Wednesday, June 19, 2013

segalanya akan berakhir

setiap apa yang bermula akan ada titik noktahnya..tak kira lah apa benda pown.. itulah janji pencipta kepada makhluk di muka bumi ini... tanpa kita sedar yang sebenarnya kita sedang meniti satu titian masa yang mana kita tidak mampu untuk melihat titian itu tetapi kita selesa berjalan di atasnya... yer la kan, cuba kita renungkan kembali setiap detik yang kita lalu... cukup mudah dan sedang untuk kita lepaskan satu saat itu pergi meninggalkan kita dan kita gembira kerana adanya satu saat yang menanti kita dihadapan... begitu lah hidup , kita sebenarnya tak sedr yang semakin hari semakin masa kita hilang, semakin hari semakin suntuk masa kita... namun dalam hilangnya masa dan detik itu, ia tidak pergi dengan begitu sahaja, ia meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan pengajaran...apa yang sebenarnya yang telah kita lalui bersama terowong masa kita iaitu kehidupan.. juga tanpa kita sedar yang ia juga telah meninggalkan satu kesan yang abadi di dalam benak sanubari kita... dan itulah kisah yang aku ingin ceritkan...

hidup ini bagaikan satu perjalanan yang kita tidak dapat mengagak apa yang akan menanti kita dihadapan.. dan dalam kehidupan kita ini, dimulakan dengan satu langkah... dan setiap langkah yang kita jejak akan pasti ketemu noktahnya...yer kan??dulu aku tak fikir pown pasal awalan dan akhirnya sesebuah langkah itu...bagi aku yer ada perpisahan disebalik pertemuan tetapi kenapa kita harus bersedih dengan perpisahan itu??tak boleh ker kalau kita cuba mencari kegembiraan dalam sesuatu perpisahan itu... bukan kata kita gembira kerana berpisah tapi kita cuba untuk ubah .... kolotkan pemikiran aku pada masa itu??tapi kini setelah mengenal dunia..aku mulai sedar yang walau seindah mana msa yang kita lalui, kita terpaksa akur dengan wujudnya sesuatu elemen yang kita sendiri xnak hadapinya,,, ia ialah PERPISAHAN...apa yang penting ialah...jangan jadikan perpisahan itu lubuk untuk kita mengalirkan air mata kesedihan itu...

mungkin sampai hari ini aku masih belum bersediah untuk berpisah dengan waktu kecilku yang dimana ia adalah satu waktu yang paling indah buat aku... yer sehingga sekarang aku masih berkelakuan seperti dulu, kebudak-budakkan... namun kini aku sedar yang aku harus melepaskan ianya pergi bersama waktu itu dan aku perlu meneruskan perjuangan hidup sebagai mana zaman aku hidup..masa yang harus aku lalui...bukan hanya hidup bersama kenangan hidup yang lalu... tapi kadangkala aku terfikir,bagahimana kalau aku merindui masa silamku??dan sudah cukup bersediakah aku untuk melepaskan semua itu pergi??

dalam aku sedang memikirkan semua itu, allah mendengar rintihan hati hambanya... Dia tidak membuka terowong masa untuk aku kembali ke zaman silamku, tapi Dia memberikan aku satu situas yang mana aku boleh mengingati semula zaman kanak-kanakku...dan sebenarnya allah juga memberi aku peluang yang dah lama aku inginkan...merasai tanggungjawab seorang abang,mmm sungguh Allah itu menyayangi hambanya dan selalu mecurahkan rahmatnya kepada hambanNya...aku diberi peluang untuk mengingati kembali zaman kanak-kanak dan sekaligus merasai tanggungjawab seorang abang walaupun hanya seketika... bermula dengan suatu rancangan kanak-kanak dan disitulah aku diberi peluang tersebut...

mungkin apabila orang melihat effort aku kat program itu melebihi segalanya, banyaklah mulut yang bercakap... ada berita dan cerita yang direka..tapi aku buat tak endah kerana aku tahu matlamat dan kegembiraan aku ada disana... mungkin bagi mereka aku ada agenda tertentu...dan jika mereka bertanya adakah benar...aku akan menjwab "YA" tapi tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan..yer aku telah menjalinkan hubungan dengan mereka..hubungan kekeluargaan yang utuh...bukan hanya dengan seseorang tapi dengan dengan semua...kerana mereka menjadi perantaraan aku dengan hidupku dulu...dan mereka juga menjadi perantaraan dengan apa yang yang aku inginkan...namun...

