Sunday, July 10, 2011

kerja : ikhlas dan paksa

kerja, mungkin kita akan terfikirkan banyak perkara,..gaji, beban kwerja, suasana kerja dan kerja apa yanga akan menanti kita nanti...hahha tapi bagaimana pula jika kita  buat kerja tanpa sebrang hbuan atau gaji?? itu kerja juga kan??hahaha..tapi itulah yangakan dilalui oleh sesetengah peajar apabila menjalani latihan industri yang dimana dia tidak akan diberi sebarang imbuhan atau elaun. tapi persoalannya jika ini berlaku, adakah kita akan berpegang pada niat asal kita iaitu mencari sebanyak mana pengalaman???satu lagi persoalan yang perlu kita lihat adakah setiap pekerjaan yang kita lakukan itu ikhlas??hurmm. dan dalam setiap pekerjaan kita akan merasai satu persaan yang akan selalu melawan kita...iaitu tekanan atau stress...heheheh mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya ingin aku sampaikan ni kan??...ok lah aku stright to the point jew la. kita mencari sesuatu, dan mediumnya adalah latihan amali yang dimana medium yang dimana kita akan cuba unuk mengguna setiap ruang yang ada untuk mempraktik segala teori yang kita belajar di dewan kuliah kan?? 
 jika melihat akan apa yang kita belajar didalam dewan kuliah dalah teori, dan sebenarnya teori xkan sama jika kita melakukan praktikal.. kenapa yer tak sama??semua sebenarnya sudah ada jawapan untuk ini kan..yer betul..jika teori kita hanya membaca dan membaca,l sedangkan apa yang kita baca hanya dapat menguatkan fikiran..namun juka kita melakukan praktikal, mungkin ia membantu, tapi ingat, kita manusia yang akan ada kelemahan megingat..dan apa yang kita baca tidak sesalu terjadi dalam kehidupan sebenar..sebagai contoh..hehehe. dalam dunia praktikal sebenarnya baru kita dapat menilai diri atau keupayaan sebenar kita..dalam dunia praktikal ia sama jew jika kita melangkah dalam dunia pekerjaan, dan dunia pekerjaan tidak sama dengan apa yang kita gambarkan dalam dewan kuliah(hahah tapi rasanya semua dah tahu dah kan??). semasa jalankan latihan industri @ LI ni la yang beri kita stress , pengajaran dan juga sedikit pembelajaran(sdikit??nanti korang decide sendiri k).
dalam dewan kuliah, kita akan belajar semua tentang teori, kemera ni apa fungsi, boom mike apa fungsi,cam ner nak jadi pr yang baik..dan macam2 lagi(ilmu mescom 2), namun bila dah menjalani LI baru kita akan nampak sebenarnaya keguanna semua tu walau seetengahnya kita dah belajar, namun cara nak operate semua 2 kadangkala tidak sama dengan teori yang kita belajar dalam dewan kuliah..hahah itu lah cabaran dalam LI nihh...
sebut tentang LI juga kita akan kenal ramai orang..xkira yang baik dan yang xberapa mesra(baik gak 2). kalau disini aku memang kenal ramai yang macam ni..hihihi tapi bak kata diri sendiri, ado den kisah, lantak ko la..tapi yang paling tak minta ialah bila kita tress dalam emlakukan sesuatu pekerjaan dan jangan terkejut jika kaite berLI, kita akan diberi beban yang sama dengan staff tetap..itu jangan dilupai yer..tapi betul la kata ustza, ikhlas dan betulkan niat kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan, hha napew aku ckap cam 2..sebab aku sendiri dah terkena dalam LI ni..bukan kata niat xbaik cuma terpesong sedikit jew..yer la bila dah msuk syarikat popular nihh, niat sedikit brubah, bukan dah sekadar nak mencari ilmu tapi dah nak menumpang sedikit kepopularan syarikat..kesannya,,aku yang stress..hhihihi, so nasihat aku, lau niat kita 2 nak cari ilmu..jangan pesongkan niat untuk benda lain yer..terima kasih...huhihhih
k sambng sedikit lagi cerita sal LI.... kalau kita dapat program yang tidak membebankan kita + penyelia yang baik an sporting + banyak benda yang dia ajar..ist soo good tapi bila kita daopat yang sebaliknya...stress jelah jawabnya...but ist all depaend on us sebenarnya, pandai kita serap stress 2 pandailah kita dapat hidup dalam dunia LI nihh..heheh nanti sambung ag...sbb masih da 1 bualn lagi nak ber LI nihh,hihihihi...k assalam

Monday, June 27, 2011

alhamdulillah, umurku masih panjang

   dalam meredah kehidupan sebagai insan yang hina di muka bumi ini, alhamdulillah adalah ucapan terbaik untuk seseorang mengucapkan syukur pada maha pencipta , tak kira apa pun keadaan yang dihadapi. alhamdulillah, itulah ungkapan yang bermain difikiran dan dibibir aku pada pagi tadi sehingga sekarang dan ianya berterusan. satu malapetaka atau lebih enak jika aku mengatakan ianya dugaan dari Allah kepada hambanya yang selalu lupa akan nikmat yang diberi. kata orang malang tidak berbau dan begitu lah yang terjadi pada aku pada pukul 10 pagi tadi ketika aku hendak ke tempat kerja(LI). malang yang benar-benar menyebabkan aku melupakan terus niatku hendak menyambung LI aku, takut ia berulang lagi. ya walau bagaimanapun kita cuba berhati-hati, namun jika dikendaki oleh ilahi, maka semua itu akan terjadi juga. kemalangan....ye kemalangan yang hampir-hampir buat semangat aku hilang dalam mencari ilmu di syarikat yang aku tengah internship sekarang. Ya Allah syukur yang tidak terhingga kepadamu kupanjatkan. dan kerana kejadian tersebut aku masih lagi terkejut dan semangatku masih lagi belum pulih.


