Friday, August 12, 2011

hikmah ujian

     "sesungguhnya,ibadatku,solatku,hidupku,dan matiku,hanyalah kerana allah taala"....ungkapan yang selalu disebut setiap kali ak mengerjakan solat 5 waktu..mungkin angka 22 adalah suatu angka yang singkat bagi umur seseorang insan itu, tapi bagaimana pula dengan insan yang sudah berkali-kali diambang maut ?? mungkin 22 tahun itu merupakan satu waktu yang di0lihat begitu berharga bukan?? "allah tidak akan melewatkan ajal seseorang walaupun sesaat atau mengawalkan walaupun sesaat"..mungkin ayat ini pernah namun itulah janji allah terhadap hambanya. berbalik kepada cerita sepanjang 22 tahun ini, ada sedikit cerita yang ingin aku kongsikan..baik buruknya untuk iktibar kepada semua.

     allah maha adil dalam memberikan nikmatnya kepada hambanya. alhamdulillah allah masih menyanyagi umat seperti aku nih.hari ini menziarahi kubur, mengingatkan aku kepada detik disaat aku hampir menghuni tanah perkuburan itu...10 tahun lalu..ceritanya bermula pada sepuluh tahun dulu dimana allah menguji aku dengan manarik nikmat kesihatan yang dianugerahkan olehNya kepada aku. jika diceritakan mungkin ramai yang terperanjat dan bertanya "kenapa sampai cam tu sekali"..dulu aku diam tanpa sebarang jawapan,tapi kini jawapannya ialah "inilah takdir ilahi terhadap saya". aku pernah berada disaat dimana kedaan aku 50/50 antara hidup dan mati, ketika itulah aku dimasukkan ke dalam wad CCU,selama 2 minggu aku tidak sedarkan diri..namun takdir aku, umur aku masih panjang dan aku diberi peluang untuk hidup sehingga sekarang...

No comments:

Post a Comment