Friday, February 25, 2011

kacang lupakan kulit

    sekarang sebenarnya sudah hampir seminggu PRK berlangsung....hurmmm kalau sebelum nihh sibuk dengan PRK untuk kawan2..tapi sekarang semuanya legang...yang telah memang (bukan semua) tak nampak batang hidung pown..yang kalah selalu terserempah. tapi semuanya memang sudah dijangka... bak kata pepatah "habis madu sepah dibuang' atau lebih indah lagi atau yang kena ag dengan situasi ini "KACANG LUPAKAN KULIT". BPB sebenarnya bukan ingin mengatakan kepada sesiapa..bukan ingin mengata calon yang menang ataupon yang kalah..tapi xkan la bila maukan kita merayu, ari2 datang bilik pown xpew tapi bila dah xmo dibuat cam sampah...jumpew tegor pon x nak...dah cam x kenal dah..sedangkan bila kita wat kerja untuk dia 2, selalu bergurau..sembang walaupun hanya sejam jumpew tapi sembang macam kenal dari kecil.....bukan nak mengatakan diri tidak dihargai, tak mahu semua 2.. cuma bila dah abez bertanding 2 jangan la SOMBONG meninggi langit.... sebenarnya sukar nak cari kawan yang betul-betul akan bersama dengan kita tak kira susah ataupun senang.... yang banyak hanya mahu pada waktu mereka suah tapi bila dah senang lupa kawan.

       Sebenarnya cerita di atas nak menceritakan  seseorang yang BPB kenal masa tengah bantu member berkempen.. dia pon seorang calon juga... kenal pown sebab tengah pasang banner tu , dia datang, minta tolong untuk pasangkan banner, melihatkan dia datang dengan tidak berteman... saya dan geng lain tolong la.. masa pasang dia mesra giler la dengan kami semua, padahal BPB baru kenal dia sejam jew..fuh cakap macam dah kenal lama la... ingatkan dia nih mesra dan peramah, yer la sejam leh borak mesra cam tu... niat ikhlas nak tolong kerana kami tidak terikat dengan mana-mana ideologi, prinsip kami tolong kawan jew.....tapi bila dah siap pasang banner 2..boleh-boleh aje dia terus pergi tanpa nak ucap terima kasih...bukan berharap tapi bila dah orang tolong 2...pandai-pandai kita la... kami ok jew tak de la kata nak marah kew pew..tapi terdetik gak nak dengar ucapan 'terima kasih" tu....ok masuk hari kedua kita owng berkempen, ada juga la banner dia diminta tolong untuk dipasang..tak pew kami x kisah..alang-alang berkempen baik berkempen habis-habisan kan..masa berkempen sudah habis....time mengundi pula....pabila keputusan di umum, dia tak bernasib baik sebab kalah tipis...habis bab PRK...sekarang bab lepas PRK lak...

          masa tengah makan dekat sebuah cafe, ditakdirkan allah kami bertemu dengan dia... mula-mula memang tak perasan dan kami juga merasakan dia tak perasan... so habis jew makan kami terpandang dia...biasa la takkan nak tegur terus masa makan kan..jadi kamu berborak sambil mengusik dia yang tengah makan.. bukan jauh cuma berebelahan meja saja... kalau di usik pasti akan berpaling kan..tapi dia tidak..... buat bodoh jew sambil makan...mulanya kamicuma mengusik sekadarnak menarik perhatian dia jew tapi bila dah jadi cam tu kami terus memerli dia dengan cara menyindir.....hurmmm memang sikap dia atau dia saja jew macam seorang pekak dia wat tak tahu.....hahhahah memang sedikit "hot"....


        sebenarnya kami buat kerja hari itu bukan nak di hargai sangat..cukuplah jika berjumpa bertegur sapa...ini tidak buat tak kenal pula...tetiba jew rasa nasib baik la dia kalah..kalah pon dah sombong dan bongkak cam tu , bila di angkat jadi pemimpin nanti tak tau la cam ner perangai dia...kami pown tak tau lagi nak cakap apa, cuma jalan terbaik, angkat kaki jalan dari duduk kat situ dan melihat perangai kebongkakan dia tu.. menyampah, meluat , entah apa lagi yang akan kami rasa....




p/s : tak payah la tunjuk kesombongan tu, tidak rugi kalau menegur orang yang pernah menolong kita, jangan jadi kacang lupakan kulit...jom fikirkan bersama

