Tuesday, May 31, 2011

pengalaman mematangkan minda, pelajaran berlaku setiap detik (bahagian 1)

    mungkin ramai yang perasan, setiap detik kehidupan adalah peluang untuk kita belajar..dah berkali juga saya menyatakan bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan manusia, tapi adakah semua orang sedar akan itu??? hurmmm mungkin kesedaran itu selalu diselindungi dengan sikap sesetengah insan yang suka merungut dalam kehidupan...tapi bercerita tentang pengalaman adalah guru yang baik...saya ada cerita yang mungkin dapat menghilangkan kekeluhan kepada sesiapa yang suka mengeluh bila dia tidak sedar pengalaman itu berharga...

    buat masa sekarang dah seminggu saya menjalani latihan industri atau dalam bahasa bergayanya aialah intership program.. biasa la pengajaran berlaku setiap detik dalam hidup ini kan?? tapi bukan nak menyentuh apa yang saya dapat dalam tempoh seminggu tu, just nak cerita cikit tentang pengalaman selama seminggu nihh..dalam tempoh seminggu saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, maklumlah saya ni lembab sikit bila masuk dalam dunia baru  ni.. dan selalu banyak dugaan yang saya hadapi ..hahhaa..mungkin kalau yang pernah menjalani LI ni,mereka akan mengeluh , banyak sangat dop relax, bos cerewet, kena buli dan macam-macam lagilah..namun mereka lupa baawa inilah proses pembelajaran...bak kata orang, nak mendapatkan sesuatu yang baik tu amatlah la susah, namun akan menjadi senang jika kita tahu caranya...

hermmm banyak lagi nih nak cite..tapi sekarang time kje...nanti la saya sambung lagi sal ini...

(bersambung)

Monday, May 9, 2011

pencarian

  pencarian...selalu sangat berlaku dalam hidup setiap insan, tanpa disedari ataupun memang dalam keadaan sedar, hem memang lumrah hidup manusia yang selalu mencari dan ingin memuaskan hati...namun mungkinkah kita merasa suatu pencarian itu adalah satu yang menunjukkan kita masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada??atau mungkin setiap pencarian yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang harus kita cari bagi melengkapkan diri kita sebagai insan yang kita sendiri tidak tahu, bilakah atau bagaimanakah kita akan menjadi lengkap(walaupun kita sedar setiap manusia itu tidak sempurnak kejadiannya). adakaha kita juga mencari dan terus mencari hingga kita menemukan sesuatu yang kita rasa puas??hurmmm

   aku pernah merasakan pencarian yang berlaku itu, dalam pencintaan, dalam kehidupan dan dalam setiap detik waktu dan masa. apa sebanrnya ayang aku inginkan dalam pencarian kadang kala aku sendiri tidak tahu..namun aku hanya mampu untuk tersenyum kerana bagi aku pencarian itu harus dilakukan, bukan untuk mencari kesempurnaan, tapi untuk menilai diri dam menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya..dan kadangkala suatu pencarian itu menberi aku kesakitan, kekecewaan dan hampa, namu itu salah satu cara untuk aku menilai diri..dengan mencari. menyebut tentang pencarian, ada sedikit cerita tentang itu ..huhuhu tapi ini apa yang harus difikirkan..cerita tentang seorang pelajar dengan cikgunya, mungkin ada yang pernah mendengar cerita ini, tapi aku ulangkan balik..mari:

ceritanya bermula apabila seorang pelajar pergi menemui cikgunya kerana kebingungan dalam pencarian dalam hidupnya, semasa berada di bilik guru bersama cikgunya...

pelajar  : cikgu, saya ada satu soalan yang berkaitan dengan cinta, bolehkah cikgu memberi jawapan yang        setepat-tepatnya...
cikgu    : hurmmm, saya akan cuba, apakah soalan yang ingin kamu tanyakan??
pelajar  : cikgu..bagaimana saya mahu mencari sesuatu yang terbaik dalam hidup saya??bagaimana saya hendak mencari cinta untuk saya??, saya masih lagi mencari cikgu, namun sukar untuk saya menjumpainya, bagaimana yer cikgu??
cikgu    : beginilah , saya mahu kamu pergi ke padang sekolah disana, carikan saya sehelai rumput yang kamu rasakan ia benar-benar cantik dan menarik perhatian, lepas kamu mejumpainya, datang semula bertemu dengan saya..mulakan pencarian kamu di hadapan padang itu hingga kehujung, tapi ingat,setelah kamu menuju kehadapan,kamu tidak boleh berpaling kebelakang lagi..
pelajar  : (kebingungan) apakah kaitan dengan rumput itu dengan soalan saya cikgu??
cikgu    : buat dulu apa yang saya suruh, nanti saya akan jawab persoalan kamu itu..

pelajar itu pergi ke padang dengan hati yang tertanya-tanya dan dengan sayu misi, mencari rumput yang paling cantik dan menarik bagi beliau...selang beberapa hari kemudian beliau kembali semual ke bilik cikgu berkenaan.

