Monday, June 27, 2011

alhamdulillah, umurku masih panjang

   dalam meredah kehidupan sebagai insan yang hina di muka bumi ini, alhamdulillah adalah ucapan terbaik untuk seseorang mengucapkan syukur pada maha pencipta , tak kira apa pun keadaan yang dihadapi. alhamdulillah, itulah ungkapan yang bermain difikiran dan dibibir aku pada pagi tadi sehingga sekarang dan ianya berterusan. satu malapetaka atau lebih enak jika aku mengatakan ianya dugaan dari Allah kepada hambanya yang selalu lupa akan nikmat yang diberi. kata orang malang tidak berbau dan begitu lah yang terjadi pada aku pada pukul 10 pagi tadi ketika aku hendak ke tempat kerja(LI). malang yang benar-benar menyebabkan aku melupakan terus niatku hendak menyambung LI aku, takut ia berulang lagi. ya walau bagaimanapun kita cuba berhati-hati, namun jika dikendaki oleh ilahi, maka semua itu akan terjadi juga. kemalangan....ye kemalangan yang hampir-hampir buat semangat aku hilang dalam mencari ilmu di syarikat yang aku tengah internship sekarang. Ya Allah syukur yang tidak terhingga kepadamu kupanjatkan. dan kerana kejadian tersebut aku masih lagi terkejut dan semangatku masih lagi belum pulih.


   sebut tentang kemalangan tu, ia sebenarnya berlaku hampir-hampir dengan tempat LI aku, malang yang betul-betul tidak berbau. disebalik lebatnya hujan mencurah menyirami bumi hari ini, merupakan satu petanda malang yang akan menimpa aku. sebenarnya kalau aku ingat, perkara yang akan menimpa aku telah didatangi oleh 2 tanda yang dilihat seperti memberitahu aku. dan tanda tu sememangnya telah memberitahu aku tapi aku yang tak perasan. aku pendekkan cerita, setibanya di lebuh raya yang selalu aku lalu, ada seorang uncle bermotosikal cuba untuk melintas jalan berkenaan, mungkin kerana hari masih hujan, uncle tu melintas je kerana beranggapan aku hendak membelok. aku pula dengan tidak meyangka bahawa uncle tu terus je membelok, masih menunggang motosikal aku (c-70), xde la laju sangan, sebab moto tu pun 70 cc jew. tapi munkin inilah nasib aku, benda ini terjadi. aku cuma bernasib baik kerana aku sempat membrek moto, tapi memandangkan jalan licin aku tak dapat mengelak uncle tersebut. aku terpelanting namun disini menunjukkan kekuasaan Allah yang esa, dia tidak mengambil nyawaku ,bahkan aku hanya cedera ringan sahaja. uncle tu mengalami luka yang agak teruk juga kerana terpaksa di refer ke hospital, atas nasihat doctor yang aku bawa uncle itu ke kliniknya. uncle tu balik dengan diambil oleh anaknya tadi. aku sampai sekarang masih memikirkan tentang uncle tadi, dan anakya ada berjanji akan menhubungi aku untuk penyelesaian seterusnya.


   mungkin bagi sesetengah manusia itu, senang sahaja melupakan Allah, namun Allah tidak pernah melupakan hambanya. dan ada sesetengah itu mempunyai nasib yang baik kerana allah masih memberi dugaan untuk mereka mengingati penciptanya. alhamdulillah dengan kebesaran Allah, dia masih meyayangi aku dengan memberi dugaan ini supaya aku tidak lalai dari mengingatinya. Ya Allah, berdosanya jika aku melupaimu, meninggalkan suruhanmu, kerana tanpa aku sedari, Engkau selalu menhamparkan dugaan untuk ku, supaya aku tidak lalai dalam mengingatimu. dan kepada yang lain. jika Allah memberi kamu sesuatu cubaan, janganlah melatah, tapi berkatalah " terima kasih Ya Allah, sesungguhnya ujian /dugaan MU ini memberi aku kekuatan supaya aku tidak lalai dalam menelusuri hidup, supaya aku tidak lalai mengingiatiMU" 

No comments:

Post a Comment