuh diri 2 salah ..dan ak xrasa jika salah untuk aku berdoa kpd yang esa supaya riwayat hidupku dipendekkan..hahaha,gelak nak menyenangkan hati..namun itulah yang berlaku... disebabkan itu jugalah aku pernah letak target dalam hidup aku yang aku mahu lakukan semua benda yang aku xmampu lakukan sebelum ade nikmat lain ag ditarik oleh yang maha esa...buat jew... tapi satu benda yang aku perlu cari ..iaitu motivasi diri...aku sedar..kehidupan aku xsemestinya selalu berputus asa..allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang hambanya tak mampu pikul..dengan itu aku mula memikirkan..aku harus kuat..xperlu mengalah dalam perjuangan hidup aku..yer motivasi diri, itulah kini penawr untuk aku...
    
        allah tahu akan niat hambanya yang ikhlas, justeru itu dia pasti akan memudahkan jalan kpd hambanya itu. begitu la yang aku faham dalam situasi hidup aku kini... aku mula melangkah kearah mencari motivasi diri..yer allah ada bersama ak.. bermula dengan program2 yang dijalankan oleh persatuan HAAK yang aku pernah join dulu..aku mula merasai kekuatan dalam memotivasikan pelajar2 dan diri sendiri..disitu muncul semangat baru..aku mula melangkah lagi..walau aku tahu yang aku juga punyai kelemahan yang aku sendiri tak dapat aku atasi..tapi aku cuba membaiki dengan memberi perangsan kepada owng lain..atas kesilapan dan pengalaman aku..huhuh xsemestinya berjaya..tapi harus mencuba supaya aku dapat lihat owng gembira..

    hahahah bukan niat nak jadi pakar motivasi,just hanya nak menaikkan motivasi diri..apa yang aku minta sebagai balasan xla susah..just smile when u get solve your problem...n keep smile , never easy to give up... hehehe.... entah la sebenarnya aku suka nasihatkan orang..bukan bagi pe2 pekdah pown kat aku..tapi bila nasihat yang diberi 2 berguna kepada si pendengar n dapat pula selesaikan masalah dye, aku gembira..sbb aku nak semua owng gembira.. yer la dah lama aku hidup dalam suka duka, putus asa dan segalanya membuat aku terpaksa hipokrit ..hahha, selalunya la...

    aku bukanlah sapa2 nak bagi nasihat kat owng lain..tapi aku bagi nasihat dengan ikhlas sbb aku nak cari kekuatan yang hilang selama nihh..yer la..nak tengok owng sekeliling hapy, aku selalu korbankan diri..walaupun ak jua ade masalah, namun aku cuba sorokkan dan aku selesaikan masalah diaowng dulu..hehehe...aku selalu tersenyum, berpewatakan gila2 dan selalu macam kebudak2an..yer la bukan nak tunjukkan aku tak matang , but something i cant to explain at all... just one thing i can tell every one,

HIDUP MESTI CERIA,
JANGAN BERMASAM MUKA,
SENYUMLAH...
KERANA IA PENGUBAT LUKA...

JADIKAN PENGALAMAN PAHIT ITU SEBAGAI PANDUAN  UNTUK  LEBIH BERJAYA 

selalunya aku akan cuba mengelak
menjadi seorang yang cepat putus asa..
sbb dah lama aku hidup di alam itu,
selalu jua aku cuba untuk mengecilkan jurang, 
walau aku tahu usahanya haruslah berganda,
selalu aku mengejar sesuatu yang tak mampu, 
walau aku tahu realitinya tak seindah fantasi,
selalu jua hidupku dibelenggu masa yang silam, 
namun selalu berusaha untuk terus kehadapan...

          aku sedar aku bukanlah malaikat, aku tahu aku tidaklah sempurna kejadian, namun aku jua  manusia yang banyak kekurangannya..aku lihat owng lain lebih dari segalanya..namun aku jua harus kuat..aku harus tabah dalam umur hidupku..walaupun suatu hari nanti aku tahu..aku akan kehilangan nikmat yang aku kecapi kini..tapi aku yakin pada Yang Esa "DIA TAK AKAN MENDUGA AKU DENGAN DUGAAN YANG AKU TAK MAMPU LALUI"... mungkin ini adalah post aku yang dimana aku sendiri masih cuba untuk mencari motivasi diri..aku tak seharusnya putus asa dengan kehidupan kerana kelemahan atau dugaan yang diberikan oleh Yang Esa..namun aku harus menjadikan ia sebagai sumber kekuatan aku.. apa yang ahrus aku tahu... aku mahu sentiasa TERSENYUM

Thursday, January 12, 2012

disebalik lensa, disini bermula satu cerita

     photogarpher, foto atau gambar, semuanya berkaitan dengan kamera...lensa yang menangkap atau merakam sesuatu kenangan... dalam kehidupan yang lampau, mesti kita rasa ia adalah sesuatu karya yang amat kita hargai..haaa berbicara tentang gambar atau cerita disebalik lensa, banyak betul pengalaman aku dengan itu... hahaha banyak sudah aku belajar kehidupan disebalik lensa kemera, dan dengan lensa itu jugalah kau mengenal apa itu erti sebuah kenangan, pelajaran dan juga perjuangan... kenapa yer?? ade cerita disebalik itu....

