Wednesday, March 30, 2011

sudah tiba masanya

   jika kita melihat masa,ruang dan waktu, semuanya ia adalah sesuatu yang dijadikan untuk manusia berfikir tentang kebesarannya. begitu juga dengan manusia dan masa, ia adalah sesuatu yang komplikated untuk dijelaskan..hanya yang esa ada jawapannya. hari ni bukan ingin berbicara tentang sebab waktu itu dijadikan, tapi aku ingin bincangkan tentang waktu itu adalah guru yang baik untuk manusia. kenapa??? sebenarnya pepatah ini selalu aku gunakan untuk mengelak dari menjawab soalan yang memang aku ada jawapan namun jawapannya menyakiti orang lain. aku sebenarnya ingin menbuka suatu cerita tentang pengalaman hidupku tentang ini. hurmm, bukan ingin menyatakan kekesalan atau membuka bekung didada atau bukan untuk riak atau takbur, ini cuma pengkongsian apa yang aku alami jew..
  
   cerita pengalaman yang pertama ialah bila aku menyertai sesuatu aktiviti atau persatuan di universiti ini. bukan ingin mengatakan bahawa aku ni seorang yang rajin atau apa cuma sikap aku yang sukar untuk menolak sebarang tugas yang diberi menyebabkan aku selalu diberi tugas tugas yang sama..tugas berat.aku bukan hendak menrungut tapi kekadang merasakan segala tugas aku itu tidak dihargai. ada juga seketika tugas yang diberi itu tidak diajar terlebih dahulu dan bila aku melakukan kesilapan, bukan tunjur ajar yang diberikan malah aku dimarah. hurmmm, namun aku tidak pernah hendak memarahi atau menyatakan kebencian aku pada sang pemarah itu . aku sendiri sebenarnya tidak suka untuk marah kat orang lain dan aku selalu "melembutkan" perasaan ini pabila berkalu sebegitu.dalam persatuan atau aktiviti yang aku join, segala tugas aku dilihat semakin hari semakin tidak dihargai, bukan hendak segala apa yang aku lakukan itu dihargai dengan memberi pengiktirafan atau hadiah, cuma cukuplah sekadar menghormati tugas aku itu. aku pernah juga terfikir sejenak, oleh kerana aku dilihat hanya mampu menjalankan tugas, mereka merasakan pemikiran atau idea aku tidak laku.dan kadangkala aku dilakukan sebagai kuli. tapi sikap aku tidak menganggap apa-apa bahkan ia menjadi suatu permainan dalam hidup aku..mengapa yer..mungkin satu sebabnya aku tidak pandai menilai seseorang, yang mana ikhlas ingin bekerja dengan aku atau hanya mahu menggunakan aku untuk mejadi kuli mereka. kekadang timbul juga kesedihan dalam diri ini jika aku melaksanakan tugas namun masih ada juga yang tidak puas hati dan membenci aku..xsalah membenci aku namun apa yang aku lakukan itu janganlah dibenci. aku juga manusia yang tak perlnah lari dalam melakukan kesilapan. mungkin sudah tiba masanya untuk aku berfikir tentang diri sendiri bukan lagi berfikir untuk orang lain. kerana rasakan sia-sia saja aku memikirkan orang lain sedangkan mereka tidak pernah untuk memikirkan perasaan aku. aku selalu menjaga perasaan mereka namun mereka??hurmmm. ye aku perlu berubah demi kihidupan aku. aku perlu tegas dan perlu menilai sesuatu itu dengan baik bukan hanya menerimanya terus..

