Sunday, January 15, 2012

aku mahu sentiasa TERSENYUM

     kehidupan...jika kita lihat kehidupan..pasti kita akan terfikir...adalakah patut aku hidup begini..adakah kehidupan aku adalah yang terbaik untuk aku??manusia sebenarnya dijadikan sebaik-baik kejadian..ada perasaan..ada hati..ada jiwa dan ada akal serta nafsu...namun seringkali jua manusia ini tertewas dengan dugaan yang yang diberikan...maha pencipta..Allah S.W.T akan menguji setiap hambanya dan dengan itu jualah hambanya akan taat kepada penciptanya..betol tak??namun mengapa seringkali manusia ini tertewas dengan dugaan allah??dan dengan itu jua, timbullah bait2 kekecewaan dan putus asa....sama la seperti aku sebenarnya..hahahah ade beberapa situasi yang pernah membuatkan aku putus asa dalam hidup(tapi xde sampai tahap yang ak xsedari) :

1. aku disahkan mengidap peyakit kronik, yang dimana aku terpaksa mengambil ubat sepanjang hidup aku (melalui suntikan ), jika tak dijaga, penyakit ini akan mengakibatkan aku tak dapat hidup seperti aku sekarang

2. aku dilahirkan dalam keluarga yg serba kekuarangan..hahah yer la kekadang aku down gak, bila tengok member2 dah dapat naik moto masa form 5, aku xdapat, masih mengharapkan abah hantar ambil aku kesekolah....

3. masa kat U, aku sebenarnya selalu diejek sbb xpandai bersukan... banyak kali jugalah terasa hati sbb aku selalu menjadi bahan ketawa dan ejekan kawn2( bukan yang rapat la ), dan aku selalu rasa kecewa dan iri ati bila lihat ramai owng kat U nih ade  bakat dalam sukan dan tak perlu susah payah sangat..tapi aku..hahaha , kekadang rasa sedih, kecewa dan potus asa gak..namun ......hurmmmm

  selalunya itulah yang berlaku..dan banyak ag situasi yang selalu buat aku fedd up untuk hidup...seperti dalam situasi 1 tu... mesti korang dapat bayangkan bagaimana hancurnya impian korang jika disahkan mengidap penyakit kronik pada usia muda, dan selalu dibebankan dengan pengambilan ubat dan terpaksa berpantang dalam pemakanan dan segalanya ...ia bagaikan tiada nikmat hidup..disebabkan situasi 1 ini jugalah badan aku tak macam badan kawan2 yg seusia dengan aku..mungkin luaran owng lihat aku, sihat..hapy selalu, senyum tapi sebenarnya ada yang aku sembunyikan...aku tak spti remaja lain..setiap 3 bulan mesti p wat medical check up..dan setiap sebulan mesti kena p amik ubat ...dan selalu jugalah aku dimarahi doc apabila membaca result blood test ak....

           "adek, adek muda ag, lau xkawal penyakit adik ni, saya pasti sebelum umur 40 tahun adik dah kena wat rawatan yang lebih rapi, xguna adek belajaq tinggi2 kalau kesihatan adek terjejas kan??" 

ni la yang aku selalu dengar apabila berjumpa dengan doc... huhuh sebenarnya semangat aku dah mula luntur dan semakin luntur apabila aku mula disahkan mengidap penyakit ini..yer la ..tengok member semua dah ade makwa..ak ade gak yang berkenan dihati tapi takot dan rasa ...... yer la ada kew gadis nak kat aku jika dia tahu aku ni berpenyakit??mungkin ade.. namun selalu jua aku berfikir, jika jodoh panjang, berkemungkinan besar aku akan mewarisi penyakit ni kat anak aku..namun ...... itu lah yang selalu aku fikirkan...yer kalau kata owng remaja sekarang "you are lozer boy"..mungkin benar kot...


      aku selalu menangis keseorangan bila aku terfikirkan masalah nih..dan masalh lain yang aku hadapi..kadangkala aku ade gak berdoa agar aku dipendekkan umur..yer la sebagai islam membunuh diri 2 salah ..dan ak xrasa jika salah untuk aku berdoa kpd yang esa supaya riwayat hidupku dipendekkan..hahaha,gelak nak menyenangkan hati..namun itulah yang berlaku... disebabkan itu jugalah aku pernah letak target dalam hidup aku yang aku mahu lakukan semua benda yang aku xmampu lakukan sebelum ade nikmat lain ag ditarik oleh yang maha esa...buat jew... tapi satu benda yang aku perlu cari ..iaitu motivasi diri...aku sedar..kehidupan aku xsemestinya selalu berputus asa..allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang hambanya tak mampu pikul..dengan itu aku mula memikirkan..aku harus kuat..xperlu mengalah dalam perjuangan hidup aku..yer motivasi diri, itulah kini penawr untuk aku...
    