    lensa...gambar atau pun sewaktu dengannya...hahah apa benda tu yer??dulu aku sendiri pon xtak tahu apa sebenarnya semua tu, yang aku tahu aku minat giler terhadap handfon..yer handfon..apa yang sebenarnya yang best sangat tentang handfon aku pon tak tahu... hahah aku sebenarnya tak tahu apa itu kemera dan seantero dengannya... tapi kejadian yang mengubah aku untuk bercinta dengan foto ialah bila aku mula jejakan kaki di USM...mernara ilmu yang aku belajar sekarang..hahaha apa la..tapi itu lah kebenarannya.. menjejakkan kaki di menaran gading ini, dengan bergelar siswa komunikasi, aku mula berjinak dengan photo...uhuhuh bermula dengan menyertai persatuan anak negeri, aku mula ditugaskan mengambil gambar..hahah entah apa yang yang mereka percaya sangat dengan kemampuan aku, namun sebenarnya aku ditugaskan membuat video, yer la lepas habis sesuatu program, tu la tugas aku, mulanya aku tak tahu apa itu poto,cam ner nak amik gambar n aku tak tahu apa tu kamera DSLR... pertama kali memegangnya, aku tak tahu apa2..tapi mereka selalu kata " ala amik gambar cam biasa jew, hahaha dalam 10 hanya satu jew yang ok..but its ok becoz its my first time use it...hahaha..kenapa yer? selepas itu aku mula menyintai bidang ini...tak tahu la cam ner..jatuh hati kepada manusia berbeza cam jatuh hati kepada kamera...

     mula berjinak dengan bidang photographer yang tak bertauliah nih.. aku mula belajar sendiri, tak pernah masuk kelas pown tapi belajar cara penggunaannya dengan bertanyakan orang. bermula dengan DSLR yang aku pinjam..sampai sekarang masih juga menggunakan DSLR yang dipinjam sebab tak boleh beli ag takde duit..hahahah.. tapi bermulanya dengan DSLR juga aku mula mencintai bidang yang aku yang belajar di USM, komunikasi ... ok la mai kita bercerita tentang DSLR dengan kehidupan aku di unversiti ... dalam lensa, apa yang kita lihat itu menjadi potret yang kita abadikan...walaupun ia amat bersesuaian dengan itu,namun manusia an, ia adalah yang satu yang kita mahukan... dalam lensa alu menilai detik dimana aku hidup berjauhan dengan keluarga, hanya bertemankan manusia disekeliling dan juga rakan2 yang rapat, aku mula mengenal kehidupan itu..hahah dengan lensa juga aku meneropong kehidupan yang aku lalui... apa sebenarnya ade antara aku dengan DSLR??apa eak?? 

     sebenarnya disebalik lensa aku mula melihat apa yang orang tak nampak...kehidupan..ya kehidupan..apa yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan yang aku sendiri tidak perasan..bermula dengan gambaq masa tahun 1 yang aku amik..masa tu adalah waktu puasa pertama aku di perantauan..wow..hahahha yer la pertama kali aku sahur bersama dengan member2 baru aku..hahah tapi masalahnya gambaq 2 aku tak dapat upload sebab ade dalam CD kat rumah..hahah..but its ok.... mungkin dalam hidup aku, aku tak mejangka yang aku akan mula menyintai DSLR yang aku sendiri tak plan untuk aku menyukainya... dalam hidup gambaq yang  dirakam menjadi santapan dikala merindu detik yang lama ditinggalkan...huhuhuh...

    disebalik lensa, disini bermula satu cerita yang kita sendiri tak tahu apa yang yang sepatutnya kita tahu... betul dan betul la, aku mula melangkah ke dunia yang aku sendiri tak rancang...yer dunia yan g penuh berwarna warni dengan segala macam kehidupan, dalam kehidupan yang aku lihat dulu adalah hanya dari kaca mata aku, namun dengan lensa , yer dengan lensa aku mula menghayati diri dan kehidupan yang aku sendiri rasa itu adalah liku warna... dengan DSLR aku mula mengenal apa itu tugas sebagai video maker, apa itu kehidupan yang berwarna-warni... dengan lensa aku mula belajar berdiri dengan berpandukan tenaga dan kaki sendiri, aku mula melangkah dari dunia yang aku sendiri rasa putus asa untuk hidup..tapi yer lansa itu memberi aku pengajaran baru..dengan gambaq2 yang aku tangkap, kadangkala ia membari aku kegembiraan bila ak melihat ada yang tersenyum takkala gambaq itu diperlihat..kadangkala ia menjadi satu titik kebangkitan kepada aku untuk terus melangkah... yer... dengan hanya lensa aku mula bangkit dari kelenaan yang dulu... tapi mesti ramai yang tertanya..dimana part yang membuatkana orang gembira bila bila gambar itu ditonton?? hahaha kepada yang pernah melihat aku bekerja..mereka akan faham..tapi yang tak tahu..meh cini chek nak cerita... aku mula melangkah dalam persatuan dan disitu aku mula mengenal DSLR..dan disitulah aku mula melihat akan kegembiraan orang lain apabila foto 2 aku mula potretkan sebagai video.. disiti yang menjadi kekuatan aku..aku merindu saat tu an..hehehhe...

     mungkin orang akan katakan itu adalah kehidupan sebagai photographer amatur..hahaha namu itulah kehidupan aku disebalik lensa..disinilah bermulanya kehidupan aku ..dan mungkin aku tidak sebagus fotographer yang lain , yang lebih mahir, tapi tujuan aku mengambil gambar bukan kerana aku mahu membuat gambar tu sebagai pertandingan,just for make anyone apy..hopely...hahahha...kalau nak tengok..ni adalah semple...moga dapat menghayati keindahan alam ciptaan tuhan..menerusi lensa :-
























     hahahhaha...inilah yang menjadikan aku semakain jatuh cinta atau fall in love with photo, with DSLR..hahahha...hurmmm rasanya sampai cini jew la..apa2 pown ni bukan untuk dinilai atau untuk dipuji..just untuk pekongsian bersama..... :)

Thursday, October 20, 2011

sedetik di lata perangin.., sehidup peristiwa...