seperti yang aku katakan pada awalan coretan ini...setiap yang bermula akan akan ada pengakirannya.. dan hanya tinggal beberapa detik lagi tinggal antara aku dan mereka...dan mereka telahpun menjadi semangat aku...tapi tak mengapa, perancangan allah adalah sebaik-baik perancangan dan segala yang tercipta dengan mereka adalah menjadi capsul masa dan semangat aku.... dan mungkin...mungkin selepas ini akan susah untuk aku merasai pengalaman itu..namun hanya satu yang perlu aku akui...yer aku gembira sepanjang aku kenali mereka semua..walaupun kenakalan mereka itu kekadang menyakitkan hati, namunitulah hiburan yang aku cari selama ini... ok la nanti sambung tuk part 2, dimana aku nak ceritakan tentang seseorang..seseorang yang walaupun dia boleh dianggap adik, namun hanya dia selalu membuat aku rasa selesa..siapakah dye....tunggu part 2 yer,,,,kalau la kalau ada yang baca tapi...ado den kisah...hahahahah


Saturday, March 9, 2013

rindunya zaman itu

waktu, masa akan berlalu menjadi sejarah hidup seorang insan, dan pada ketika waktu itu berjalan, manusia lupa yang setiapdetik yang ditinggalkan akan menjadi sejarah, pahit mahupun manis... dan setiap detik yang ditinggalkan itu juga akan merekodkan sesuatu yang bernama kenangan... itulah yang terjadi pada setiap helaan nafas setiap manusia mahupun hidupan dibumi ini yang diberi roh mahupun tidak... bila berbicara tentang waktu, aku terkenang sejarah silam..hehhehe..yer la sejarah semasa belajar di USM..walaupun dah hampir setahun aku tinggalkan USM, namun kenangan dan sejarah yang terukir disana masih menjadi igauan malam ... ada yang menarik, sedih, gembira,tak puashati, dan macam-macam lagi tentangnya...dan aku pernah gak menulis tentang pengalaman aku menjadi TDF kat sana..hahah yer la pantang ada event, terus jer nak join,hahahha... tapi kali ini aku tak nak bercerita tentang TDF tu, tapi tentang kem motivasi yang pernah aku sertai, antara jadi TDF( sekali lagi aku sebut..hehehe) atau jadi fesilitatot(aku dah lupa cam ner nak eja..haha sebab dulu pown selalu guna perkataan fesi jer..hahhaha). banyak pengalaman dan juga proses pembelajaran yang aku perolehi sepanjang ak aktif dalam menjadi sebahagian ahli did alam kem motiwasi tu..


mungkin bagi sesetengah orang, mereka hanya minta untuk mendidik atau memberi bimbingan kepada adek-adek dengan megadakan kem motivasi. dan semestinya untuk melakukan kem motivasi ini bukan mudah, sebabnya yer la kan,kita sebagai pelajar ,ingin menaikkan lagi semangat adek-adek kita untuk terus berusaha sehingga berjaya ke menara gading..dan disitulah bermulanya tugas seorang fesi... mungkin ramai yang lihat tugas sebagai fesi itu mudah...bercerita tentang kejayaan, adakah permainan untuk menghilangkan bosan semasa kem berjalan dan berborak dalam satu kumpulan...memang itu adalah rutin bila sesebuah kem itu diadakan...namun harus juga ingat yang kita sebenarnya bukan berada disana utnuk menunnjuk(atau berlagak) dengan kejayaan yang kita kecapi, tapi kita mempunyai tugasan yang amat rumit, merubah kejayaan kita itu untuk dijadikan suntikan semangat kepada mereka2yang sedang berjuang untuk berjaya seperti kita... dan disitulah bermulanya cabaran seorang fesi... sepanjang aku menceburkan diri dalam kem motivasi, aku banyak belajar walaupun aku hanya kadang-kandang jew jadi fesi..katanya khidmat aku lebih diperlukan dalam TDF..so kenalah mengalah selalu, tapi  dengan minat dan niat untk melihat setiap peserta kem itu dapat meresap matlumat yang kami sampaikan semasa kem, aku cuba merapati mereka setelah waktu LDK mereka selesai, cuba bertanyakan apa yang merekaperoleh dan cuba bercerita..supaya mereka tidak menganggap kami yang bukan fesi ini hanya sekadar menjadi urusetia kem sahaja...hahahah tiada niat sembunyi yer...