cikgu    : owh kamu, bagaimana , sudah ketemu rumput yang saya minta kamu cari itu??
pelajar  : maafkan saya cikgu, saya telah cuba untuk mencari, namun saya gagal, kerana semuanya kelihatan cantik bagi saya, dan saya tak dapat menilai yang mana harus saya ambil...
cikgu    : itulah sebenarnya  jawapan dari soalan kamu tempoh hari...

moral of the story is:
kita selalu ingin mencari sesuatu yang dapat memuaskan hati kita, namun tanpa kita sedari kita sebenarnya telah kehilangan banyak sangat peluang atau benda yang sememangnya adalah yang terbaik untuk kita. berbalik kepada cerita di atas tu, ibaratkanlah padang itu adalah kehidupan kita dan pelajar itu kita dan waktu dia mencari rumput itu adalah masa hidup kita, apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut?? seandainya peluang yang ada seperti rumput dipadang itu, sudah tentu pencarian kita dalam hidup tidak akan pernah selesai, kita sendiri akan merasakan bahawa kita masih belum menemui sesutu yang bernilai dalam hidup bukan.. seperti pelajar tersebut, sebenarnya dia telah kehilangan banyak rumput cantik kerana keegoan dalam pencariannya, dia tidak sedar sebelum ini dia telah menemui rumput yang cantik namun kerana keegoannya. dia terlepas dek syaratyang ditetapkan oleh cikgu dia, seperti kehidupan yang sebenar..masa itu berputar dan tak dapat di ulang balik walau sesaat..dan dalam menjalani kehidupan kita, mungkin kita telah kehilangan banyak benda yang sememangnya adalah milik kita..ki..ta tak pernah tersedar sehinggawaktu lampau menyerdarkan kita.namun adakahkah ianya dapat dikembalaikan semuala setelah ia menjadi sejarah??mungkin boleh..namun peluang ke-2 tidak semestinya dalah peluang terbaik untuk kita..namun boleh jadi itu adalah peluang yang terbaik..jadi walaupun kita masih mencari dalam kehidupan ini, dan kita tahu yang pencarian itu tidak akan selesai sehingga kita menghembuskan nafas terakhir..namun ,bijaklah dalam menentukan keputusan..kerana hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk kita...fikir-fikirkan bersama..dan anda yang tentukan


Tuesday, May 3, 2011

menyakiti dan disakiti

cinta..apa sebenarnya cinta yer??ada sapa-sapa leh bagitahu tak??kata orang cinta itu mainan perasaan yang selalu hadir dalam jiwa adam dan hawa..betul kew?? dan mengapa cinta tu datang secara tiba-tiba, sampai kita sedar dan tidak sedar menyakiti dan disakiti..seperti sekarang saya disakiti disebabkan cinta dulu, dan kini saya menyakiti sebab cinta juga, mengapa yer??hurmmm persoalan yang seharusnya ada jawapannya,,tapi apakah jawpannya??

macam apa yang etrjadi malam ni. saya menyakiti seorang kawan yang saya kenal dalam laman sesawang sosial. hanya mahu berkawan dan menanbah kenalan sambil mencari..hehhehe tapi tak sangka pula ada benda lain yang terjadi..di sanggup untuk berterus terang yang dia menyintai saya dan mula menyukai saya. terkejut dibuatnya.yer la selalu rasa tak mahu dah bercinta kerana disakiti dulu..dan apa yang tak percaya juga adalah masih ada yang sanggup jatuh cinta kat adam yang dilebalnya bodoh..cinta membutakan mata seseorang dan memekakan telinga sesiapa saja..aki rasa bersalah kerana terpaksa menolak cinta  sang hawa ini, sungguh menyesal tetapi itulah rasanya keputusan yang harus aku buat, mungkin aku juga patot mengakui yang aku juga sayang si hawa itu, namun sayangku tidak bermakna aku juga menyintai dia..aku selalu berpegang pada satu prinsip hidup bila berkaitan dengan bab cinta, iaitu aku meyukai ramai orang namun aku hanya menyintai seorang saja..hurmm tah la susah nak cakap bila cinta hadir dalam hidup..susah-susah..

kepada si hawa tu..maaflah bila saya menolak cinta awak, saya tahu  saya telah menyakiti awak. saya tahu keputusan ni awak juga terima dengan baik kan...sesungguhnya cinta itu bukan milik saya kerana cinta itu masih ade orang yang selayaknya menerima cinta itu....saya juga mengerti bahawa saya tidak layak untuk dicintai dan disayangi..maaf la jika saya sudah melukakan hati seorang hawa ... hurmmm

masih tertanya dalam benak saya, adakah perlu untuk bercinta dan merasa dicintai jika hanya untuk disakiti dan menyakiti??puaskah hidup manusia jika dapat merasai cinta??apakah yang perlu kita perhatikan jika kita masih mahu merasa dicintai??banyak persoalan yang berkaitan dengan cinta dan sesuatu perkataan dari sang hawa itu membuka minda saya dam menimbulkan persoalan yang tidak terjawab..sungguh pedih bila kita terpaksa menolak ..hurmmm sedih dan sakit juga. entah la susah untuk memberi penjelasan tentang hati perasaan tetapi yang pasti, jika kita terlibat dengan sesuatu yang dipanggil "CINTA", kita harus bersedia untuk menyakiti dan disakiti.....hurmmm CINTA