   mungkin suatu peristiwa itu menjadi suatu kenangan bila ia sudah berlalu...betul kan? PIMPIN SISWA KEM LATA PERANGIN , MANONG PERAK, memberi aku seribu erti yang aku sendiri tidak menjangkakan..disana bermacam perkara berlaku..dari satu pengalaman yang dirasakan mencabar..kini menjadi detik yang dikenang-kenang..dan disini bermulanya tugasan aku sebagai pembantu urusetia (cameraman n video maker)..disebalik lensa keamer aitu bermula lah kisah toksu...

bermula dengan mengisi borang untuk menjadi tenaga penggerak PIMPIN tahun ni, aku dengan semangat yang berkobar-kobar, aku mengisi borang..hehe namun sedih kerana borang yang dihantar tidak sampai, namun dengan semangat yang tinggi aku terus mengisi borang buat kali ke-2..alhamdulillah, rezeki kau, dapat jadi tenaga penggerak, namun sedikit kekesalan aku alami adalah kerana posisi yang diminta tidak dapat dipenuhi, namuna aku diberi peluang untuk menjadi PU, tak apa lah asalkan tahun ini aku boleh p pimpin...aku terima tugas dengan hati yang sangat tertekan dan sangat tidak merelakan..namun itulah toksu, senadainya itu menjadi pilihannya..dia akan terus untuk berkhidmat.. tampa hati yang gembira aku sembunyikan dengan senyuman yang terukir dibibir..seringkali juga aku tersasul dengan tugas yang diber..terlalu ingnkan tugas yang satu lagi sampai aku tak sedar yang aku ter overlay tugas orang..namun itulah aku..

     minggu pertama, hari pertama dan saat jejak kai di lata perangin aku sudah dimarahi..huhh salah faham dengan tugas yang aku pikul..salah sendiri...tugas yang dilihat amat mudah namun ia memenatkan..tapi kalau tugas itu yang aku inginkan..ia tidak la terasa penat, namun macam aku bagitahu awal tadi, tugas ayng aku pikul adalah sedikit kerana keterpakasaan, dan sedikit ketidak relaan hati..namun gagah kan diri juga walau dalam hati kerap kali menangis, kecewa dan sedih..tapi tak de sapa yang tahu kerana ia seringkali aku lindungkan dengan senyuman...walaupun sedikit hipokrit dengan senyuman itu, aku terpaksa melakukannya jua sbab inilah pilihan aku...bermula dengan minggu pertama disana, walaupunada rasa yang bercampur, aku dapat rasa jua sedikit keseronokan, dengan bantuan kawan-kawan yang tidak pernah meninggalkan aku sendiri... minggu pertama tudak lah memenatkan sangat, walau aku tak berapa enjoy namun ada la sedikit keseronokan yang mengubat hati,.


   

      sejarah terlakar lagu pada saat minggu kedua.. masih dengan kemera dan video maker, aku jalankan tugas ..namun kali ini sedikit memenatkan kerana stress nya kerja..namun aku masih lagi menunjukkan senyuman..walaupun penat namun tugas yang dipikul harus disempurnakan dengan baik..namun apa yang seronok minggu kedua..aku ditemukan dengan dua insan  ni..hahha leh jadi member ..dari malam pertama hingga hari last kami berborak bila ada jew masa lapang..selalunya waktu sentri la.. berkwan dengan mereka membuatkan aku sedikit lupa akan stress tugas aku..letih tetap letik tapi bila bersembang dengan dia orang..buat aku segar semula..fuhhh..minggu last minggu ketiga sama jew cam minggu kedua..semau berjalan dengan baik walaupaun kadangkala aku juga dimarah..hahahhatapi takpa lah janji aku dah buat yang terbaik..

  di lata perangin manong jugalah mengamut peristiwa dalam hati ..yang melibatkan perasaan dan jiwa..hahha namun biasalah orang yang kesunyian cam aku nih akan cuba untuk mencari seberapa banyak hiburan .. tapi apa yang mungkin tanpa ak jangka ialah sal soal hati..hahah , kenapa yer di lata perangin tu lah aku mula suka pada seseorang..entah kenapa aku mula tertarik dengan dia, hurmm cam ni la kata pujangga, perasaan ini sukar untuk diramal..saat kami mula berkenalan, memang tiada apa yang aku rasa, just sometime i feel..selalu jew mahu tersenyum bila aku bersembang dengan dia..selalunya toksu nih banyak mulut tapi bila bersembang dengan dia, toksu hanya menjadi pendengar..dan less word to says something when she talking..haha.  dalam 3 hari tu la aku mula ingin rapat dengan dia, bukan pe saja nak wat kawan..lau ade ruang nak buat lebih dari kawan..tapi 2 luar perancangan la..hehhe rasa yang aku alami tu sama macam aku mula2 kapel deng ex aku..hahah tapi aku sekat rasa tu, cukuplah sekadar untuk menjadi kawan yang rapat saja...tapi..rupanya tak lama persahabatan kami, ntah mana silapnya..persahabatan itu terputus selepas seminggu berkenalan..susah nak bagitahu, nak gambarkan perasaan tu kan..mungkin dia dapat mengagak perasaan yangaku alami dan terus menghilangkan diri, entahlah..sekadar memori sahaja yang tinggal...

   kehidupan di kem lata perangin, manong perak telah banyak memberi aku sejarah, pengajaran, teman, kawan dan kehidupan...walaupun pimpin kali ni aku hanya sebagai PU...namun rasa bersyukur harus haru terapkan, walau tak dapat posisi yang aku minta namun menjadi PU juga sudah cukup untuk aku melepaskan hajat aku..walau pu ada sesetengahnya masih belum lagi tercapai...xpew la..janji , PIMPIN, aku telah menjadi sebahagian daripada penggeraknya...hurmm rasanya cukuplah dengan ni..nak cau dulu..taaaa






