Tuesday, December 18, 2012

bahagianya berteman

teman, rakan,sahabat atau seumpamanya, selalu digambarkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain yang dianggap rapat dengannya. ada juga kawan yang berjanji sehidup semati(cam kekasih lak,heheh) ada juga yang suka makan kawan dan ada ynag rapatnya kerana talian persahabatannya kerana ilahi dan ada juga kerana kepentingan sendiri..namun kadangkala kita juga tanpa sedar akan menyakiti teman kita, dalam keadaan sedar atau tidak, dalam keadaan celik atau rapat terpejam..yer la manusia tiada yang sempurna melainkan pesuruh-Nya.. namun itulah manusia, kekadang perasaan itu menjadi teman dan kadangkala ia menjadi pemusnah,,, kalau dengar-dengar percakapan orang, perkataan teman , sahabat dan rakan mempunyai levelnya tersendiri dan maksudnya pun tak sama..yer ker??entahlah... ada yang lebalkan bahawa rakan memang banyak dan senang untuk dicari, tapi rakan menangis begitu payah nak jumpa...tol x??heheh kalau ade mereka akan menganggapnya sebagai rakan rapat atau sahabat...tapi perkataan sahabat juga ada 2 maksud iaitu hanya sahabat biasa ataupun sahabat sejati...yang disiratkan makna yang berlainan juga kan??hahahah... itulah apa yang difikirkan oleh makhluk yang bernama insan...dan aku juga tidak terkecuali untuk itu...yer dalam hidup insan ini...allah dah jadikan setiap manusia itu berpasangan...dan mereka tidak mampu untuk hidup be3rsendirian.... tapi itulah..walaupun manusia ni tak mampu untuk hidup bersendiri, kadangkala ia juga suka untuk menyakiti orang lain...huhuhu

dalam hidup aku, selepas family, kawan-kawan la merupakan nyawa ak, dan kadangkala aku sendiri bingung , kenapa aku mudah untuk dapat kawan dan mudah untuk hilang kawan... tapi bila aku fikirkan balik, mungkin itu adalah dugaan dari yang esa..yer la sesuatu jika mudah kita dapat..mesti mudah juga dia hilang..hurm kekadang bila sendiri dan mengenangkan kenangan bersana rakan-rakan...air mata ni tak segan silu untuk keluar..dan kuantitinya bukan sikit, boleh buat mandi 1 hari(hehehehe)..tapi itulah..setiap manusia akan ada ragamnya sendiri dan walaupun segigih mana ia nak mungubah ragamnya..dia bole ubah tetapi ragam lamanya akan terkeluar juga akhirnya..bak kata orang kampung aku, tabiat diri ni payoh nak di ubah tapi buleh di kawal,hahahha tapi itulah..dalam bersahabat walaupun kita cuba sedaya upaya untuk menjaga kelakuan kita supaya tidak menguris atau menyinggung perasaan kawan kita..tetapi kekadang ia akan terkeluar juga..so itulah jika kita ulangtayang balik apa yang berlaku ..kita pasti akan dapat lihat sesuatu... :)

sahabat yang baik selalunya akan mengeji kita supaya kita sentiasa sedar akan dalam kehidupan ni , dunia ni bukan kita seorang, dan selagi kita selesa dengan kehidupan kita, kita susah untuk belajar mahupun mencari kesilapan sendiri, dan sahabat yang baik juga akan cuba menyembunyikan kelebihan diri kita untuk dipuji sebab dia takut kita akan hanyut dibuai alam kehidupan yang palsu..namun sahabat yang baik juga tidak akan mendedahkan keburukan diri kita tetapi cuba untuk mengubahnya dalam situasi dua hala...antara kita dan dia ...kalau kita jumpai orang seperti ni..cubalah untuk bersahabat dengannya..dan pasti jika ikhlas rasa ingin bersahabat tu...ikhlaslah perhubungan yang terjalin...insya allah...dan sudah tentu jika ingin melihat sejauh mana ikhlasnya dia bersahabat dengan kita..cubalah nilai cara dia bersahabat dengan kita.

