Monday, June 27, 2011

alhamdulillah, umurku masih panjang

   dalam meredah kehidupan sebagai insan yang hina di muka bumi ini, alhamdulillah adalah ucapan terbaik untuk seseorang mengucapkan syukur pada maha pencipta , tak kira apa pun keadaan yang dihadapi. alhamdulillah, itulah ungkapan yang bermain difikiran dan dibibir aku pada pagi tadi sehingga sekarang dan ianya berterusan. satu malapetaka atau lebih enak jika aku mengatakan ianya dugaan dari Allah kepada hambanya yang selalu lupa akan nikmat yang diberi. kata orang malang tidak berbau dan begitu lah yang terjadi pada aku pada pukul 10 pagi tadi ketika aku hendak ke tempat kerja(LI). malang yang benar-benar menyebabkan aku melupakan terus niatku hendak menyambung LI aku, takut ia berulang lagi. ya walau bagaimanapun kita cuba berhati-hati, namun jika dikendaki oleh ilahi, maka semua itu akan terjadi juga. kemalangan....ye kemalangan yang hampir-hampir buat semangat aku hilang dalam mencari ilmu di syarikat yang aku tengah internship sekarang. Ya Allah syukur yang tidak terhingga kepadamu kupanjatkan. dan kerana kejadian tersebut aku masih lagi terkejut dan semangatku masih lagi belum pulih.


   sebut tentang kemalangan tu, ia sebenarnya berlaku hampir-hampir dengan tempat LI aku, malang yang betul-betul tidak berbau. disebalik lebatnya hujan mencurah menyirami bumi hari ini, merupakan satu petanda malang yang akan menimpa aku. sebenarnya kalau aku ingat, perkara yang akan menimpa aku telah didatangi oleh 2 tanda yang dilihat seperti memberitahu aku. dan tanda tu sememangnya telah memberitahu aku tapi aku yang tak perasan. aku pendekkan cerita, setibanya di lebuh raya yang selalu aku lalu, ada seorang uncle bermotosikal cuba untuk melintas jalan berkenaan, mungkin kerana hari masih hujan, uncle tu melintas je kerana beranggapan aku hendak membelok. aku pula dengan tidak meyangka bahawa uncle tu terus je membelok, masih menunggang motosikal aku (c-70), xde la laju sangan, sebab moto tu pun 70 cc jew. tapi munkin inilah nasib aku, benda ini terjadi. aku cuma bernasib baik kerana aku sempat membrek moto, tapi memandangkan jalan licin aku tak dapat mengelak uncle tersebut. aku terpelanting namun disini menunjukkan kekuasaan Allah yang esa, dia tidak mengambil nyawaku ,bahkan aku hanya cedera ringan sahaja. uncle tu mengalami luka yang agak teruk juga kerana terpaksa di refer ke hospital, atas nasihat doctor yang aku bawa uncle itu ke kliniknya. uncle tu balik dengan diambil oleh anaknya tadi. aku sampai sekarang masih memikirkan tentang uncle tadi, dan anakya ada berjanji akan menhubungi aku untuk penyelesaian seterusnya.


   mungkin bagi sesetengah manusia itu, senang sahaja melupakan Allah, namun Allah tidak pernah melupakan hambanya. dan ada sesetengah itu mempunyai nasib yang baik kerana allah masih memberi dugaan untuk mereka mengingati penciptanya. alhamdulillah dengan kebesaran Allah, dia masih meyayangi aku dengan memberi dugaan ini supaya aku tidak lalai dari mengingatinya. Ya Allah, berdosanya jika aku melupaimu, meninggalkan suruhanmu, kerana tanpa aku sedari, Engkau selalu menhamparkan dugaan untuk ku, supaya aku tidak lalai dalam mengingatimu. dan kepada yang lain. jika Allah memberi kamu sesuatu cubaan, janganlah melatah, tapi berkatalah " terima kasih Ya Allah, sesungguhnya ujian /dugaan MU ini memberi aku kekuatan supaya aku tidak lalai dalam menelusuri hidup, supaya aku tidak lalai mengingiatiMU" 

Monday, June 13, 2011

mencari sesuatu dalam hidup

  mencari sesuatu dalam hidup... berbicara dalam mencari sesuatu dalam hidup nih.. mesti ramai yang inginkan kejayaan kan??semau akan ingin merasai kepausan yang gemilang dan maksimum bila melakukan sesautu pekerjayaan. yup itu betul dan tepat sekali. ada yang juga meletakkan harga yang lumayan untuk sesuatu yang dikerjakan. macam insan yang masih belajar, mesti nak markah yang tinggi dalam setiap agsiment dan ujian yang dilakukan, kan. namun mungkin ada yang tidak sedar yang mereka juga salah dalam menilai sesuatu kejayaan. bagi yang bekerja , gaji yang tinggi adalah kepuasan, tol tak??betul sebab itu adalah keperluan dan tuntutan. dan aku disini bukan ingin membicarakan tentang gaji atau nilai. just nak ambil skop fikiran ak dalam melakukan tugas..it all about internship program.
   