Monday, October 10, 2011

terguris,kecewa, dan hampa ...biarlah

dalam hidup saya, hanya mahu tengok orang disekeliling saya gembira,
bila depa ada masalah saya sedia menjadi pendengar yang setia,
bila depa gembira xpew kalau saya dilupa,
bila depa sedih n memerlukan teman, carilah saya,
sbb 2 saya xsuka bila,
saya ada masalah nak kongsi dengan depa,
bila saya sedih nak dop jauh dari depa,
bila saya gembira biar depa tau...
sbb saya xnak owng disekeling saya sedih....
tapi kekadang saya kesal gak..
sbb depa tak pernah nak faham situasi saya...

    mungkin ini lah diri aku yang sebenar..sapa tahu kan..namun  aku tetap gembira kerana aku cuba untuk memecahkan kata2 kawn gembira senang nak cari, kawn sedih susah..aku cuba nak menjadi disebalik kata2 tu, tapi kekadang banyak tekanan, dari kecik aku memang susah nak berkawan, entah la nape, mungkin ramai yang tak suka perangai aku kot...entah dalam family pon selalu aku dibandingkan...mungkin sebab aku nakal kot..sebab  tu aku faham bila ade owng sedih dan ditinggalkan keseorangan...fuhh mengalir air mata derr...
    
    orang tengok aku ni gila2, menyampah , bodoh, apa ag yer.. ye memang ak cam 2, aku memang tak serius sebab aku dah bosan jadi orang serius kat rumah..dah bosan..aku nak lari dari jadi serius dengan orang sekeliling aku, tapi boleh ker??aku tunjuk perangai gila2 aku bukan nak suh orang nilai aku, tapi aku nak lari dari stress ak, owng tak tahu sebab setiap aku stress, aku sembunyikan..aku cakap banyak sbb ak nak lri dari hidup aku yang selama ni bisu...napew yer?? aku selalu kata...kalau ak diberi pilihan antara umur dengan  kebahgiaan owng disekeliling aku, apa yang aku pilih?? aku akan pilih kebahagiaan tuk semua orang...tapi ada nanti yang akan kata, "bodohnya mamat nih, wat pew nak owng gembira, bek pilih hidup unur...leh hidup lama..."betul tapi itu pendapat owng tu...kalau la ada orang yang pernah kenal aku dari kecik sampai sekarang..dia akan faham kenapa...tapi xde...

    kadang2 timbul juga rasa frust terhadap orang disekeliling aku..yer la bila ada situasi yang memerlukan mereka faham, tapi mereka tak faham atau buat2 tak faham...xpew la itu hal mereka..tapi kekadang aku yang jadi stress tuk itu..napew nak menilai aku dari luaran yer?? betul kata sesetengah owng, luaran melambangkan dalaman..but if u lookong some of book, cover luar pyer la terok..tapi bila ade yang membelek dalaman 2,ternyata ada benda lain yang dijumpai..aku juga mahu seperti buku itu, biar orang mengenali aku dengan kenal siapa aku yang sebenar..yang luaran aku tunjuk 2 hanya sebgai ujuan untuk orang yang ingin berkawan dengan aku...hurmm, biar lah apa pon orang ingin menilai aku..yang tahu hanya allah dan aku sahaja apa yang aku rasa ...

   seperti makhluk lain , aku juga memerlukan kawan tuk jadi peneman, alhamdulillah kerana allha bagi beberapa kawan yang boleh aku anggap kawan..namun sifat aku juga yang suka berkawan nih kekadang menjadi masalah..mungkin aku perlu tegaskan seburuk mana pun orang 2..kalau dia mahu berkawan dengan aku, ak boleh jadi kawn dia, tapi aku juga manusia, jika aku berkawan selamanya aku akan anggap dia kawan.tapi jangan sampai aku membenci..aku mungkin masih boleh berkawan..but in my own way how i treat him /her...maaf inglish broken cikit...

    semasa aku menulis nih, sebenarnya aku stress, a lot of tressess, kalau mereka yang baca blog/ artikel nih mungkin akan tahu, but aku xharap pon orang baca, tapi kalau ade yang baca..mekasih yer..stress dengan tugasan yang aku sendiri xtau adakah aku ikhls nak wat atau ak terpaksa nak wat..sikap aku, never say no to any tugasan yang diberi, walaupon aku rasa terpaksa atau dengan bahasa lembut nya xmahu buat, but like i say before..never say no...kelemahan aku..suka tolong kalau diperlukan...tapi kekadang keinginan tidak meghalalkan kemahuan..ingin menolong selagi termampu tetapi kekadang disalah ertikan sehingga terguris perasaan, namun masih tersenyum..itulah fazri..selalu aje overlay tugas orang, selalu saha diingatkan supaya kenal/faham tugas sendiri, aku sangat berterima kasih tuk itu..but sometime niat aku hanya nak membantu, tapi aku cross the line, n yang tahu hanya sekadar memerhat dan biar jew aku hanyut dulu..end the end aku hanyut jauh baru tali pendek dihulurkan...ramai yang tak suka aku kerana aku bersikap cam 2.tapi xramai yang tanya aku "napew kou selalu overlay tugas orang, xfaham tugas kew??"xde sorang ponw tanya..yang tahu, isi peluru tembak dari jarak jauh...lepas tu sembunyi...pe ke hal la...namun aku amat berterima kasih kat seseorang nih..yang xjemu2 nak nasihatkan aku supaya jangan bertindak lebih dari tugas yang diberi..thank yer tuan...