manusia...dilahirkan walaupun nampak sempurna tetapi tidak sempurna sebenarnya..dan yang pasti ketidaksempurnaan itu adalah kelemahan manusia yang ketara... apa ketidaksempurnaan itu??itu kena lihat sendiri dekat insan itu...kenapa??kerana setiap manusia memiliki ketidaksempurnaan yang berbeza..dan disitulah selalunya kita di nilai. manusia juga ada segelintirnya sukar untuk menilat ketidaksempurnaan dalam dirinya dan disinilah seseorang yang bernama sahabat itu membantu.. bagaimana yer?? yer kekadang kita ni terlepas pandang dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki..dan kadangkala ia menjadi masalah yang amat besar tanpa kita sedari..seperti apa yang aku bagitahu diatas, sahabat yang baik adalah sahabat yang mengeji kita bukan sahabat yang memuji kita...jika kita fahami betul-betul ayat itu, apa yang kita akan faham? bagi aku , setiap manusia pasti akan ade teman atau sahabat, dan mereka akan memiliki pelbagai jenis sahabat.. ada yang memuji ada yang mengeji...bagi aku sahabat yang mengeji itulah adalah sahabat yang baik ,kenapa?kerana setiap kejian yang dibuat adalah salah satu langkah untuk kita melihat ketidaksempurnaan kita.. yer manusia yang tidak dapat menilai diri sendiri, dengan kejian itulah yang membuatkan dia sedar akan ketidaksempurnaan itu...namun kena juga kita ingat bahawa kejian ada pelbagai jenis, dan jangan lupa setiap kejian itu akan ada maknanya...hahah nilailah sendiri..., :)

ibarat satu sungai yang mana airnya mengalir deras,
dan disekelilingnya terdapat tebing,batuan dan hidupan didalamnya,
tanpa semua ini, sungai akan menjadi sungai yang alirnya deras dan ganas,
namun dengan kehadiran tebing ,batuan dan hidupan akan menyerikan sungai itu,
alirnya dapat di alurkan dengan tenang,
tebing pula dapat menjadi panduan untuk aliran air,
dan hidupan menjadikan sungai itu tidak sunyi...

itulah teman di ibaratkan kepada seseorang insan,
tanpa teman kita mungkin akan kehanyutan dan mungkin kelemasan,
dalam dunia yang penuh cabaran ini,
namun waspadalah dalam memilih setiap teman itu,
kerana yang baik membawa bahagia,
dan yang jahat membawa bencana,

bahagianya berteman,
kerana setiap hari akan berjalan dengan bahagia dan tenang,
setiap langkah dan perihal akan ada si penegur untuk kebaikan,
dan bila kita sesat dalam rialiti dan fantasi,
akan ada tangan yang menghulur dan menarik kita keluar..
untuk kita mengenal lebih dan 
menghargai setiap apa yang kita lakukan..

namun manusia ni akan selalu dan selalu membuat kesilapa yang mereka sedar atau tidak terhadap teman mereka, sendainya kesilapan itu adalah yang disedari, cubalah untuk tidak malu untuk pelbetulkan, namun seandainya kesilapan itu tidak disengajakan atau disedari, cubalah untuk mencari petunjuk seandainya hubungan persahabatan itu ada masalah, bak kata seorang teman yang amat baik dengan aku, tak salah mengaku kesilan diri dan berkata maafkan saya, tapi tersangatlah salah dan bodoh jika kita hanya mendiamkan diri jika tahu salah kita, ucaplah maaf, walau tidak dapat mengubat kesakitan, namun ia pasti akan melegakan keadaan," so bahagianya berteman jika kita tahu untuk menghargainya.


dan kepada teman-teman aku sekalian, mungkin aku ni seorang yang otaknya gila-gila dan bodoh somboong, tapi aku juga manusia yang tak pernah lari melakukan kesilapan..

MAAFKAN SELAGI ADA MASA, DAN KELAK KITA MENJADI SAHABAT YANG BAIK..BUKAN SAHAJA DI DUNIA, DAN AKIRAT JUA, DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBIMBING DAN MENJADI SAHABAT AKU, MAAFKAN SEANDAINYA ADA KESALAHAN TERHADAP KALIAN...





jadi, inilah teman sebenarnya,tiada istilah lain yang dapat disamakan..kerana... kerana ia akan hidup dihati dan minda, walau jasadnya hilang dimamah bumi... smile dan jom fikirkan bersama