Saturday, March 9, 2013

rindunya zaman itu

waktu, masa akan berlalu menjadi sejarah hidup seorang insan, dan pada ketika waktu itu berjalan, manusia lupa yang setiapdetik yang ditinggalkan akan menjadi sejarah, pahit mahupun manis... dan setiap detik yang ditinggalkan itu juga akan merekodkan sesuatu yang bernama kenangan... itulah yang terjadi pada setiap helaan nafas setiap manusia mahupun hidupan dibumi ini yang diberi roh mahupun tidak... bila berbicara tentang waktu, aku terkenang sejarah silam..hehhehe..yer la sejarah semasa belajar di USM..walaupun dah hampir setahun aku tinggalkan USM, namun kenangan dan sejarah yang terukir disana masih menjadi igauan malam ... ada yang menarik, sedih, gembira,tak puashati, dan macam-macam lagi tentangnya...dan aku pernah gak menulis tentang pengalaman aku menjadi TDF kat sana..hahah yer la pantang ada event, terus jer nak join,hahahha... tapi kali ini aku tak nak bercerita tentang TDF tu, tapi tentang kem motivasi yang pernah aku sertai, antara jadi TDF( sekali lagi aku sebut..hehehe) atau jadi fesilitatot(aku dah lupa cam ner nak eja..haha sebab dulu pown selalu guna perkataan fesi jer..hahhaha). banyak pengalaman dan juga proses pembelajaran yang aku perolehi sepanjang ak aktif dalam menjadi sebahagian ahli did alam kem motiwasi tu..


mungkin bagi sesetengah orang, mereka hanya minta untuk mendidik atau memberi bimbingan kepada adek-adek dengan megadakan kem motivasi. dan semestinya untuk melakukan kem motivasi ini bukan mudah, sebabnya yer la kan,kita sebagai pelajar ,ingin menaikkan lagi semangat adek-adek kita untuk terus berusaha sehingga berjaya ke menara gading..dan disitulah bermulanya tugas seorang fesi... mungkin ramai yang lihat tugas sebagai fesi itu mudah...bercerita tentang kejayaan, adakah permainan untuk menghilangkan bosan semasa kem berjalan dan berborak dalam satu kumpulan...memang itu adalah rutin bila sesebuah kem itu diadakan...namun harus juga ingat yang kita sebenarnya bukan berada disana utnuk menunnjuk(atau berlagak) dengan kejayaan yang kita kecapi, tapi kita mempunyai tugasan yang amat rumit, merubah kejayaan kita itu untuk dijadikan suntikan semangat kepada mereka2yang sedang berjuang untuk berjaya seperti kita... dan disitulah bermulanya cabaran seorang fesi... sepanjang aku menceburkan diri dalam kem motivasi, aku banyak belajar walaupun aku hanya kadang-kandang jew jadi fesi..katanya khidmat aku lebih diperlukan dalam TDF..so kenalah mengalah selalu, tapi  dengan minat dan niat untk melihat setiap peserta kem itu dapat meresap matlumat yang kami sampaikan semasa kem, aku cuba merapati mereka setelah waktu LDK mereka selesai, cuba bertanyakan apa yang merekaperoleh dan cuba bercerita..supaya mereka tidak menganggap kami yang bukan fesi ini hanya sekadar menjadi urusetia kem sahaja...hahahah tiada niat sembunyi yer...


suatu peristiwa yang aku tak dapat lupakan ialah semasa berada di muadzam shah, mengadakan kem d sebuah sekolah disitu (lupa dah nama sekolah 2)...walaupun hanya kekuatan anggota (heheheh) 10-12 orang ketika itu (pown lupa jumlah sebenar ), namun dengan semangat yang kami bawa untuk dikongsi dengan adek-adek disana..kami teruskan,,,sepanjang 4 hari disana , kami diberi layanan yang cukup istimewa dan kerjasama dengan pelajar2adalah yang terbaik... dan aku biasa la... dalam semua kem akau akan menjadi "mat pengacau",... tapi utnuk kali iini aku diberi kepercayaan untuk menjadi fesi...dan ketika ini lah aku merasakan kegembiraan yang amat uar biasa.... hahahah bukan nak berlagak tapi semasa hari terakhir, pertama kali nama aku dilaung-laung bagaikan seorang artis popular...benda ini memang sebenarnya diluar jangkaan aku.... rupanya "mat pengacau " yang selalu ada dalam setiap kem ini akan dihargai sebegitu rupa...sehinggakan ada yang menahan kami daripada pulang dan teruskan mengadakan kem tuk sehari dua lagi...mungkin aku tidak menitiskan air mata tapi didalam hati , itulah kem yang terbaik pernah aku sertai..yang paling aku tak dapat lupakan ialah, ada seorang perserta kem, yang mana semasa kem aku selalu kacau dye..pada hari terakhir dye menghadiahkan aku patung kesayangannya...tanpa diduga...tapi patung tu dye letak kat pintu bas, dengan notabagai..hahahah....sebelum balik aku tanya kenapa tak bagi terus..jawapan dye " malu, takot nanti abg yie xnak amik"..hhahhahaha tapi bernas gak jawapan dye tu... :)


namun kini setelah aku meninggalkan alam Universiti, sukar benar nak mencari peluang untuk menyertai kem motivasi...dan hanya memori yang lampau yang menjadi penawar kerinduan aku ni..tah la adakah masih ada peluang untuk aku sertai lagi atau ianya benar2 menjadi sejarah untuk aku...mahu saja aku kembali ke alam dulu untuk aku teruskan perjuangan itu,supaya dapat aku lihat lebih ramai lagi adek-adek yang menyertai program kem motivasi itu berjaya...dan walaupun pada saat itu mereka tidak mengenali atau monghormati aku lagi, xmengapa sebab matlamat aku untuk melihat mereka berjaya dah tercapai...namun jika diberi peluang untuk aku berkhidmat kembali...dengan rela hati akan aku sahut(tapi bergantung kepada masa juga, sebab sekarang aku bukan lagi pelajar tapi pekerja),,,namun mungkin apa yang aku lalui dulu adalah sejarah yang menjadikan aku tergelah dan tersenyum sendiri..dan mungkin juga sejarah yang menjadikan suntukan semangat dan kekuatan aku...dan aku berterima kasih kepada mereka yang pernah membimbing aku sehingga aku dapat membimbing yang dibawahnya...terasa rindu pula untuk aku kembali berkhidmat dan terasabersyukurnya kerana dulu aku diberi peluang untuk berkhidmat..walaupun pada ketika itu ... aku pun masih memerlukan bimbingan....

dan dengan menyertai kem motivasi juga, aku belajar banyak perkara, dari hal kerja sehinggalah dari mendidik dan mengenal hati budi manusia...dan disitu juga aku ketemu kegembiraan, kesedihan dan kepahitan yang aku sendiri tak pernah inginkan....dan tiap kali kalau bersendirian, aku cuba mengimbau kembali kenangan itu, dan disaat itulah aku mula tersenyum dan terfikir, alangkah seronoknya jika aku dapat kembali ke saat itu...namun semuanya kini hanya menjadi lipatan memori indah dalam benak pemikiran aku.....




setiap yang bermula akan ada pengakirannya, dan setiap pengakiran akan ada permulaan baru, mungkin menjadi fesi untuk kem motivasi sudah menjadi titik pengakiran bagi aku, namun permulaan sebagai seorang pekerja harusaku teruskan,,,,,dan kenangan kem motivasi itu menjadi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan sebagai seorang pekerja..... namun jika diberi peluang..ingin sekali aku ulanginya....  :)