   mungkin ap yang baik ialah aku berhenti...berhenti tuk berharap..harapan yang mungkin orang lain tak akan faham...kekadang terfikir juga adakah yang terbaik untuk aku utk hanya diamkan diri, dan hanya muncul bila owng memerlukan teman tuk mengisi kekosongan, kesedihan atau apa pon...aku nak juga orang tahu aku juga ada kekurangan dan kelebihan..dan aku nak juga orang mengerti yg aku juga manusia yang sering kali tersilap..dan aku nak juga teman yang dapat berkongsi bukan hanya senyuman dengan aku, tapi juga air mata..namun semua tu memang hadir..hanya dalam khayalan aku sahaja..benar..mungkin aku xnampak ade saja yang ingin menjadi teman suka duka, jika ada biarlah khayalan menjadi kenyataan...aku juga akui aku xpernah nak serius, gila2,bodah, suka overlay tugas yang diberi, tapi jauh disudut hati aku..aku hanya mahu sempurnakan hajat sebelum aku terlambat...dan bila sampai saat tu nanti...hanya allah yang akan tahu kekesalan aku...tapi biarlah, kerana saat ini aku dah cuba untuk penuhinya....biarlah ini hanya sekadar luahan hati aku....jika ada yang membaca, jangan tersalah erti, ni hanya ingin mendodoikan hati yang sedikit terguris,kecewa dan hampa...tapi ingat teruskan tersenyum yer..ibarat kata2 semangat ini

"hidup mesti ceria,
jangan bermasam muka,
senyumlah,
kerana ia pengubat luka"

jadikan pengalaman pahit itu sebagai penduan untuk terus berjaya..

Thursday, September 29, 2011

gembira jika mereka gembira...

DSLR, mungkin semua tahu apakah itu kemera DSLR kan?? yer dengan ada nya kemera itu dapat la kita rakam setiap detik yg kita inginkan..bukan bermaksud kemera lain tak boleh, tapi sekarang trend pelajar U , suka bergaya dengan DSLR...termasuk ak, walaupun yang pinjam...heheheh,. namun apa yang ingin aku ceritakan bukan la pasal DSLR tu, tapi pasal foto dan kehidupan ... kenapa yer?? meh cini nak citer...

setiap orang akan mempunyai masa2 atau peristiwa2 yang ingin dirakamkan, tak kiralah dalam bentuk video atau foto, dan mesti kemera yang digunakan untuk melaksanakan pekerjaan itu kan??betul tak??namun apakah kita merasai kepuasan jika hanya mengambil foto @ video??tentu tidak kan??begitu la aku sekarang??baru2 nih ada kawan aku konvo, dan dia minta aku mengambil gambar untuk dia. dan berbekalkan DSLR yang dipinjam , aku cuba untuk mengambil gambaq dia dengan sebaik mungkin, kerana dalam hati aku, kalau amik gambaq tak cantik nanti dia tak puas hati, so aku pon akan tak puas hati sama kan??so nak guna camera biasa takot gambaq tak cantik, pinjam la DSLR kawan..amik gambar dengan DSLR ni nampak sangat cantik kan?aku rasa paus sebab kawn aku gembira..tapi bagi orang yang gila kemera cam aku nih..bila dah ada kemera yang agak bermutu gambarnya nih..mula la tangan gatal snap gambaq citu cini kan??tak kiasah la. so aku teruskan amik gambar kekawn yang berniaga kat gerai konvo..uhhuhu best der gua g tau lu semua..bukan per best sebab banyak perangai dan lagat dapat aku snap..fuhh puas ati ak der ...tapi 2 jew la setakat puas hati aku jew..hehhe tapi memandangkan depa tau yang aku amik gambaq depa, depa minta aku
post kat fb depa...dan distu baru aku dapa kepuasan yang sebenar...kerana apa??kerana gambaq ak telah menimbulkan suasana yang gembira dikalangan depa..mana tak nya gambaq yang aku amik kebanyakan adalah gambaq curi, so depa pon tak perasan la..komen mengomen berlaku..dan disitu dapat dilihat kegembiraan dan keakhraban sebuah persahabatan..dan disitu kepuasan ak yang sebenar..bukan sebab dapat amik foto, tapi sebab foto 2, aku dapa melihat kawna aku gembira...disitu la aku merasai perhargaan terhadap foto itu...

mungkin ramai tak menyedari yang satu2 pekerjaan itu akan kita dapat rasai kepuasannya jika ia dapat mengembirakan orang lain..dan dari segi kontek cerita ak nih..aku dapat merasai kepuasan dengan menggunakan foto dan DSLR, tapi banyak lagi benda yang dapat dijadikan alat untuk kita mengeratkan sebuah persahabatan tu..so mungkin buat masa ni aku hanya dapat merasai sedikit sahaja kerana DSLR pinjam, dan insya allah jika ada rezeki, akan aku merasai full kepuasan tu jika dengan DSLR sendiri.. sebelum aku cau....cau lu.. assalamualaikum.. :

Friday, August 12, 2011

"WAYANG" di tempat traning sudah selesai, sekarang menunggu "WAYANG" di U lak..:)

      pertemuan dan perpisahan adalah satu adat dalam sesebuah pertemuan. dan sekarang itulah yang berlaku terhadap aku..hahaha napew yer??meh nak cerita...ceritanya lau tengok tajuk pown dah tahu kan..tapi inilah cerita disebalik perkataan "WAYANG" 2...mungkin dalam seumur hidup aku..rasanya inilah pertemuan dan perpisahan yang bermakna...saat 3 bulan menjalani latihan amali di media prima atau lebih tepat tv3 nak tepat lagi di primeworks...hahah "WAYANG" juga lah yang mengeratkan persahabatan yang aku sendiri tidak disangka.dan dalam saat inilah apabila perpisahan terjadi..ia berjaya menjemput air mataku keluar...hanya dengan post di fb jew...fuhhh tak tahan do..lau sorang2 kat umah..dah abes tisu 1 kontena..hihihi..
     