   sebut tentang kemalangan tu, ia sebenarnya berlaku hampir-hampir dengan tempat LI aku, malang yang betul-betul tidak berbau. disebalik lebatnya hujan mencurah menyirami bumi hari ini, merupakan satu petanda malang yang akan menimpa aku. sebenarnya kalau aku ingat, perkara yang akan menimpa aku telah didatangi oleh 2 tanda yang dilihat seperti memberitahu aku. dan tanda tu sememangnya telah memberitahu aku tapi aku yang tak perasan. aku pendekkan cerita, setibanya di lebuh raya yang selalu aku lalu, ada seorang uncle bermotosikal cuba untuk melintas jalan berkenaan, mungkin kerana hari masih hujan, uncle tu melintas je kerana beranggapan aku hendak membelok. aku pula dengan tidak meyangka bahawa uncle tu terus je membelok, masih menunggang motosikal aku (c-70), xde la laju sangan, sebab moto tu pun 70 cc jew. tapi munkin inilah nasib aku, benda ini terjadi. aku cuma bernasib baik kerana aku sempat membrek moto, tapi memandangkan jalan licin aku tak dapat mengelak uncle tersebut. aku terpelanting namun disini menunjukkan kekuasaan Allah yang esa, dia tidak mengambil nyawaku ,bahkan aku hanya cedera ringan sahaja. uncle tu mengalami luka yang agak teruk juga kerana terpaksa di refer ke hospital, atas nasihat doctor yang aku bawa uncle itu ke kliniknya. uncle tu balik dengan diambil oleh anaknya tadi. aku sampai sekarang masih memikirkan tentang uncle tadi, dan anakya ada berjanji akan menhubungi aku untuk penyelesaian seterusnya.


   mungkin bagi sesetengah manusia itu, senang sahaja melupakan Allah, namun Allah tidak pernah melupakan hambanya. dan ada sesetengah itu mempunyai nasib yang baik kerana allah masih memberi dugaan untuk mereka mengingati penciptanya. alhamdulillah dengan kebesaran Allah, dia masih meyayangi aku dengan memberi dugaan ini supaya aku tidak lalai dari mengingatinya. Ya Allah, berdosanya jika aku melupaimu, meninggalkan suruhanmu, kerana tanpa aku sedari, Engkau selalu menhamparkan dugaan untuk ku, supaya aku tidak lalai dalam mengingatimu. dan kepada yang lain. jika Allah memberi kamu sesuatu cubaan, janganlah melatah, tapi berkatalah " terima kasih Ya Allah, sesungguhnya ujian /dugaan MU ini memberi aku kekuatan supaya aku tidak lalai dalam menelusuri hidup, supaya aku tidak lalai mengingiatiMU" 

Monday, June 13, 2011

mencari sesuatu dalam hidup

  mencari sesuatu dalam hidup... berbicara dalam mencari sesuatu dalam hidup nih.. mesti ramai yang inginkan kejayaan kan??semau akan ingin merasai kepausan yang gemilang dan maksimum bila melakukan sesautu pekerjayaan. yup itu betul dan tepat sekali. ada yang juga meletakkan harga yang lumayan untuk sesuatu yang dikerjakan. macam insan yang masih belajar, mesti nak markah yang tinggi dalam setiap agsiment dan ujian yang dilakukan, kan. namun mungkin ada yang tidak sedar yang mereka juga salah dalam menilai sesuatu kejayaan. bagi yang bekerja , gaji yang tinggi adalah kepuasan, tol tak??betul sebab itu adalah keperluan dan tuntutan. dan aku disini bukan ingin membicarakan tentang gaji atau nilai. just nak ambil skop fikiran ak dalam melakukan tugas..it all about internship program.
   
   aku masih lagi terbayang kata-kata kekawan ku dulu, internship adalah laluan untuk orang menilai diri dan keupayaan kita, dan jika kita bagus, peluang pekerjaan juga cerah. dan di tempat aku menjalani internship juga ada yang berbicara begitu. betul tak salah tu. tapi aku puer fikiran adalah berbeza. dalam fikiran aku, yer aku juga mahu orang menilai untuk peluang pekerjaan yang cerah, namun aku juga mahu menilai dalam sudut yang lain iaitu, adakah ini jalan yang aku pilih. dalan LI ni banyak juga mengajar aku, dalam buat sesuatu pekerjaan tu, ada yang lebih beharga selain gaji dan pangkat, ianya adalah pengalaman..hahah mesti ramai yang gelakkan lau baca ni, but it is what i think when i do some work, hahah letih , emosi tergangu dan macam -macam lagi akan di alami bila kita melakukan kerja. namun dengan pengalaman yang bagus, kita akan dapat megawal semua itu dengan cara yang berkesan. hahah sebenarnya ada cerita hari ini . bekerja tanpa stress adalah yang paling baik. dan semua itu akan dapat kita lakukan bila kita dapat bekerja dengan orang berpengalaman dalam mengawal keadaan.