suatu peristiwa yang aku tak dapat lupakan ialah semasa berada di muadzam shah, mengadakan kem d sebuah sekolah disitu (lupa dah nama sekolah 2)...walaupun hanya kekuatan anggota (heheheh) 10-12 orang ketika itu (pown lupa jumlah sebenar ), namun dengan semangat yang kami bawa untuk dikongsi dengan adek-adek disana..kami teruskan,,,sepanjang 4 hari disana , kami diberi layanan yang cukup istimewa dan kerjasama dengan pelajar2adalah yang terbaik... dan aku biasa la... dalam semua kem akau akan menjadi "mat pengacau",... tapi utnuk kali iini aku diberi kepercayaan untuk menjadi fesi...dan ketika ini lah aku merasakan kegembiraan yang amat uar biasa.... hahahah bukan nak berlagak tapi semasa hari terakhir, pertama kali nama aku dilaung-laung bagaikan seorang artis popular...benda ini memang sebenarnya diluar jangkaan aku.... rupanya "mat pengacau " yang selalu ada dalam setiap kem ini akan dihargai sebegitu rupa...sehinggakan ada yang menahan kami daripada pulang dan teruskan mengadakan kem tuk sehari dua lagi...mungkin aku tidak menitiskan air mata tapi didalam hati , itulah kem yang terbaik pernah aku sertai..yang paling aku tak dapat lupakan ialah, ada seorang perserta kem, yang mana semasa kem aku selalu kacau dye..pada hari terakhir dye menghadiahkan aku patung kesayangannya...tanpa diduga...tapi patung tu dye letak kat pintu bas, dengan notabagai..hahahah....sebelum balik aku tanya kenapa tak bagi terus..jawapan dye " malu, takot nanti abg yie xnak amik"..hhahhahaha tapi bernas gak jawapan dye tu... :)


namun kini setelah aku meninggalkan alam Universiti, sukar benar nak mencari peluang untuk menyertai kem motivasi...dan hanya memori yang lampau yang menjadi penawar kerinduan aku ni..tah la adakah masih ada peluang untuk aku sertai lagi atau ianya benar2 menjadi sejarah untuk aku...mahu saja aku kembali ke alam dulu untuk aku teruskan perjuangan itu,supaya dapat aku lihat lebih ramai lagi adek-adek yang menyertai program kem motivasi itu berjaya...dan walaupun pada saat itu mereka tidak mengenali atau monghormati aku lagi, xmengapa sebab matlamat aku untuk melihat mereka berjaya dah tercapai...namun jika diberi peluang untuk aku berkhidmat kembali...dengan rela hati akan aku sahut(tapi bergantung kepada masa juga, sebab sekarang aku bukan lagi pelajar tapi pekerja),,,namun mungkin apa yang aku lalui dulu adalah sejarah yang menjadikan aku tergelah dan tersenyum sendiri..dan mungkin juga sejarah yang menjadikan suntukan semangat dan kekuatan aku...dan aku berterima kasih kepada mereka yang pernah membimbing aku sehingga aku dapat membimbing yang dibawahnya...terasa rindu pula untuk aku kembali berkhidmat dan terasabersyukurnya kerana dulu aku diberi peluang untuk berkhidmat..walaupun pada ketika itu ... aku pun masih memerlukan bimbingan....

dan dengan menyertai kem motivasi juga, aku belajar banyak perkara, dari hal kerja sehinggalah dari mendidik dan mengenal hati budi manusia...dan disitu juga aku ketemu kegembiraan, kesedihan dan kepahitan yang aku sendiri tak pernah inginkan....dan tiap kali kalau bersendirian, aku cuba mengimbau kembali kenangan itu, dan disaat itulah aku mula tersenyum dan terfikir, alangkah seronoknya jika aku dapat kembali ke saat itu...namun semuanya kini hanya menjadi lipatan memori indah dalam benak pemikiran aku.....




setiap yang bermula akan ada pengakirannya, dan setiap pengakiran akan ada permulaan baru, mungkin menjadi fesi untuk kem motivasi sudah menjadi titik pengakiran bagi aku, namun permulaan sebagai seorang pekerja harusaku teruskan,,,,,dan kenangan kem motivasi itu menjadi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan sebagai seorang pekerja..... namun jika diberi peluang..ingin sekali aku ulanginya....  :)