        allah tahu akan niat hambanya yang ikhlas, justeru itu dia pasti akan memudahkan jalan kpd hambanya itu. begitu la yang aku faham dalam situasi hidup aku kini... aku mula melangkah kearah mencari motivasi diri..yer allah ada bersama ak.. bermula dengan program2 yang dijalankan oleh persatuan HAAK yang aku pernah join dulu..aku mula merasai kekuatan dalam memotivasikan pelajar2 dan diri sendiri..disitu muncul semangat baru..aku mula melangkah lagi..walau aku tahu yang aku juga punyai kelemahan yang aku sendiri tak dapat aku atasi..tapi aku cuba membaiki dengan memberi perangsan kepada owng lain..atas kesilapan dan pengalaman aku..huhuh xsemestinya berjaya..tapi harus mencuba supaya aku dapat lihat owng gembira..

    hahahah bukan niat nak jadi pakar motivasi,just hanya nak menaikkan motivasi diri..apa yang aku minta sebagai balasan xla susah..just smile when u get solve your problem...n keep smile , never easy to give up... hehehe.... entah la sebenarnya aku suka nasihatkan orang..bukan bagi pe2 pekdah pown kat aku..tapi bila nasihat yang diberi 2 berguna kepada si pendengar n dapat pula selesaikan masalah dye, aku gembira..sbb aku nak semua owng gembira.. yer la dah lama aku hidup dalam suka duka, putus asa dan segalanya membuat aku terpaksa hipokrit ..hahha, selalunya la...

    aku bukanlah sapa2 nak bagi nasihat kat owng lain..tapi aku bagi nasihat dengan ikhlas sbb aku nak cari kekuatan yang hilang selama nihh..yer la..nak tengok owng sekeliling hapy, aku selalu korbankan diri..walaupun ak jua ade masalah, namun aku cuba sorokkan dan aku selesaikan masalah diaowng dulu..hehehe...aku selalu tersenyum, berpewatakan gila2 dan selalu macam kebudak2an..yer la bukan nak tunjukkan aku tak matang , but something i cant to explain at all... just one thing i can tell every one,

HIDUP MESTI CERIA,
JANGAN BERMASAM MUKA,
SENYUMLAH...
KERANA IA PENGUBAT LUKA...

JADIKAN PENGALAMAN PAHIT ITU SEBAGAI PANDUAN  UNTUK  LEBIH BERJAYA 

selalunya aku akan cuba mengelak
menjadi seorang yang cepat putus asa..
sbb dah lama aku hidup di alam itu,
selalu jua aku cuba untuk mengecilkan jurang, 
walau aku tahu usahanya haruslah berganda,
selalu aku mengejar sesuatu yang tak mampu, 
walau aku tahu realitinya tak seindah fantasi,
selalu jua hidupku dibelenggu masa yang silam, 
namun selalu berusaha untuk terus kehadapan...

          aku sedar aku bukanlah malaikat, aku tahu aku tidaklah sempurna kejadian, namun aku jua  manusia yang banyak kekurangannya..aku lihat owng lain lebih dari segalanya..namun aku jua harus kuat..aku harus tabah dalam umur hidupku..walaupun suatu hari nanti aku tahu..aku akan kehilangan nikmat yang aku kecapi kini..tapi aku yakin pada Yang Esa "DIA TAK AKAN MENDUGA AKU DENGAN DUGAAN YANG AKU TAK MAMPU LALUI"... mungkin ini adalah post aku yang dimana aku sendiri masih cuba untuk mencari motivasi diri..aku tak seharusnya putus asa dengan kehidupan kerana kelemahan atau dugaan yang diberikan oleh Yang Esa..namun aku harus menjadikan ia sebagai sumber kekuatan aku.. apa yang ahrus aku tahu... aku mahu sentiasa TERSENYUM

1 comment:

  1. It's Ok, sesekali kita harus alami kesedihan dan kekecewaan supaya kita selalu dapat reflek diri kita.. cabaran dan dugaan menjadikan kita kuat.. terus berkuat k... n sharing dengan org lain.. itu juga sumber kekuatan... :)

    ReplyDelete