    cerita tentang agsiment yang dilakukan pada hari ini, hahah banyak sungguh pengalaman. dari pengurusan masa hinggalah dari melayan erenah keluarga talent, but semua jadi ok bila bekerja buakn dalam keadaan stress. walaupun tidak seperti yang dijadualkan hari ni, namun ia boleh dianggap satu kejayaan kerana, semua pulang dengan gembira walaupun masing-masing letih..eheheheh, itulah pengalaman, tabik to u bossi. dan semasa menjalani tugasan tersebut, mereka juga ada bercakap tentang gred, maklumlah ak hanya trenee, hanya mahu pass dalan LI ni. tapi agsiment hari ini memberi aku tanggapan baru, bukan gred yang perlu aku kejar, tapi pengalaman, memang kalau ditanya seua tak mahu fail dalam LI,tapi adalahkah Li mereka itu bermutu??adakah mereka belajar??itu persoalannya.aku ni lembab sikit namun bukan bodoh,dulu mungkin niat hanya nak A dalam LI namun kini aku sedar, walau aku fail sekalipon, if benda tu dapat mengembirakan aku dan aku dapat some input for myseft, naper nak pertikaikan result yang akan aku peroleh kelak kan??its more than result. justeru itu aku tak mahu dah nak mensia-siakan masa LI aku lagi. pejalanan LI aku dah sampai sebulan,dan aku harus belajar untuk mendapatkan seberapa banyak pengalaman.

(akan disambung lagi)

Wednesday, June 8, 2011

pengalaman mematangkan minda, pelajaran berlaku setiap detik (bahagian 2)

        sambungan dari eps. 1, haha, xde la..hurmmm sebut sahaja tentang pengalaman dan pengajaran ni, saya baru je telah diiajar sesuatu yang saya sendiri tidak terfikir untuk belajar tentang itu...iaitu cuba untuk menerima sebarang perasaan yang tidak seharusnya kita alami...bagaimana yer lau nak hindarkan perasaan itu seandainya ia muncul dengan spontannya ??hahahha sini ada sedikit tips untuk sesiapa yang baca blog nih, xdela pandai sangat tapi belajar dari pengalaman.


        sepanjang  menjalani latihan industri nih, sebenarnya banyak sudah saya belajar, yang pertamanya saya mengaku dengan adanya pertambahan dalam ahli "keluarga" kami, dia bagaikan menjadi tali ukur bagi saya, kenapa eak saya cakap seperti itu?? sebnarya saya sekarang selalu di bandingkan dengan dia, yer la baru seminggu dia dah dapat buat egsiment sedangkan saya dah 2 minggu tapi masih tiada agsiment lagi... masa mula-mula dibandingkan seperti itu memang la rasa tidak senang .... namun saya sedar ianya cuma salah satu cara untuk team saya memberi peransang untuk saya terus berusaha memberi yang terbaik. apa yang berlaku cumalah drama yang mereka reka supaya kita mempunyai sifat yang mahu lebih berusaha dalam melakukan sesuatu, bukan sahaja untuk LI ni tapi untuk kehidupan kita juga. dalam menjalani LI juga kita akan disajikan pengalaman bekerja walaupun ini hanyalah sekadar syarat untuk pengijazahan, namun sebenarnya ia merupakan peluang untuk kita sendiri membina kerjaya kita.itulah pesan rakan-rakan saya sebelum saya menjalani LI ni, thank a lot my friends..


        haa, na bgi sedikit tips la jika nada sedang menjalani LI atau bekerja tapi feeldown dengan apa yang anda lakukan, sini ada sedikit tips  nak kongsi,,huhuhu

1. selalunya kita dengar tentang nasihat ni, think positif atau berfikaran positif", sebenarnya ia memang membantu, just cara anda melakukannya jangan la hanya melakukan jika anda tress sahaja, tapi amalkan dalam setiap lagkah anda dan jangan mengeluh jika anda mengamalkannya.


2. jangan berputus asa dan ikhlaslah dalam setiap apa yang anda lakukan. kerana setiap pekerjaan tu, memang takkan jadi sempurna, walaupun begitu, jika kiat selalu ikhlas dalam melakukannya, kita pasti akan merasakan kemanisan jika ikhlas itu ada dalam setiap kerja yang kita lakukan. macam kata-kata ustaz la jika kita tanya ustaz kan. satu lagi, jika kita di banding atau di herdik kerana tugas yang kita lakukan tidak bagus atau sebagainya, jangan mudah melatah atau berputus asa, just take it as your challenge,jangan sesekali mudah putus asa.


ni hanya 2 je, tapi sebenarnya setiap apa yang kita lakukan, jika kita enjoy dengannya,kita tidak akan asa payah atau susah, tapi ia merupakan satu benda yang akan membuatkan kita merasakan gembira...jadi, janganlah selalu mengeluh atau berfikiran negetif, kawal keadaan dengan akal yang matang bukan dengan akal yang beremosi..jom fikirkan bersama dan anda yang yang tentukan..insha allah akan ada sambungannya lagi...