     satu lagi cerita tentang seorang yang aku.... ok la sebenarnya aku suka kat dye..dah lama dah cuma xnak gtau sebab aku nak kawan dulu dengan dye..dulu aku kenal dia nih baik jew. ...tapi masa mengubah segalanya kan..rasa dia berbeza dari dulu dan kini, cukup2 berubah. dulu aku rasa tenang jew bila bersama dye tapi kini rasa macam da sesuatu yang tidak kena. kekadang dia juga menunjukkan kelakukan yang aku sendiri t ak dapat terima. aku tak kisah sangat jika itu hanya melibatkan dia..tetapi kekadang aku....hurmmm tak tahu la nak cakap cam ner..sekarang lebih banyak perkara yang dia buat tu membuatkan aku tidak selesa dari selesa.. aku tak tahu la nak cakap pew..mungkin ni lah waktnya kan..selama ni aku selalu menjaga perasaan dia, bila dia rasa semangatnya jatuh, aku cuba nak naikkan semangat dia.. namun kini aku rasa benda tu macam tak berbaloi lak..entahlah, aku xpernah nak cakap kelemahan dia walaupun banyak kelemahan yang dia ada, aku tak cakap..dulu aku rasa gembira jika dapat berbual dan berkongsi masalah dia, tapi kini aku rasa aku tak perlu lagi ada untuk semua itu, dan kekadang kelakuan dia macam tidak pernah cuba untuk menjaga perasaan ak. aku cam biasa la, tak nak tunjuk just buat tak tahu sahaja la. hemm susah  juga la jika berkawan lau cam nihh. dia cam cuba untuk menjaga status dia, yer la aku pun rasa cam sangat2 tersinggung jika ayat 2 diulang lagi. tu yang sekarang aku dah macam x berapa nak rapat dengan dia. hurm..maaf la jika aku dah buat kamu tak selesa...


     namun kini aku mula sedar, dan berdasarkan kepada pengalaman aku , aku sedar yang aku perlu berubah. dan kini tiba masanya untuk aku memikirkan tentang diri, perasaan dan kehidupan aku dari ak u memikirkan orang lain. mungkin sedikit kejam namun ini lah langkah yang aku rasa wajar untuk aku ambil. jika ada yang tersinggung selepas ni, maaf la sebab aku dah letih menjaga perasaan orang lain.

   

Saturday, March 5, 2011

aku manusia biasa

    apa sebenarnya manusia ini???adakah kita masih mencari erti sebenar tentang manusia??baiklah disini aku bukan mahu membicarakan tentangapa sebenarnya erti manusia atau apa itu manusia, cuma aku mersyukur di lahirkan sebangai manusia. dan  sebenarnya bukan manusia jika ia tidak pernah melakukan dosa, tak pernah melakukan kesilapan dan xpernah menyakiti orang lain. ini adalah kontek dari penciptaan manusia biasa... ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa, kesilapan dan tidak pernah menyakiti orang tapi itu adalah manusia yang tin ggi darjatnya...dan kita sebagai manusia biasa  perlu sedar bahawa kita xkan lari dari itu..

     hurm sebenarnya manusia  mempunyai seribu satu perangai, sikap, tahap pemikiran dan juga perasaan. macam aku sendiri, ada sikap aku tersendiri dan sikap aku kekadang telah cuba di ubah oleh orang sekeliling yang baik dengan aku(atau di katakan disini sahabat). namun kekadang aku juga harus bertindak seperti aku, menjadi diri aku. aku faham sahabat sekeliling aku cuba untuk membentuk aku supaya aku tidak melakukan kesilapan yang aku sendiri tidak mampu untuk melihat atau mencari. aku juga bersyukur kerana di any=ugerahkan sahabat seperti ini... tapi kekadang cara mereka menasihati aku juga ada silapnya.. betul setiap apa yamh ingin dinasihatkan itu adalah kesilapan aku, namun ada kalanya aku sukar nak menerima, entah.. kekadang kesilapan yang aku lakukan itu di dorong oleh persekitaran. sahabat aku memberitahu salah tindakan aku seperti itu, namun adakah mereka berfikir seperti apa yang aku fikirkan pada masa itu??
kekadang aku juga merasa diri hina sangat bila melakukan semua itu, marah kawan, tidak dapat mengawal perasaan ak, dan bertindak diluar kawalan aku sendiri, tapi akah aku mahu melakukan semua  itu??TIDAK!!!

      kekadang aku muak hidup seperti manusia yang hanya mahu menjaga perasaan orang lain sedangkan perasaan aku tiada siapa yang mahu jaga, dan kekadang aku rasa sudah cukup masa yang aku menunjukkan sikap biasa aku... orang melihat aku senang untuk di sakiti..dan aku hanya biarkan sahaja..kekadang aku memikirkan dan aku cuba untuk tidak menjadi sifat aku yang buruk itu., namun semua itu selalunya berlaku diliar jangkaan aku...manakan biisa mecurah petrol ke apai yang marak...dan kekadang api itu juga  jika di curah petrol xmahu marak kerana terfikrkan apa yang bakal terjadi jika ia marak namun sifatnya menjadikan ia seperti itu....aku juga manusia biasa yang kekadang dikawakl oleh perasaan dan aku merasakan syukur jika ada yang ingin membetulakan aku, namun adakah  dapat aku merasakan itu patut????hurmmm