Sunday, March 25, 2012

masih mencari kekuatan

kadangkala manusia ni pelik kejadiannya..yer la kalau difikirkan bermacam2 perangai kan??yang tak bagus sangka dia bagus,..napew eak??  namun fitrah manusia yang dijadikan sedikit sempurna dengan kejadian makhluk tuhan yang lain....diberikan akal yang dapat berfikir baik buruk sesuatu itu...dan itulah yang menjadikan manusia itu unik,
mungkin kita bukan sempurna walaupun diberikan akal fikiran yang baik kan?? namun dengan perasaan dan keinginan juga adalah satu jalan untuk memacukan diri menjadi lebih baik dari hari ini..namun semua itu memerlukan masa dan tenaga yang baik..tapi tak mustahil gak kan kalau kita cuba untuk merubah besi jadi emas kan??  semua tak mustahil dalam dunia nihh kan...??? sebenarnya manusia ini diakui oleh penciptanya bahawa ia adalah ciptaan yang istimewa, ade perasaa, akal dan juga nafsu, tapi kenapa yer kekadang manusia ni suka sangat mengikut nafsu mereka??sehingga ade yang terjatuh kedalam lubang kehinaan... cuba kita fikirkan sejenak fitrah kejadian kita... banyak sungguh tanggungjawab yang harus kita laksanakan.. tapi ia bukan lah beban...

jika kita melihat balik fitrah kita sebagai ciptaan teragung, kita diciptakan dengan sifat baru, sentiasa lupa dan perlu diingati, 2 la sebenarnya manusia, sekaya mana pown dye, sebijak mana pown dye, dia sentiasa bersifat baru,, dan dengan sifat itu juga kita sering diuji dengan ujian yang tidak sesekali kita duga.. yer la banyak dugaan yang diberikan itu sebenarnya ingin mengingatkan kita dan kadangkala ia alan memberi kita semangat.. banyak betul dugaan sehinggakan ade yang tersungkur dan rebah, bak kata orang tua-tua berdiri dicantas, jatuhnya tiada bangun lagi... haha tapi manusia yang senang putus asa adalah manusia yang tidak pernah merasai kenikmatan tuk berdikari dan berdiri semula setelah dicantas... cuba kita fikir, jika kita dicantas dan jatuh tertirap..adakah kita akan hanya terbaring disitu selama-lamanya??? itu sebenarnya bukan sifat manusia yang menggunakan keistimewaan yang diberikan oleh pencipta, betul, setiap manusia aan ade tahap untuk dia berusaha dan hingga sampai satu tahap, dia akan down juga kan... memang betul, dan kerana itulah manusia diciptakan dengan sifat baru...

mungkin juga ramai yang cuba bangun setelah dicantas, namun merea merasakan mereka tidak berdaya, lantas mereka berfikir " adakah aku masih boleh berdiri, dimana harus aku mencari kudrat untuk itu??" ...dalam dunia ni, tiada satu tempat pun walau seinci buminya tidak dibasahi hujan, lautnya tidak bergelora ,,, jadi begitu jua manusia, rasullullah pun pernah diuji oleh allah ini sedangkan kita manusia biasa... kekadang kita jua harus fikir sendiri, bagaimana harus kita cari kekuatan dikala kita memerlukan dan dimana sumbernya.. bagi muslim, ingatlah pada allah yang mencipta kita dan cubalah untuk bersahabat dengan al-quran, kalam suci.. tapi bagaimana yer?? dari sudut pandangan aku, banyak janji allah tentang al-quran, jika kita mendekatinya atau bersahabat dengannya, nescaya akan muncul satu kekuatan yang kita sendiri tidak akan perasan akan kewujudannya,,, tapi bagaimana pula jika ade yang tak tahu untuk membaca al-quran??xdapatlah mereka merasai kekuatan itu?? sekali lagi, manusia bersifat baru, dan rasulullulah pernah bersabda, belajar la kamu sehingga ke tiang lahat, its mean, kalu kita sedar kita tidak tahu membaca al-quran itu, belajaq lah kita masih berkesempatan, sementara dalam proses pembelajaran tu, cubalah memahami al-quran dengan membaca tafsiran..insya allah kekuatan itu akan datang jua.

dala kita mencari kekuatan diri, hanya perlu kita ingat, berpeganglah pada ajaran agama dan amalanya.. cubalah utk menghindari larangannya dan mematuhi suruhannya... a pown bukan pandai sangat nak bincang sal agama, tapi ni pown secebis memori dari pengajaran ak dulu..diajar oleh ustazah disekolah... huuhuhu.. namun apa yang seharusnya kita tahu ialah,,, setiap manusia itu akan diuji dan allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambanya.. dah ingatlah kawan-kawan sealian,, setiap ujian itu bukan bala, bukan jua sial, namun ia adalah dugaan untuk mengiji setiap insan dan ia jua akan meberi kita semangat dan kekuatan... renung-renungkan dan jom fikirkan bersama.....

No comments:

Post a Comment