Tuesday, May 31, 2011

pengalaman mematangkan minda, pelajaran berlaku setiap detik (bahagian 1)

    mungkin ramai yang perasan, setiap detik kehidupan adalah peluang untuk kita belajar..dah berkali juga saya menyatakan bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan manusia, tapi adakah semua orang sedar akan itu??? hurmmm mungkin kesedaran itu selalu diselindungi dengan sikap sesetengah insan yang suka merungut dalam kehidupan...tapi bercerita tentang pengalaman adalah guru yang baik...saya ada cerita yang mungkin dapat menghilangkan kekeluhan kepada sesiapa yang suka mengeluh bila dia tidak sedar pengalaman itu berharga...

    buat masa sekarang dah seminggu saya menjalani latihan industri atau dalam bahasa bergayanya aialah intership program.. biasa la pengajaran berlaku setiap detik dalam hidup ini kan?? tapi bukan nak menyentuh apa yang saya dapat dalam tempoh seminggu tu, just nak cerita cikit tentang pengalaman selama seminggu nihh..dalam tempoh seminggu saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, maklumlah saya ni lembab sikit bila masuk dalam dunia baru  ni.. dan selalu banyak dugaan yang saya hadapi ..hahhaa..mungkin kalau yang pernah menjalani LI ni,mereka akan mengeluh , banyak sangat dop relax, bos cerewet, kena buli dan macam-macam lagilah..namun mereka lupa baawa inilah proses pembelajaran...bak kata orang, nak mendapatkan sesuatu yang baik tu amatlah la susah, namun akan menjadi senang jika kita tahu caranya...

hermmm banyak lagi nih nak cite..tapi sekarang time kje...nanti la saya sambung lagi sal ini...

(bersambung)

Monday, May 9, 2011

pencarian

  pencarian...selalu sangat berlaku dalam hidup setiap insan, tanpa disedari ataupun memang dalam keadaan sedar, hem memang lumrah hidup manusia yang selalu mencari dan ingin memuaskan hati...namun mungkinkah kita merasa suatu pencarian itu adalah satu yang menunjukkan kita masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada??atau mungkin setiap pencarian yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang harus kita cari bagi melengkapkan diri kita sebagai insan yang kita sendiri tidak tahu, bilakah atau bagaimanakah kita akan menjadi lengkap(walaupun kita sedar setiap manusia itu tidak sempurnak kejadiannya). adakaha kita juga mencari dan terus mencari hingga kita menemukan sesuatu yang kita rasa puas??hurmmm

   aku pernah merasakan pencarian yang berlaku itu, dalam pencintaan, dalam kehidupan dan dalam setiap detik waktu dan masa. apa sebanrnya ayang aku inginkan dalam pencarian kadang kala aku sendiri tidak tahu..namun aku hanya mampu untuk tersenyum kerana bagi aku pencarian itu harus dilakukan, bukan untuk mencari kesempurnaan, tapi untuk menilai diri dam menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya..dan kadangkala suatu pencarian itu menberi aku kesakitan, kekecewaan dan hampa, namu itu salah satu cara untuk aku menilai diri..dengan mencari. menyebut tentang pencarian, ada sedikit cerita tentang itu ..huhuhu tapi ini apa yang harus difikirkan..cerita tentang seorang pelajar dengan cikgunya, mungkin ada yang pernah mendengar cerita ini, tapi aku ulangkan balik..mari:

ceritanya bermula apabila seorang pelajar pergi menemui cikgunya kerana kebingungan dalam pencarian dalam hidupnya, semasa berada di bilik guru bersama cikgunya...

pelajar  : cikgu, saya ada satu soalan yang berkaitan dengan cinta, bolehkah cikgu memberi jawapan yang        setepat-tepatnya...
cikgu    : hurmmm, saya akan cuba, apakah soalan yang ingin kamu tanyakan??
pelajar  : cikgu..bagaimana saya mahu mencari sesuatu yang terbaik dalam hidup saya??bagaimana saya hendak mencari cinta untuk saya??, saya masih lagi mencari cikgu, namun sukar untuk saya menjumpainya, bagaimana yer cikgu??
cikgu    : beginilah , saya mahu kamu pergi ke padang sekolah disana, carikan saya sehelai rumput yang kamu rasakan ia benar-benar cantik dan menarik perhatian, lepas kamu mejumpainya, datang semula bertemu dengan saya..mulakan pencarian kamu di hadapan padang itu hingga kehujung, tapi ingat,setelah kamu menuju kehadapan,kamu tidak boleh berpaling kebelakang lagi..
pelajar  : (kebingungan) apakah kaitan dengan rumput itu dengan soalan saya cikgu??
cikgu    : buat dulu apa yang saya suruh, nanti saya akan jawab persoalan kamu itu..

pelajar itu pergi ke padang dengan hati yang tertanya-tanya dan dengan sayu misi, mencari rumput yang paling cantik dan menarik bagi beliau...selang beberapa hari kemudian beliau kembali semual ke bilik cikgu berkenaan.

