Monday, February 21, 2011

pemimpin

       pemimpin???terpimpin???dipimpin???memimpin??? jika semuanya mendengar atau membaca perkataan tersebut..apa yang anda fikirkan?? ya semuanya berkaitan dengan pimpin atau nejadi ketua atau kepala dalam sesuatu organisasi.. alhamdulillah sekarang dalam masyarakat, terlalu ramai orang yang ingin menjadi pemimpin, tapi adakah semuanya layak???owhhh memang semuanya layak kerana manusia sendiri dejadikan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah...tapi adakah pemimpin sekarang mempunyai kretiria-kretiria yang diinginkan???atau adakah sekadar mahukan populariti dan pangkat sahaja??? saya tidak mahu membincangkan "pemimpin" ini dalam kontek yang besar, cukup sekadar di peringkat siswazah di universiti. saya juga seorang pelajar yang juga mempunyai keinginan untuk menjadi pemimpin..tapi saya juga terfikir, adakah jika aku menjadi pemimpin, aku boleh memimpin orang-orang dibawahku???adakah aku mampu memikul tanggungjawab yang besar ini???

     baiklah...selama tiga hari ini saya juga terlibat dalam melobi atau memjadi jentera pilihan raya kampus(walaupun tidaj sebagai jentera tetap). dan sepanjang pilihan sesi ini berlangsung dan di akhiri dengan rapat umum yang baru berakhir .. banyak dakyah-dakyah dan isu-isu universiti dan isu-isu berbangkit yang telah diutarakan. pelbagai menifesto-menifesto yang dicanang sampai ada di antaranya tidak masuk akal... kadangkala saya tergelak dan terfikir..dakah semua calon mempunyai kretiria yang di inginkan sebagai pemimpin atau hanya mengejar gelaran Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). saya bersa gembira jika melihat semangat pelajar universiti sekarang yang berkobar-kobar dalam emperjuangkan hak mereka, namun ada juga terkilannya kerana ada juga segelintir mereka meninjukkan "kebodohan" mereka. mana taknya, ada isu yang dimainkan merupakan isu yang tidak masuk akal, lapok dan kadangkala ia merupakan isu yang hanya sekadar provokasi sahaja. pabila melihat calon-calaon mengutarakan pandangan mereka ada juga yang lebih yakin dengan ucapan mereka dengan menunjukkan bukti-bukti dan ada juga yang yang mengutarakan pandangan mereka tanpa mengkaji dahulu isu-isu yang mereka war-warkan...adakah kita mempunyai pemimpin yang betul-betul mempunyai krebiliti sebagai pemimpin??

      baiklah apabila disentuh dengan rapat umum yang berlaku di universiti yang saya belajar, sebenarnya saya begitu sedih, mingkin ia juga berlaku di universiti-universiti lain di Malaysia ini, namun apa yang nyata ialah, siswazah yang ingin menjadi pemimpin ini sebenarnya "tidak menyiapkan diri mereka sebelum berperang". mengapa saya berkata begitu??? kita semua tahu yang gelanggang rapat umum adalah salah satu tempat untuk kita memperlkenalkan diri dan menyatakan menifesto kita, dan disana juga kita akan berhadapan dengan pelbagai perangai mahasiswa.. yerlah kalau yang pro-mahasiswa itu dengan cara mereka,aspirasi juga dengan cara mereka, namun mereka sebenarnya mempunyai satu tujuan, menyokong calon mereka dan membuat provokasi terhadap calon lain..namun, mengapa bakal calon yang ditasa yang berucap tidak mampu untuk mengawal emosi mereka??adakah mereka lupa yang mereka perlu menyiapkan diri dari segi mantal dan fizikal sebelum mereka melangkah masuk ke gelanggang rapat umum??? mengapa apabila di provokasi oelh penyokong-penyokong yang ada di bawak mereka terus naik angin dan melakukan sesuatu perbuatan atau meluahkan perkataan yang tidak riasonal??adakah ini pemimpin yang kita cari?? hem...sedih...saya melihat semua ini dimata seorang peyokong..dan saya juga telah merasai beban yang ditanggung sebagai pemimpin seandainya tidak mempunyai persediaan yang lengkap.

       mungkin saya juga tidak mampu untuk memegang jawatan dalam Majlis Pewakilan Pelajar, hal ini bukan kerana saya takot atau merasakan diri ini tidak layak, namun sering kali saya terfikir adakah saya mampu untuk memikul tanggyngjawab yang diamanahkan itu dengan sempurna??kepada pemimpin dan bakal pemimpin...fikirkan lah , jika anda merasakan menjadi pemimpin itu popular..jangan teruskan niat anda untuk menjadi pemimpin..kerana anda mampu merosakkan diri anda dan orang lain..namun jika anda yakin dapn percaya anda mampu memikul tanggungjawab itu..,teruskan...

No comments:

Post a Comment