   aku masih lagi terbayang kata-kata kekawan ku dulu, internship adalah laluan untuk orang menilai diri dan keupayaan kita, dan jika kita bagus, peluang pekerjaan juga cerah. dan di tempat aku menjalani internship juga ada yang berbicara begitu. betul tak salah tu. tapi aku puer fikiran adalah berbeza. dalam fikiran aku, yer aku juga mahu orang menilai untuk peluang pekerjaan yang cerah, namun aku juga mahu menilai dalam sudut yang lain iaitu, adakah ini jalan yang aku pilih. dalan LI ni banyak juga mengajar aku, dalam buat sesuatu pekerjaan tu, ada yang lebih beharga selain gaji dan pangkat, ianya adalah pengalaman..hahah mesti ramai yang gelakkan lau baca ni, but it is what i think when i do some work, hahah letih , emosi tergangu dan macam -macam lagi akan di alami bila kita melakukan kerja. namun dengan pengalaman yang bagus, kita akan dapat megawal semua itu dengan cara yang berkesan. hahah sebenarnya ada cerita hari ini . bekerja tanpa stress adalah yang paling baik. dan semua itu akan dapat kita lakukan bila kita dapat bekerja dengan orang berpengalaman dalam mengawal keadaan.

    cerita tentang agsiment yang dilakukan pada hari ini, hahah banyak sungguh pengalaman. dari pengurusan masa hinggalah dari melayan erenah keluarga talent, but semua jadi ok bila bekerja buakn dalam keadaan stress. walaupun tidak seperti yang dijadualkan hari ni, namun ia boleh dianggap satu kejayaan kerana, semua pulang dengan gembira walaupun masing-masing letih..eheheheh, itulah pengalaman, tabik to u bossi. dan semasa menjalani tugasan tersebut, mereka juga ada bercakap tentang gred, maklumlah ak hanya trenee, hanya mahu pass dalan LI ni. tapi agsiment hari ini memberi aku tanggapan baru, bukan gred yang perlu aku kejar, tapi pengalaman, memang kalau ditanya seua tak mahu fail dalam LI,tapi adalahkah Li mereka itu bermutu??adakah mereka belajar??itu persoalannya.aku ni lembab sikit namun bukan bodoh,dulu mungkin niat hanya nak A dalam LI namun kini aku sedar, walau aku fail sekalipon, if benda tu dapat mengembirakan aku dan aku dapat some input for myseft, naper nak pertikaikan result yang akan aku peroleh kelak kan??its more than result. justeru itu aku tak mahu dah nak mensia-siakan masa LI aku lagi. pejalanan LI aku dah sampai sebulan,dan aku harus belajar untuk mendapatkan seberapa banyak pengalaman.

(akan disambung lagi)

Wednesday, June 8, 2011

pengalaman mematangkan minda, pelajaran berlaku setiap detik (bahagian 2)

        sambungan dari eps. 1, haha, xde la..hurmmm sebut sahaja tentang pengalaman dan pengajaran ni, saya baru je telah diiajar sesuatu yang saya sendiri tidak terfikir untuk belajar tentang itu...iaitu cuba untuk menerima sebarang perasaan yang tidak seharusnya kita alami...bagaimana yer lau nak hindarkan perasaan itu seandainya ia muncul dengan spontannya ??hahahha sini ada sedikit tips untuk sesiapa yang baca blog nih, xdela pandai sangat tapi belajar dari pengalaman.


        sepanjang  menjalani latihan industri nih, sebenarnya banyak sudah saya belajar, yang pertamanya saya mengaku dengan adanya pertambahan dalam ahli "keluarga" kami, dia bagaikan menjadi tali ukur bagi saya, kenapa eak saya cakap seperti itu?? sebnarya saya sekarang selalu di bandingkan dengan dia, yer la baru seminggu dia dah dapat buat egsiment sedangkan saya dah 2 minggu tapi masih tiada agsiment lagi... masa mula-mula dibandingkan seperti itu memang la rasa tidak senang .... namun saya sedar ianya cuma salah satu cara untuk team saya memberi peransang untuk saya terus berusaha memberi yang terbaik. apa yang berlaku cumalah drama yang mereka reka supaya kita mempunyai sifat yang mahu lebih berusaha dalam melakukan sesuatu, bukan sahaja untuk LI ni tapi untuk kehidupan kita juga. dalam menjalani LI juga kita akan disajikan pengalaman bekerja walaupun ini hanyalah sekadar syarat untuk pengijazahan, namun sebenarnya ia merupakan peluang untuk kita sendiri membina kerjaya kita.itulah pesan rakan-rakan saya sebelum saya menjalani LI ni, thank a lot my friends..


        haa, na bgi sedikit tips la jika nada sedang menjalani LI atau bekerja tapi feeldown dengan apa yang anda lakukan, sini ada sedikit tips  nak kongsi,,huhuhu

1. selalunya kita dengar tentang nasihat ni, think positif atau berfikaran positif", sebenarnya ia memang membantu, just cara anda melakukannya jangan la hanya melakukan jika anda tress sahaja, tapi amalkan dalam setiap lagkah anda dan jangan mengeluh jika anda mengamalkannya.


2. jangan berputus asa dan ikhlaslah dalam setiap apa yang anda lakukan. kerana setiap pekerjaan tu, memang takkan jadi sempurna, walaupun begitu, jika kiat selalu ikhlas dalam melakukannya, kita pasti akan merasakan kemanisan jika ikhlas itu ada dalam setiap kerja yang kita lakukan. macam kata-kata ustaz la jika kita tanya ustaz kan. satu lagi, jika kita di banding atau di herdik kerana tugas yang kita lakukan tidak bagus atau sebagainya, jangan mudah melatah atau berputus asa, just take it as your challenge,jangan sesekali mudah putus asa.


ni hanya 2 je, tapi sebenarnya setiap apa yang kita lakukan, jika kita enjoy dengannya,kita tidak akan asa payah atau susah, tapi ia merupakan satu benda yang akan membuatkan kita merasakan gembira...jadi, janganlah selalu mengeluh atau berfikiran negetif, kawal keadaan dengan akal yang matang bukan dengan akal yang beremosi..jom fikirkan bersama dan anda yang yang tentukan..insha allah akan ada sambungannya lagi...