cikgu    : owh kamu, bagaimana , sudah ketemu rumput yang saya minta kamu cari itu??
pelajar  : maafkan saya cikgu, saya telah cuba untuk mencari, namun saya gagal, kerana semuanya kelihatan cantik bagi saya, dan saya tak dapat menilai yang mana harus saya ambil...
cikgu    : itulah sebenarnya  jawapan dari soalan kamu tempoh hari...

moral of the story is:
kita selalu ingin mencari sesuatu yang dapat memuaskan hati kita, namun tanpa kita sedari kita sebenarnya telah kehilangan banyak sangat peluang atau benda yang sememangnya adalah yang terbaik untuk kita. berbalik kepada cerita di atas tu, ibaratkanlah padang itu adalah kehidupan kita dan pelajar itu kita dan waktu dia mencari rumput itu adalah masa hidup kita, apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut?? seandainya peluang yang ada seperti rumput dipadang itu, sudah tentu pencarian kita dalam hidup tidak akan pernah selesai, kita sendiri akan merasakan bahawa kita masih belum menemui sesutu yang bernilai dalam hidup bukan.. seperti pelajar tersebut, sebenarnya dia telah kehilangan banyak rumput cantik kerana keegoan dalam pencariannya, dia tidak sedar sebelum ini dia telah menemui rumput yang cantik namun kerana keegoannya. dia terlepas dek syaratyang ditetapkan oleh cikgu dia, seperti kehidupan yang sebenar..masa itu berputar dan tak dapat di ulang balik walau sesaat..dan dalam menjalani kehidupan kita, mungkin kita telah kehilangan banyak benda yang sememangnya adalah milik kita..ki..ta tak pernah tersedar sehinggawaktu lampau menyerdarkan kita.namun adakahkah ianya dapat dikembalaikan semuala setelah ia menjadi sejarah??mungkin boleh..namun peluang ke-2 tidak semestinya dalah peluang terbaik untuk kita..namun boleh jadi itu adalah peluang yang terbaik..jadi walaupun kita masih mencari dalam kehidupan ini, dan kita tahu yang pencarian itu tidak akan selesai sehingga kita menghembuskan nafas terakhir..namun ,bijaklah dalam menentukan keputusan..kerana hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk kita...fikir-fikirkan bersama..dan anda yang tentukan


Tuesday, May 3, 2011

menyakiti dan disakiti

cinta..apa sebenarnya cinta yer??ada sapa-sapa leh bagitahu tak??kata orang cinta itu mainan perasaan yang selalu hadir dalam jiwa adam dan hawa..betul kew?? dan mengapa cinta tu datang secara tiba-tiba, sampai kita sedar dan tidak sedar menyakiti dan disakiti..seperti sekarang saya disakiti disebabkan cinta dulu, dan kini saya menyakiti sebab cinta juga, mengapa yer??hurmmm persoalan yang seharusnya ada jawapannya,,tapi apakah jawpannya??

macam apa yang etrjadi malam ni. saya menyakiti seorang kawan yang saya kenal dalam laman sesawang sosial. hanya mahu berkawan dan menanbah kenalan sambil mencari..hehhehe tapi tak sangka pula ada benda lain yang terjadi..di sanggup untuk berterus terang yang dia menyintai saya dan mula menyukai saya. terkejut dibuatnya.yer la selalu rasa tak mahu dah bercinta kerana disakiti dulu..dan apa yang tak percaya juga adalah masih ada yang sanggup jatuh cinta kat adam yang dilebalnya bodoh..cinta membutakan mata seseorang dan memekakan telinga sesiapa saja..aki rasa bersalah kerana terpaksa menolak cinta  sang hawa ini, sungguh menyesal tetapi itulah rasanya keputusan yang harus aku buat, mungkin aku juga patot mengakui yang aku juga sayang si hawa itu, namun sayangku tidak bermakna aku juga menyintai dia..aku selalu berpegang pada satu prinsip hidup bila berkaitan dengan bab cinta, iaitu aku meyukai ramai orang namun aku hanya menyintai seorang saja..hurmm tah la susah nak cakap bila cinta hadir dalam hidup..susah-susah..

kepada si hawa tu..maaflah bila saya menolak cinta awak, saya tahu  saya telah menyakiti awak. saya tahu keputusan ni awak juga terima dengan baik kan...sesungguhnya cinta itu bukan milik saya kerana cinta itu masih ade orang yang selayaknya menerima cinta itu....saya juga mengerti bahawa saya tidak layak untuk dicintai dan disayangi..maaf la jika saya sudah melukakan hati seorang hawa ... hurmmm

masih tertanya dalam benak saya, adakah perlu untuk bercinta dan merasa dicintai jika hanya untuk disakiti dan menyakiti??puaskah hidup manusia jika dapat merasai cinta??apakah yang perlu kita perhatikan jika kita masih mahu merasa dicintai??banyak persoalan yang berkaitan dengan cinta dan sesuatu perkataan dari sang hawa itu membuka minda saya dam menimbulkan persoalan yang tidak terjawab..sungguh pedih bila kita terpaksa menolak ..hurmmm sedih dan sakit juga. entah la susah untuk memberi penjelasan tentang hati perasaan tetapi yang pasti, jika kita terlibat dengan sesuatu yang dipanggil "CINTA", kita harus bersedia untuk menyakiti dan disakiti.....hurmmm CINTA