Monday, February 21, 2011

pemimpin

       pemimpin???terpimpin???dipimpin???memimpin??? jika semuanya mendengar atau membaca perkataan tersebut..apa yang anda fikirkan?? ya semuanya berkaitan dengan pimpin atau nejadi ketua atau kepala dalam sesuatu organisasi.. alhamdulillah sekarang dalam masyarakat, terlalu ramai orang yang ingin menjadi pemimpin, tapi adakah semuanya layak???owhhh memang semuanya layak kerana manusia sendiri dejadikan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah...tapi adakah pemimpin sekarang mempunyai kretiria-kretiria yang diinginkan???atau adakah sekadar mahukan populariti dan pangkat sahaja??? saya tidak mahu membincangkan "pemimpin" ini dalam kontek yang besar, cukup sekadar di peringkat siswazah di universiti. saya juga seorang pelajar yang juga mempunyai keinginan untuk menjadi pemimpin..tapi saya juga terfikir, adakah jika aku menjadi pemimpin, aku boleh memimpin orang-orang dibawahku???adakah aku mampu memikul tanggungjawab yang besar ini???

     baiklah...selama tiga hari ini saya juga terlibat dalam melobi atau memjadi jentera pilihan raya kampus(walaupun tidaj sebagai jentera tetap). dan sepanjang pilihan sesi ini berlangsung dan di akhiri dengan rapat umum yang baru berakhir .. banyak dakyah-dakyah dan isu-isu universiti dan isu-isu berbangkit yang telah diutarakan. pelbagai menifesto-menifesto yang dicanang sampai ada di antaranya tidak masuk akal... kadangkala saya tergelak dan terfikir..dakah semua calon mempunyai kretiria yang di inginkan sebagai pemimpin atau hanya mengejar gelaran Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). saya bersa gembira jika melihat semangat pelajar universiti sekarang yang berkobar-kobar dalam emperjuangkan hak mereka, namun ada juga terkilannya kerana ada juga segelintir mereka meninjukkan "kebodohan" mereka. mana taknya, ada isu yang dimainkan merupakan isu yang tidak masuk akal, lapok dan kadangkala ia merupakan isu yang hanya sekadar provokasi sahaja. pabila melihat calon-calaon mengutarakan pandangan mereka ada juga yang lebih yakin dengan ucapan mereka dengan menunjukkan bukti-bukti dan ada juga yang yang mengutarakan pandangan mereka tanpa mengkaji dahulu isu-isu yang mereka war-warkan...adakah kita mempunyai pemimpin yang betul-betul mempunyai krebiliti sebagai pemimpin??

      baiklah apabila disentuh dengan rapat umum yang berlaku di universiti yang saya belajar, sebenarnya saya begitu sedih, mingkin ia juga berlaku di universiti-universiti lain di Malaysia ini, namun apa yang nyata ialah, siswazah yang ingin menjadi pemimpin ini sebenarnya "tidak menyiapkan diri mereka sebelum berperang". mengapa saya berkata begitu??? kita semua tahu yang gelanggang rapat umum adalah salah satu tempat untuk kita memperlkenalkan diri dan menyatakan menifesto kita, dan disana juga kita akan berhadapan dengan pelbagai perangai mahasiswa.. yerlah kalau yang pro-mahasiswa itu dengan cara mereka,aspirasi juga dengan cara mereka, namun mereka sebenarnya mempunyai satu tujuan, menyokong calon mereka dan membuat provokasi terhadap calon lain..namun, mengapa bakal calon yang ditasa yang berucap tidak mampu untuk mengawal emosi mereka??adakah mereka lupa yang mereka perlu menyiapkan diri dari segi mantal dan fizikal sebelum mereka melangkah masuk ke gelanggang rapat umum??? mengapa apabila di provokasi oelh penyokong-penyokong yang ada di bawak mereka terus naik angin dan melakukan sesuatu perbuatan atau meluahkan perkataan yang tidak riasonal??adakah ini pemimpin yang kita cari?? hem...sedih...saya melihat semua ini dimata seorang peyokong..dan saya juga telah merasai beban yang ditanggung sebagai pemimpin seandainya tidak mempunyai persediaan yang lengkap.

       mungkin saya juga tidak mampu untuk memegang jawatan dalam Majlis Pewakilan Pelajar, hal ini bukan kerana saya takot atau merasakan diri ini tidak layak, namun sering kali saya terfikir adakah saya mampu untuk memikul tanggyngjawab yang diamanahkan itu dengan sempurna??kepada pemimpin dan bakal pemimpin...fikirkan lah , jika anda merasakan menjadi pemimpin itu popular..jangan teruskan niat anda untuk menjadi pemimpin..kerana anda mampu merosakkan diri anda dan orang lain..namun jika anda yakin dapn percaya anda mampu memikul tanggungjawab itu..,teruskan...

Saturday, February 19, 2011

cinta....