      apa yang mungkin aku tak lupa ialah saat aku wayang..hahah tranee wayang 2 satu kesalahan besaq tau..tapi .....heheheh ni pown part of traning gak tau...2 minggu pertama semasa traning aku tak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran... yer la bagai rusa masuk kampung...hahah sory to say..but its my mistake..apa pon semua 2 berubah bila aku di pinjamkan kepada seseorang ni.... fareed syariff atau dengan nama bestnya boy..hhihihi..saat aku memulakan traning disini, aku sendiri rasa tak leh servive ..heheh yer la sebelum 2 aku ditugaskan buat satu program yang orang kata satu flatform tuk glamour dan ia berjaya mengubah niat asal aku..hahhah tapi, allah itu maha penyayang..dia hadirkan abg boy untuk menyedarkan aku satu perkara...kalau xtak keluar tv pon leh glamour gak..walau orang tak kenal siapa kita..namun semua tu xde la best sangat..apa yang penting kita puas hati dengan apa yang kita buat..glamour tu letak tepi(dia xpernah gtau tapi stail dia wat kje 2 wat aku faham sendiri)..dia juga ajar aku banyak perkara..allah menuliskan takdir aku disini..dari awal pertemuan dengan abg boy n the geng(ade ag beberapa owng) aku diajar satu perkara ke satu perkara, dari dunia pekerjaan hingga lah ke dunia kekeluargaan... selama aku di universiti memang aku diajar untuk melakukan kerja secara team work..but with mr boy, benda tu bukan hanya teori tapi ia merupakan salah satu perkara  yang dipraktikkan..teringat lak pada mula2 dulu.saat aku xde kenderaan ag nak datang kerja..abg boy taruk aku habes2..just about team work..n sejak tu baru aku tahu apa sebenarnya team work...


       persahabatan dan kekeluargaan.. haa jangan terkejut..aku juga belajar semua ni semasa traning..with mr boy and the geng..hahha..lau cerita mungkin setahun pon tak akan abes...nanti  la aku cerita...tapi sepanjang  aku traning bersama mereka, bagaikan bukan macam tranee n supervisor, but like family,like broters..yer  la abg kandung aku pon sebenarnya xpernah semesra dia..hiih...nak tahu nanti aku ceritakan..sabaq lu..panjang sangat nih..nanti xde point nak cerita sal dia owng..hehe..ni nak cerita pasal saat aku menjadi tranee di sini jew.. namun setelah 3 bulan, wayang aku berakhir pada 12 ogos 2011, hahha dan sebenarnya sepanjang aku menulis nih, air mata aku xmalu2 nak keluar...yer la entah bila lagi aku nak wat semua kerja ni...buat editing walaupun aku banyak wayang, teman abg boy pergi kubur ayah dia, teman depa sampai pagi just nak siapkan editing..kena marah kat abg boy n banyak ag...hehehe tak tau la..lau ikot hati nak sambung lagi tapi ...hurmmmm..xpew la...hurm xleh nak menulis la bila air mata nih mengacau.....nanti ak sambung balik dalam "sepanjang perjalanan latihan amaliku"..heheh hopely that time xde air mata mengacau yer..




(sebenarnya blog nih tak ramai yang follow, that why aku suka menulis disini...heheheh)  

hikmah ujian

     "sesungguhnya,ibadatku,solatku,hidupku,dan matiku,hanyalah kerana allah taala"....ungkapan yang selalu disebut setiap kali ak mengerjakan solat 5 waktu..mungkin angka 22 adalah suatu angka yang singkat bagi umur seseorang insan itu, tapi bagaimana pula dengan insan yang sudah berkali-kali diambang maut ?? mungkin 22 tahun itu merupakan satu waktu yang di0lihat begitu berharga bukan?? "allah tidak akan melewatkan ajal seseorang walaupun sesaat atau mengawalkan walaupun sesaat"..mungkin ayat ini pernah namun itulah janji allah terhadap hambanya. berbalik kepada cerita sepanjang 22 tahun ini, ada sedikit cerita yang ingin aku kongsikan..baik buruknya untuk iktibar kepada semua.

     allah maha adil dalam memberikan nikmatnya kepada hambanya. alhamdulillah allah masih menyanyagi umat seperti aku nih.hari ini menziarahi kubur, mengingatkan aku kepada detik disaat aku hampir menghuni tanah perkuburan itu...10 tahun lalu..ceritanya bermula pada sepuluh tahun dulu dimana allah menguji aku dengan manarik nikmat kesihatan yang dianugerahkan olehNya kepada aku. jika diceritakan mungkin ramai yang terperanjat dan bertanya "kenapa sampai cam tu sekali"..dulu aku diam tanpa sebarang jawapan,tapi kini jawapannya ialah "inilah takdir ilahi terhadap saya". aku pernah berada disaat dimana kedaan aku 50/50 antara hidup dan mati, ketika itulah aku dimasukkan ke dalam wad CCU,selama 2 minggu aku tidak sedarkan diri..namun takdir aku, umur aku masih panjang dan aku diberi peluang untuk hidup sehingga sekarang...