Saturday, April 23, 2011

hati merindu kepada yang lama

    rindu, apakah sebenarnya rindu yer??selalunya rindu dikaitkan dengan perasaan sayang kepada sesuatu..betul kot...kalau kita benci takkan kita rindu kan??tapi tak boleh jadi juga sebab aku sekarang merindu kepada sesuatu yang aku benci..hurmmm napew yer??ada banyak benda yang aku benci tapi aku rindu....hem pe kata aku tulis benda-benda tersebut..jommm


  benda yang pertama ialah my ex-girlfriend..dah lama putos, dah setahun lebih kot lau tak silap(xsampai ag kot sbb putus sehari sebelum raya tahun lepas)hurmm..tapi sekarang aku merindui dia..walau hakikatnya aku memang sangat-sangat-sangat sayang kat dia..yer la bila dah bercinta dulu.dah pasang niat nak wat dia sebagai teman hidup sampai nafas yang terakhir..namun semua tu tinggal angan2 belak..hurmmm...aku tak pasti mengapa kami berpisah tapi yang aku tahu semua tu salah aku..tak beri perhatian kat dia..padam muka aku...sekarang aku merinduinya dalam benci...hurm...kalau dia boleh baca, mau je aku nak cakap..."abg minta maaf kat sue, abg tahu semau salah abg...sayang abg nak kita kembali seperti dulu...tapi....."tapi semuanya dah tinggal kenangan yang amat memilukan walaupun masi ada harapan yang disandarkan..selama kami berpisah pun aku ada la merisik khabar  tenatng dia..hehehe dan khabar yang baru aku dapat tahu dia dah ada pengganti..cepat bona..sedangkan aku masih tercari-cari dan sedang berusaha melupakan cerita lama...hurmmm..susah wei nak melupakan dia kekasih pertama...

  benda yang kedua yang aku benci tapi rindu ialah...persatuan yang aku tinggalkan...sebenarnya bukan benci kat persatuan tu tapi benci kat sekap sesetengah ahli persatuan tu(dan sekarang dah ade jawatan pula)..bukan kata benci sangat..tapi dah depa tak suka aku, so aku keluar la..walaupun hati ni berat nak keluar tapi keputusan telah dibuat...aku tak tahu ni keputusan yang betul atau tidak..just right now i thing it wrong dicision..hurm..aku rindukan tugas lama aku..yer la 2 tahun dalam persatuan tu, aku ditugaskan wat tugas tu jew(sampai xde pangkat dah nak taruk kat aku..hehehhe) setiap kerja yang berkaitan dengan fizikal dan teknikal, dah tak perlu cari orang nak handle, asal ade even dah xde nama lain dah yang pegang bahagian tu..hanya nama MUHAMMAD FAZRI jew yang diberi tanggungjawab..kekadang fedup gak tapi bila dah serasi dengan tugas tu,,,raasa dah seronok..hurm menyentuh tentang tugas TDF(nama singkatan), tugas tu berat juga la,penat dan meletihkan, namun bialsesuatu pekerjaan yang dibuat tu memberi keseronokan, semua tu hilang disebalik senyuman kepuasan..tapi apakah daya setiap tugasan yang aku buat cam tak dihargai(malah aku dibenci ade la) hurmmm susah nak puaskan hati manusia..dan keputusan yang aku buat aku keluar dari persatuan..benci dengan sikap mereka(dulu takpe sbb sama darjat tapi sekarang depa dah pegang jawatan dalam persatuan, asenya lau lawan aku gak yang kalah, so keputusannya, aku tarik diri). dan sekarang dah hampir satu bulan..aku merindui tugas aku dalam persatuan tu..sehingga sekarang aku ambil berat tentang persatuan 2(kadang-kadang menyibuk dalam hal persatuan, yer la sebab dah terlalu sayang kat persatuan...), walaupun aku takde jawatan malah takde kena-mengena dah dengan persatuan tu, tapi sekarang aku ambil berat tentang persatuan tu macam aku kepala dalam persatuan...hahaha tapi...aku rindukannya...serius aku cakap aku rindukannya....


   asenya aku gtau 2 ni jew la yer..agipon banyak yang aku pendam sal benci nih..malas nak keluarkan nanti takot jadi bom nuklear..ihhihiihhi....ok lah..lau ade sapa-sapa yang baca(mungkin ade ahli persatuan 2 sendiri yang baca), cuma satu jew nak cakap..seandainya kita menyintai apa benda yang kita ada, janagn sia-siakannya, dan kadang kala jangan mengalah dengan situasi tapi cuba untuk mengawal situasi, akalu gagal, pilihan terakhir adalah berundur....tapi make sure pilihan berundur itu yang terakhir...kalau tidak adakan wujud penyesalan di hari muka...macam aku sekarang....