       CINTA, apabila disebut tentang cinta, pasti ramai yangmengerti dan memahami erti yang tersirat dan yang tersurat tentang cinta. cinta selalu dikaitkan dengan perasaan sayang yang wujud dalam manusia. ramai di antara kita selalu mendambakan cinta yang sejati, cinta yang suci, ikhlas dan jujur. namun adakah kita juga tahu cinta itu sebenarnya racun dalam diam, penawar dalam kepahitan. bicara tentang cinta yang tidak akan ada kesudahannya dan kita sendiri akan mencari makna cinta sejati yang di inginkan dalam diri setiap manusia.

        Bila sahaja disebutkan cinta, apa yang anda bayangkan??? adakah perasaan yang romantis antara uda dan dara??? atau hanya mainan perasaan yang begitu indah jika disayang dan begitu melukakan bila ditinggalkan?? ada seungkapan cinta yang masih belum terukai..cuba hayati benar-benar dan fahami betul-betul apakah makna  yang tersirat di dalam puisi cinta ini, hayati dan fikirkan bersama :

 TOLONG BERIKAN AKU CINTA

pernah sekali aku memikirkannya,
setelah lama aku terluka olehnya,
namun kini ia kembali lagi,
mengangu hari2 sepiku...

ku terpandang kamu jauh disana,
senyum dan tawamu memikit diriku,
ingin aku kenali gerangan siapakah gadis itu,
membuka hatiku untuk bercinta lagi,
setelah aku menyepi dalam kedukaan lalu,

ingin sekali aku meyentuh cintanya,
ingin sekali ku beri hatiku padanya,
ingin sekali aku merasai kasihnya,
ingin sekali aku meluahkan apa yang ku rasa...

mungkinkah kau akan mengerti,
pandangan ku padamu kini ada tersirat,
gurau sendaku kini ada makna,
senyumku padamu ada maksud tersendiri...

duhai gadis yang mencuri hatiku,
adakah sudi kiranya aku menemanimu,
adakah layak kiranya aku ingin menyintaimu,
adakah peluang untukku mencurahkan kasihku...

wahai gadis,
kiranya bolehlah aku ingin mengisi ruang hatimu,
kiranya boleh untukku memberi cintaiku,
kiranya adakah peluang untukku meyintaimu...

duhai gadis,
berilah aku secebis peluang,
secebis harapan untuk menyanyangi mu,
secebis ruang untukku menyintaimu,
berikah aku peluang,
untuk meyintaimu,

duhai gadis,
tolong berikan aku cinta,
seandainya kau jua menyimpang perasaan itu,
agar kau akan menjadi teman kala hidup matiku...
mungkin semua akan dapat mengagak apakah maksud tersurat yang terdapat dalam puisi ini, atau semua akan melabelkan puisi ini sebagai "puisi jiwang". atau puisi yang bermain dengan perasaan. pada asasnya betul. pertama kali saya poskan puisi ini di nota facebook saya, ramai kawan- kawan yang memberi komen bahawa saya terlalu jiwang atau terlau jiwa lembut, namun tak siapa yang menanyakan, mengapa puisi ini dicipta. tujuan puisi ini diterbitkan bukan sebenarnya bersifat jiwang, cuma ingin melahirkan rasa duka, suka, pahit pedih dan rindu kepada seorang yang disayangi.. mengapa?? jawapannya mudah sahaja, kerana cinta.

        Sebut berkenaan dengan cinta, ada kisah yang ingin diceritakan, mungkin boleh menjadi santapan atau dijadikan ikhtibar kepada semua. ceritanya bermula bila si teruna berkenalan dengan si dara. si teruna yang rendah tahap keyakinan dirinya namun mahu memiliki si dara yang sangat jelita. namun takdir tuhan menentukan segalanya, apabila si teruna meluahkan perasaannya kepada si dara itu, perasaannya disambut dengan kata yang tidak menghampakan, namun hubungan cinta antara mereka tidak kekal lama kerana sikap si teruna yang lebih pentingkan kejanya sehingga kedangkala menyebabkab si dara rasa berkeseorangan. dan si dara pula yang selalunya sika dibelai dipinggirkan. teruna sedar akan kesalahannya,dan cub untuk menjelaskannya, namun salah faham telah berlaku yang dimana si dara telah tersalah anggap terhadap teruna itu dan akhirnya hubungan mereka berhenti sehingga sekerat jalan sahaja.