Sunday, July 10, 2011

kerja : ikhlas dan paksa

kerja, mungkin kita akan terfikirkan banyak perkara,..gaji, beban kwerja, suasana kerja dan kerja apa yanga akan menanti kita nanti...hahha tapi bagaimana pula jika kita  buat kerja tanpa sebrang hbuan atau gaji?? itu kerja juga kan??hahaha..tapi itulah yangakan dilalui oleh sesetengah peajar apabila menjalani latihan industri yang dimana dia tidak akan diberi sebarang imbuhan atau elaun. tapi persoalannya jika ini berlaku, adakah kita akan berpegang pada niat asal kita iaitu mencari sebanyak mana pengalaman???satu lagi persoalan yang perlu kita lihat adakah setiap pekerjaan yang kita lakukan itu ikhlas??hurmm. dan dalam setiap pekerjaan kita akan merasai satu persaan yang akan selalu melawan kita...iaitu tekanan atau stress...heheheh mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya ingin aku sampaikan ni kan??...ok lah aku stright to the point jew la. kita mencari sesuatu, dan mediumnya adalah latihan amali yang dimana medium yang dimana kita akan cuba unuk mengguna setiap ruang yang ada untuk mempraktik segala teori yang kita belajar di dewan kuliah kan?? 
 jika melihat akan apa yang kita belajar didalam dewan kuliah dalah teori, dan sebenarnya teori xkan sama jika kita melakukan praktikal.. kenapa yer tak sama??semua sebenarnya sudah ada jawapan untuk ini kan..yer betul..jika teori kita hanya membaca dan membaca,l sedangkan apa yang kita baca hanya dapat menguatkan fikiran..namun juka kita melakukan praktikal, mungkin ia membantu, tapi ingat, kita manusia yang akan ada kelemahan megingat..dan apa yang kita baca tidak sesalu terjadi dalam kehidupan sebenar..sebagai contoh..hehehe. dalam dunia praktikal sebenarnya baru kita dapat menilai diri atau keupayaan sebenar kita..dalam dunia praktikal ia sama jew jika kita melangkah dalam dunia pekerjaan, dan dunia pekerjaan tidak sama dengan apa yang kita gambarkan dalam dewan kuliah(hahah tapi rasanya semua dah tahu dah kan??). semasa jalankan latihan industri @ LI ni la yang beri kita stress , pengajaran dan juga sedikit pembelajaran(sdikit??nanti korang decide sendiri k).
dalam dewan kuliah, kita akan belajar semua tentang teori, kemera ni apa fungsi, boom mike apa fungsi,cam ner nak jadi pr yang baik..dan macam2 lagi(ilmu mescom 2), namun bila dah menjalani LI baru kita akan nampak sebenarnaya keguanna semua tu walau seetengahnya kita dah belajar, namun cara nak operate semua 2 kadangkala tidak sama dengan teori yang kita belajar dalam dewan kuliah..hahah itu lah cabaran dalam LI nihh...
sebut tentang LI juga kita akan kenal ramai orang..xkira yang baik dan yang xberapa mesra(baik gak 2). kalau disini aku memang kenal ramai yang macam ni..hihihi tapi bak kata diri sendiri, ado den kisah, lantak ko la..tapi yang paling tak minta ialah bila kita tress dalam emlakukan sesuatu pekerjaan dan jangan terkejut jika kaite berLI, kita akan diberi beban yang sama dengan staff tetap..itu jangan dilupai yer..tapi betul la kata ustza, ikhlas dan betulkan niat kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan, hha napew aku ckap cam 2..sebab aku sendiri dah terkena dalam LI ni..bukan kata niat xbaik cuma terpesong sedikit jew..yer la bila dah msuk syarikat popular nihh, niat sedikit brubah, bukan dah sekadar nak mencari ilmu tapi dah nak menumpang sedikit kepopularan syarikat..kesannya,,aku yang stress..hhihihi, so nasihat aku, lau niat kita 2 nak cari ilmu..jangan pesongkan niat untuk benda lain yer..terima kasih...huhihhih
k sambng sedikit lagi cerita sal LI.... kalau kita dapat program yang tidak membebankan kita + penyelia yang baik an sporting + banyak benda yang dia ajar..ist soo good tapi bila kita daopat yang sebaliknya...stress jelah jawabnya...but ist all depaend on us sebenarnya, pandai kita serap stress 2 pandailah kita dapat hidup dalam dunia LI nihh..heheh nanti sambung ag...sbb masih da 1 bualn lagi nak ber LI nihh,hihihihi...k assalam

Monday, June 27, 2011

alhamdulillah, umurku masih panjang

   dalam meredah kehidupan sebagai insan yang hina di muka bumi ini, alhamdulillah adalah ucapan terbaik untuk seseorang mengucapkan syukur pada maha pencipta , tak kira apa pun keadaan yang dihadapi. alhamdulillah, itulah ungkapan yang bermain difikiran dan dibibir aku pada pagi tadi sehingga sekarang dan ianya berterusan. satu malapetaka atau lebih enak jika aku mengatakan ianya dugaan dari Allah kepada hambanya yang selalu lupa akan nikmat yang diberi. kata orang malang tidak berbau dan begitu lah yang terjadi pada aku pada pukul 10 pagi tadi ketika aku hendak ke tempat kerja(LI). malang yang benar-benar menyebabkan aku melupakan terus niatku hendak menyambung LI aku, takut ia berulang lagi. ya walau bagaimanapun kita cuba berhati-hati, namun jika dikendaki oleh ilahi, maka semua itu akan terjadi juga. kemalangan....ye kemalangan yang hampir-hampir buat semangat aku hilang dalam mencari ilmu di syarikat yang aku tengah internship sekarang. Ya Allah syukur yang tidak terhingga kepadamu kupanjatkan. dan kerana kejadian tersebut aku masih lagi terkejut dan semangatku masih lagi belum pulih.