Sunday, April 17, 2011

salahkah jika mengucapkan terima kasih??

salahkah jika andan mengucapkan terima kasih ??? persoalan yang selalu bermain difikiran aku semasa aku menjalankan sesuatu tugas yang diberi...aku bukan seorang manusia yang suka di beri penghargaan atas segala usaha yang dicurahkan..namun aku juga akan terkilan seandainya segalak kerja aku bukan di ucap tertima kasih tetapi di benci seluruhnya..hurmmm...ade cerita disebalik itu...meh nak cite..

aku ni bukan seorang yang pandai menolak segala kerja yang diberi..andai aku boleh buat akan aku buat tetapi andai aku xtahu, aku akan buat juga..walaupun ia agak susah..bak kata hidupku aku susah nak katakan "tidak" ... tetapi sesuatu yang telah membuat aku berasa terkilan dan kecewa..sehingga aku terpaksa membuat keputusan yang di luar jangkaan aku dan aorang lain)walau pun sehingga hari ini aku measih merasakan adakah keputusan yang aku buat itu betul atau tidak). dek kerana keputusan itu, ia telah menjejaskan sedikit sebanyak rutin kehidupan harian aku..mungkin ramai yang tertanya-tanya 'kenapa", jawapan yang aku takkan kongsi..cukuplah sekadar menyatakan aku terkilan dengan sikap kalian , itu sahaja....

baiklah kisahnya bermula bila aku mula melakukan sesuatuy tugasan yang diberi..akan aku lakukan walaupun letih kadangkala menyapa..kekadang sampai mengabaikan pelajaran kerana ingin menyiapkan tugasan yang di amanahkan itu..tapi, apa yang aku dapat adalah kebencian bukan terima kasih...mulanya aku tidak perasan dan tidak ambil peduli, tapi keadaan kebencian itu menjadi semakin besar dan aku mula berfikir..apakah salah aku yer??...dan semuanya terjawab bila berlakunya pertukaran tapuk peneraju...akuy bukan lah gila kuasa hingga hendakkan jawatan besar, but jawatan kecil pon nama tak disenarai, aku ok jew tak de la nak kisah sangat..tetapi mungkin takdir aku sudah menamatkan kontrak aku untuk berkhidmat dengan mereka..aku terpaksa akur..mula membuat keputusan nak keluar ditanya dengan bertubi-tubi soalan(kononnya nak mengambil berat padahal melonjak kegembiraan). aku dah keluar dengan cara baik..dengan bagitahu merekatapi mereka memperlekehkan keputusan aku...memang susah nak menghormati keputusan yang aku buat..sedangkan dulu aku buat je apa yang depa suruh aku buat tanpa sebarang kata tidak pon..kenapa yer??adakah mereka ni buta hati atau memnag bodoh???cukuplah aku menjadi kuli yang tidak pernah dihargai..jika depa mendengar..mesti depa fikir, bila kami tak hargai kamu??kami hargai kamu..apa yang patut aku jawab ialah..taik kucing hang...memang hargai aku tapi hang tak pernah berterima kasih pown..langsung tak pernah...kamu semua benci sebab sikap aku kah??lkalau benci jangan simpan tunjuk kat aku jangan sampai ade sesuatu program, kamu semua tunjuk..lau ade program dengan budak-budak sekolah, kaum tunjuk..kamu ingat aku tak malu ker???kamu selalu kata jaga air muka persatuan..tapi kamu lakukan untuk aku x jaga air muka aku pon..kamu ingat aku hidup dengan persatuan yang sara aku ker??pikir la wei...bila aku nak keluar jew..sibuk ajak balik, pastu buat2 tanya nape nak keluar??merajuk ker??apa lah.. pergi jahanam la wei...aku tak marah bila aku dibenci..tapi bila kebencian korang tunjuk dengan adenya program..yang tua aku malu..jadi jangan nak sibuk tanya-tanya mengapa aku nak keluar..kalu rasa hilang dah balaci korang..korang retrut la lagi 10...biar depa buat kerja kat korang...

aku tak pernah berfikir hendak keluar sebenarnya, tapi aku dah tak tahan dengan perangai "kacang lupakan kulit "korang dan lau lebih tepat lagi aku leh cakjap korang ni ibarat "kucing makan  anak"..korang fikir lah sendiri..maaf la kalau bahasa kat sini terlalu kasar,tapi ini lah apa yang aku rasa bila korang dah lupa dengan perkataan terima kasih tu...dan sekali lagi aku bagitahu yang aku tak akan kacau lagi urusan persatuan korang, takkan jadi kuli tuk korang lagi dan aku dah malas nak fikir sal korang ag..maaf la aku dah 100% keluar dari persatuan korang.....9dan sempat lagi aku minta maaf walaupun aku tak buat pe silap pun,tapi tak pe la....)..cuma satu je aku masih berfikir sekarang..SALAHKAH JIKA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH untuk setiap pekerjaan aku, dan jaga air muka aku sedikit???korang jew yang ada jawapan 2...