     Selama masa teruna itu tidak lagi mempercayai cinta kerana beranggapan cintanya hanya untuk si dara itu.. hari berganti hari, tahun berganti tahun, si teruna itu masih tidak dapat menerima cinta lain, sehingga suatu hari, si teruna bertemu dan berkenalan dengan seorang gadis didalam alam maya siber, cinta mula meresapi ke dalam hati teruna itu, dan dengan berani teruna itu meluahkan hasrat hatinya.. walaupun tahu risiko yang bakal di hadapi oelh teruna itu, namun dia nekad untuk menyatakan perasaannya terhadap gadis itu. dan keran butanya cinta, hubungan itu terjalin biarpun mereka tidak pernah bersua muka...
      cuba anda fikirkan sebalik cerita itu??? apa yang anda fikirkan tentang suatu perasaan  yang dipanggil CINTA??? anda tentukan

 


Thursday, February 17, 2011

aku bisa menjadi sahabat yang baik pada kalian..so jangan kalian cuba2 menipu dalam persahabatan..kerana aku juga bisa membenci kalian dengan begitu buruk sekali....

            SAHABAT.....apa yang selalu kita dengarkan atau kita fikirkan??jika kita mencari didalam kamus dewan atau buku-buku pasti kita juga mendapatkan makna apa itu sahabat. namun adakah kita terfikir seandainya kita berkawan atau bersahabat dengan seseorang, kejujuran itu penting...adakah kita fikir yang kejujuran juga adalah tiang untuk kita kukuhkan lagi ukuwah persahabatan kita??..cuba baca tajuk diatas, apa anda rasa jika membaca tajuk di atas????aku bisa menjadi sahabat yang baik pada kalian..so jangan kalian cuba2 menipu dalam persahabatan..kerana aku juga bisa membenci kalian dengan begitu buruk sekali....

               Baiklah berbalik kepada erti persahabatan itu,selalunya kita merasakan orang yang dekat dengan kita adalah sahabat kita, namun kita terlupa bahawa yang rapat tidak semestinya  akan menjadi sahabat, cuma sekadar teman yang melengkap kehidupan harian. adakah kita selalu terfikir dalam persahabatan yang kita lalui seharian ini, kita meletakkan kejujuran dalam bersahabat??? tidak kiralah ia untuk sahabat lelaki atau sahabat perempuan sekali pon?? dan adakah kita selalu berdalih kepada sahabat kita ?? jawapan itu hanya ada diri kita sendiri....selama 2 tahun di perantauan ini..selalu juga terfikir..."aku bersendirian, tiada ibubapa keluarga menemani, hanya teman seperjuangan menjadi penghibur, dan ku canangkan ia sebagai sahabat sejati"..

             Namun cubalah bayangkan dalam keseronokan bersahabat itu kita ditipu didalam ukuwah yang dibina. bukan ingin mengatakan bahawa jika bersahabat, segala rasia perlu dikongsi, tetapi setiap perbuatan itu haruslah di lihat kesesuaiannya...aku pernah mengalaminya.. dalam tempoh enam bulan dua kali ditipu dalam berkawan... sikapku mudah dalam berkawan, aku boleh berkawan seperti mana yang anda ingin kan dan seperti mana yang anda tidak harapkan, bukan pantang diri ditipu dalam berkawan, namun kalau ingin berkawan, seharusnya jujur dan ikhlas. aku juga tidak akan mudah untuk memarahi sesiapa yang aku copkan sebagai kawan, namun aku akan berasa marah jika ditipu.. apakah salahnya menyatakan kebenaran dari berdalih dengan seribu alasan..dan bila tersepit mulalah gelisah dan pabila kebenaran itu terbongkar baru hal sebenar diceritakan??adakah kawan sebegini yang boleh dijadikan teman seperjuangan??dijadikan kawan dalam kehidupan???

             Sejak dari dulu lagi aku dilahirkan dengan keadaan tidak dapat menyesuaikan diri begitu pantas dengan persekitaran baru, tidak dapat belajar dengan sebegitu pantas dengan ilmu baru..namun aku bisa saja berusaha untuk menjadi kelemahan itu sebagai kekuatan,,,,hem, begitu sukar hendak mencari kawan atau sahabat yang sejati di dalam dunia ini..selalunya pasti dihimpit dengan kelemahan dan keangkuhan diri..namun satu sahaja pesan yang dapat aku beri " jika kamu bersahabat, jadilah diri kamu, bersahabatlah dengan seikhlas hati, dan jika kamu ditipu dalam persahabatan, jangan terlalu putuskan ukuwah itu, cuma berdiam diri seketika untuk kamu menjadi lebih kuat dalam berbicara....bersahabat dengan ikhlas, dan jangan bersahabat sehingga memudaratkan diri"




SEMOGA MENJADI RENUNGAN DAN JOM FIKIRKAN BERSAMA  ( -_~) v


bilapenabicara

Wednesday, February 16, 2011

permulaa sejarah bila pena bicara...

sukar untuk berbicara menggunakan suara..kerana suara ini tidak akan didengar..bimbang berbiacara dengan hati kerana hati xkan dapat menampung segalanya..jadi sebaiknya berbicara dengan pena..walaupon tidak didengar namun mampu utk mencari ketenangan dalam berkarya....