Monday, May 9, 2011

pencarian

  pencarian...selalu sangat berlaku dalam hidup setiap insan, tanpa disedari ataupun memang dalam keadaan sedar, hem memang lumrah hidup manusia yang selalu mencari dan ingin memuaskan hati...namun mungkinkah kita merasa suatu pencarian itu adalah satu yang menunjukkan kita masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada??atau mungkin setiap pencarian yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang harus kita cari bagi melengkapkan diri kita sebagai insan yang kita sendiri tidak tahu, bilakah atau bagaimanakah kita akan menjadi lengkap(walaupun kita sedar setiap manusia itu tidak sempurnak kejadiannya). adakaha kita juga mencari dan terus mencari hingga kita menemukan sesuatu yang kita rasa puas??hurmmm

   aku pernah merasakan pencarian yang berlaku itu, dalam pencintaan, dalam kehidupan dan dalam setiap detik waktu dan masa. apa sebanrnya ayang aku inginkan dalam pencarian kadang kala aku sendiri tidak tahu..namun aku hanya mampu untuk tersenyum kerana bagi aku pencarian itu harus dilakukan, bukan untuk mencari kesempurnaan, tapi untuk menilai diri dam menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya..dan kadangkala suatu pencarian itu menberi aku kesakitan, kekecewaan dan hampa, namu itu salah satu cara untuk aku menilai diri..dengan mencari. menyebut tentang pencarian, ada sedikit cerita tentang itu ..huhuhu tapi ini apa yang harus difikirkan..cerita tentang seorang pelajar dengan cikgunya, mungkin ada yang pernah mendengar cerita ini, tapi aku ulangkan balik..mari:

ceritanya bermula apabila seorang pelajar pergi menemui cikgunya kerana kebingungan dalam pencarian dalam hidupnya, semasa berada di bilik guru bersama cikgunya...

pelajar  : cikgu, saya ada satu soalan yang berkaitan dengan cinta, bolehkah cikgu memberi jawapan yang        setepat-tepatnya...
cikgu    : hurmmm, saya akan cuba, apakah soalan yang ingin kamu tanyakan??
pelajar  : cikgu..bagaimana saya mahu mencari sesuatu yang terbaik dalam hidup saya??bagaimana saya hendak mencari cinta untuk saya??, saya masih lagi mencari cikgu, namun sukar untuk saya menjumpainya, bagaimana yer cikgu??
cikgu    : beginilah , saya mahu kamu pergi ke padang sekolah disana, carikan saya sehelai rumput yang kamu rasakan ia benar-benar cantik dan menarik perhatian, lepas kamu mejumpainya, datang semula bertemu dengan saya..mulakan pencarian kamu di hadapan padang itu hingga kehujung, tapi ingat,setelah kamu menuju kehadapan,kamu tidak boleh berpaling kebelakang lagi..
pelajar  : (kebingungan) apakah kaitan dengan rumput itu dengan soalan saya cikgu??
cikgu    : buat dulu apa yang saya suruh, nanti saya akan jawab persoalan kamu itu..

pelajar itu pergi ke padang dengan hati yang tertanya-tanya dan dengan sayu misi, mencari rumput yang paling cantik dan menarik bagi beliau...selang beberapa hari kemudian beliau kembali semual ke bilik cikgu berkenaan.

cikgu    : owh kamu, bagaimana , sudah ketemu rumput yang saya minta kamu cari itu??
pelajar  : maafkan saya cikgu, saya telah cuba untuk mencari, namun saya gagal, kerana semuanya kelihatan cantik bagi saya, dan saya tak dapat menilai yang mana harus saya ambil...
cikgu    : itulah sebenarnya  jawapan dari soalan kamu tempoh hari...

moral of the story is:
kita selalu ingin mencari sesuatu yang dapat memuaskan hati kita, namun tanpa kita sedari kita sebenarnya telah kehilangan banyak sangat peluang atau benda yang sememangnya adalah yang terbaik untuk kita. berbalik kepada cerita di atas tu, ibaratkanlah padang itu adalah kehidupan kita dan pelajar itu kita dan waktu dia mencari rumput itu adalah masa hidup kita, apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut?? seandainya peluang yang ada seperti rumput dipadang itu, sudah tentu pencarian kita dalam hidup tidak akan pernah selesai, kita sendiri akan merasakan bahawa kita masih belum menemui sesutu yang bernilai dalam hidup bukan.. seperti pelajar tersebut, sebenarnya dia telah kehilangan banyak rumput cantik kerana keegoan dalam pencariannya, dia tidak sedar sebelum ini dia telah menemui rumput yang cantik namun kerana keegoannya. dia terlepas dek syaratyang ditetapkan oleh cikgu dia, seperti kehidupan yang sebenar..masa itu berputar dan tak dapat di ulang balik walau sesaat..dan dalam menjalani kehidupan kita, mungkin kita telah kehilangan banyak benda yang sememangnya adalah milik kita..ki..ta tak pernah tersedar sehinggawaktu lampau menyerdarkan kita.namun adakahkah ianya dapat dikembalaikan semuala setelah ia menjadi sejarah??mungkin boleh..namun peluang ke-2 tidak semestinya dalah peluang terbaik untuk kita..namun boleh jadi itu adalah peluang yang terbaik..jadi walaupun kita masih mencari dalam kehidupan ini, dan kita tahu yang pencarian itu tidak akan selesai sehingga kita menghembuskan nafas terakhir..namun ,bijaklah dalam menentukan keputusan..kerana hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk kita...fikir-fikirkan bersama..dan anda yang tentukan


No comments:

Post a Comment