Wednesday, March 30, 2011

sudah tiba masanya

   jika kita melihat masa,ruang dan waktu, semuanya ia adalah sesuatu yang dijadikan untuk manusia berfikir tentang kebesarannya. begitu juga dengan manusia dan masa, ia adalah sesuatu yang komplikated untuk dijelaskan..hanya yang esa ada jawapannya. hari ni bukan ingin berbicara tentang sebab waktu itu dijadikan, tapi aku ingin bincangkan tentang waktu itu adalah guru yang baik untuk manusia. kenapa??? sebenarnya pepatah ini selalu aku gunakan untuk mengelak dari menjawab soalan yang memang aku ada jawapan namun jawapannya menyakiti orang lain. aku sebenarnya ingin menbuka suatu cerita tentang pengalaman hidupku tentang ini. hurmm, bukan ingin menyatakan kekesalan atau membuka bekung didada atau bukan untuk riak atau takbur, ini cuma pengkongsian apa yang aku alami jew..
  
   cerita pengalaman yang pertama ialah bila aku menyertai sesuatu aktiviti atau persatuan di universiti ini. bukan ingin mengatakan bahawa aku ni seorang yang rajin atau apa cuma sikap aku yang sukar untuk menolak sebarang tugas yang diberi menyebabkan aku selalu diberi tugas tugas yang sama..tugas berat.aku bukan hendak menrungut tapi kekadang merasakan segala tugas aku itu tidak dihargai. ada juga seketika tugas yang diberi itu tidak diajar terlebih dahulu dan bila aku melakukan kesilapan, bukan tunjur ajar yang diberikan malah aku dimarah. hurmmm, namun aku tidak pernah hendak memarahi atau menyatakan kebencian aku pada sang pemarah itu . aku sendiri sebenarnya tidak suka untuk marah kat orang lain dan aku selalu "melembutkan" perasaan ini pabila berkalu sebegitu.dalam persatuan atau aktiviti yang aku join, segala tugas aku dilihat semakin hari semakin tidak dihargai, bukan hendak segala apa yang aku lakukan itu dihargai dengan memberi pengiktirafan atau hadiah, cuma cukuplah sekadar menghormati tugas aku itu. aku pernah juga terfikir sejenak, oleh kerana aku dilihat hanya mampu menjalankan tugas, mereka merasakan pemikiran atau idea aku tidak laku.dan kadangkala aku dilakukan sebagai kuli. tapi sikap aku tidak menganggap apa-apa bahkan ia menjadi suatu permainan dalam hidup aku..mengapa yer..mungkin satu sebabnya aku tidak pandai menilai seseorang, yang mana ikhlas ingin bekerja dengan aku atau hanya mahu menggunakan aku untuk mejadi kuli mereka. kekadang timbul juga kesedihan dalam diri ini jika aku melaksanakan tugas namun masih ada juga yang tidak puas hati dan membenci aku..xsalah membenci aku namun apa yang aku lakukan itu janganlah dibenci. aku juga manusia yang tak perlnah lari dalam melakukan kesilapan. mungkin sudah tiba masanya untuk aku berfikir tentang diri sendiri bukan lagi berfikir untuk orang lain. kerana rasakan sia-sia saja aku memikirkan orang lain sedangkan mereka tidak pernah untuk memikirkan perasaan aku. aku selalu menjaga perasaan mereka namun mereka??hurmmm. ye aku perlu berubah demi kihidupan aku. aku perlu tegas dan perlu menilai sesuatu itu dengan baik bukan hanya menerimanya terus..

     satu lagi cerita tentang seorang yang aku.... ok la sebenarnya aku suka kat dye..dah lama dah cuma xnak gtau sebab aku nak kawan dulu dengan dye..dulu aku kenal dia nih baik jew. ...tapi masa mengubah segalanya kan..rasa dia berbeza dari dulu dan kini, cukup2 berubah. dulu aku rasa tenang jew bila bersama dye tapi kini rasa macam da sesuatu yang tidak kena. kekadang dia juga menunjukkan kelakukan yang aku sendiri t ak dapat terima. aku tak kisah sangat jika itu hanya melibatkan dia..tetapi kekadang aku....hurmmm tak tahu la nak cakap cam ner..sekarang lebih banyak perkara yang dia buat tu membuatkan aku tidak selesa dari selesa.. aku tak tahu la nak cakap pew..mungkin ni lah waktnya kan..selama ni aku selalu menjaga perasaan dia, bila dia rasa semangatnya jatuh, aku cuba nak naikkan semangat dia.. namun kini aku rasa benda tu macam tak berbaloi lak..entahlah, aku xpernah nak cakap kelemahan dia walaupun banyak kelemahan yang dia ada, aku tak cakap..dulu aku rasa gembira jika dapat berbual dan berkongsi masalah dia, tapi kini aku rasa aku tak perlu lagi ada untuk semua itu, dan kekadang kelakuan dia macam tidak pernah cuba untuk menjaga perasaan ak. aku cam biasa la, tak nak tunjuk just buat tak tahu sahaja la. hemm susah  juga la jika berkawan lau cam nihh. dia cam cuba untuk menjaga status dia, yer la aku pun rasa cam sangat2 tersinggung jika ayat 2 diulang lagi. tu yang sekarang aku dah macam x berapa nak rapat dengan dia. hurm..maaf la jika aku dah buat kamu tak selesa...


     namun kini aku mula sedar, dan berdasarkan kepada pengalaman aku , aku sedar yang aku perlu berubah. dan kini tiba masanya untuk aku memikirkan tentang diri, perasaan dan kehidupan aku dari ak u memikirkan orang lain. mungkin sedikit kejam namun ini lah langkah yang aku rasa wajar untuk aku ambil. jika ada yang tersinggung selepas ni, maaf la sebab aku dah letih menjaga perasaan orang lain.