   sebut tentang kemalangan tu, ia sebenarnya berlaku hampir-hampir dengan tempat LI aku, malang yang betul-betul tidak berbau. disebalik lebatnya hujan mencurah menyirami bumi hari ini, merupakan satu petanda malang yang akan menimpa aku. sebenarnya kalau aku ingat, perkara yang akan menimpa aku telah didatangi oleh 2 tanda yang dilihat seperti memberitahu aku. dan tanda tu sememangnya telah memberitahu aku tapi aku yang tak perasan. aku pendekkan cerita, setibanya di lebuh raya yang selalu aku lalu, ada seorang uncle bermotosikal cuba untuk melintas jalan berkenaan, mungkin kerana hari masih hujan, uncle tu melintas je kerana beranggapan aku hendak membelok. aku pula dengan tidak meyangka bahawa uncle tu terus je membelok, masih menunggang motosikal aku (c-70), xde la laju sangan, sebab moto tu pun 70 cc jew. tapi munkin inilah nasib aku, benda ini terjadi. aku cuma bernasib baik kerana aku sempat membrek moto, tapi memandangkan jalan licin aku tak dapat mengelak uncle tersebut. aku terpelanting namun disini menunjukkan kekuasaan Allah yang esa, dia tidak mengambil nyawaku ,bahkan aku hanya cedera ringan sahaja. uncle tu mengalami luka yang agak teruk juga kerana terpaksa di refer ke hospital, atas nasihat doctor yang aku bawa uncle itu ke kliniknya. uncle tu balik dengan diambil oleh anaknya tadi. aku sampai sekarang masih memikirkan tentang uncle tadi, dan anakya ada berjanji akan menhubungi aku untuk penyelesaian seterusnya.


   mungkin bagi sesetengah manusia itu, senang sahaja melupakan Allah, namun Allah tidak pernah melupakan hambanya. dan ada sesetengah itu mempunyai nasib yang baik kerana allah masih memberi dugaan untuk mereka mengingati penciptanya. alhamdulillah dengan kebesaran Allah, dia masih meyayangi aku dengan memberi dugaan ini supaya aku tidak lalai dari mengingatinya. Ya Allah, berdosanya jika aku melupaimu, meninggalkan suruhanmu, kerana tanpa aku sedari, Engkau selalu menhamparkan dugaan untuk ku, supaya aku tidak lalai dalam mengingatimu. dan kepada yang lain. jika Allah memberi kamu sesuatu cubaan, janganlah melatah, tapi berkatalah " terima kasih Ya Allah, sesungguhnya ujian /dugaan MU ini memberi aku kekuatan supaya aku tidak lalai dalam menelusuri hidup, supaya aku tidak lalai mengingiatiMU" 

Monday, June 13, 2011

mencari sesuatu dalam hidup

  mencari sesuatu dalam hidup... berbicara dalam mencari sesuatu dalam hidup nih.. mesti ramai yang inginkan kejayaan kan??semau akan ingin merasai kepausan yang gemilang dan maksimum bila melakukan sesautu pekerjayaan. yup itu betul dan tepat sekali. ada yang juga meletakkan harga yang lumayan untuk sesuatu yang dikerjakan. macam insan yang masih belajar, mesti nak markah yang tinggi dalam setiap agsiment dan ujian yang dilakukan, kan. namun mungkin ada yang tidak sedar yang mereka juga salah dalam menilai sesuatu kejayaan. bagi yang bekerja , gaji yang tinggi adalah kepuasan, tol tak??betul sebab itu adalah keperluan dan tuntutan. dan aku disini bukan ingin membicarakan tentang gaji atau nilai. just nak ambil skop fikiran ak dalam melakukan tugas..it all about internship program.
   
   aku masih lagi terbayang kata-kata kekawan ku dulu, internship adalah laluan untuk orang menilai diri dan keupayaan kita, dan jika kita bagus, peluang pekerjaan juga cerah. dan di tempat aku menjalani internship juga ada yang berbicara begitu. betul tak salah tu. tapi aku puer fikiran adalah berbeza. dalam fikiran aku, yer aku juga mahu orang menilai untuk peluang pekerjaan yang cerah, namun aku juga mahu menilai dalam sudut yang lain iaitu, adakah ini jalan yang aku pilih. dalan LI ni banyak juga mengajar aku, dalam buat sesuatu pekerjaan tu, ada yang lebih beharga selain gaji dan pangkat, ianya adalah pengalaman..hahah mesti ramai yang gelakkan lau baca ni, but it is what i think when i do some work, hahah letih , emosi tergangu dan macam -macam lagi akan di alami bila kita melakukan kerja. namun dengan pengalaman yang bagus, kita akan dapat megawal semua itu dengan cara yang berkesan. hahah sebenarnya ada cerita hari ini . bekerja tanpa stress adalah yang paling baik. dan semua itu akan dapat kita lakukan bila kita dapat bekerja dengan orang berpengalaman dalam mengawal keadaan.

    cerita tentang agsiment yang dilakukan pada hari ini, hahah banyak sungguh pengalaman. dari pengurusan masa hinggalah dari melayan erenah keluarga talent, but semua jadi ok bila bekerja buakn dalam keadaan stress. walaupun tidak seperti yang dijadualkan hari ni, namun ia boleh dianggap satu kejayaan kerana, semua pulang dengan gembira walaupun masing-masing letih..eheheheh, itulah pengalaman, tabik to u bossi. dan semasa menjalani tugasan tersebut, mereka juga ada bercakap tentang gred, maklumlah ak hanya trenee, hanya mahu pass dalan LI ni. tapi agsiment hari ini memberi aku tanggapan baru, bukan gred yang perlu aku kejar, tapi pengalaman, memang kalau ditanya seua tak mahu fail dalam LI,tapi adalahkah Li mereka itu bermutu??adakah mereka belajar??itu persoalannya.aku ni lembab sikit namun bukan bodoh,dulu mungkin niat hanya nak A dalam LI namun kini aku sedar, walau aku fail sekalipon, if benda tu dapat mengembirakan aku dan aku dapat some input for myseft, naper nak pertikaikan result yang akan aku peroleh kelak kan??its more than result. justeru itu aku tak mahu dah nak mensia-siakan masa LI aku lagi. pejalanan LI aku dah sampai sebulan,dan aku harus belajar untuk mendapatkan seberapa banyak pengalaman.

(akan disambung lagi)