Saturday, August 18, 2012

4 tahun berlalu..tapi masih segar diingatan...

manusia...memang selalunya  akan hidup dengan kenangan dan masa silam...dan dengan itu juga manusia akan merasakan bahawa hidup mereka berwarna warni...ada suka duka..hitam putih...dan kenangan itu kadangkala membunuh naluri....mungkin dalam sedar atau tidak sedar...manusia juga kadangkala manja dengan diri mereka sendiri..yer la bila hati terluka dan dilukai..mereka gagal untuk bangun kembali...alasan yang selalu diberikan...tidak dapat melupakan perkara silam....hahahah senanag kan bunyinya...tapi itulah realitinya...sekali perasaan itu dikecewa...susah untuk ia diubati...dan itulah namanya perasaan..

tanggal 29 ramadhan pada tahun 2009 yang lalu....detik itu yang memisahkan aku dengan perasaan itu...jika hari ini tarikhnya 29 ramadhan pada tahun 2012..ia bermakna dah 4 tahun benda itu berlalu...namun perasaan itu masih lagi segar... kadangn kala aku merasakan ianya adalah satu ujian yang besar...huhuuh mana taknya..jika sudah berjanji ingin sehidup semati..tapi pada tangga itu ujian allah melanda...semuanya jadi tak tentu arah...namun manusia adalah ciptaan yang dikurniakan hati dan perasaan...dan pada detik itu perasaan aku terguris dan hancurnya sebuah percintaan..

mungkin kalau ada yang membaca..intronya macam aku kematian ahli keluarga bukan..tapi...jengjengjeng...dugaan allah pasti akan kita rasa..besar kecil terpulang kepada pencipta..dan ini adalah merupakan dugaan yang agak besar jugalah... namanya masih lagi bermain diingatan,wajahnya kadangkala menyapa aku disaat aku kesunyian dan kadangkala memori yang kami bina itu masih bermain.. ya ia mengingatkan aku kepada kisah cinta aku bersama dengan si dia... mungkin kalau diantara kawan-kawan sekolah menengah aku dulu, mereka mengetahui cerita ini..dan aku pun bukan nak menceritakan secara detail..just nak recall kembali...sebab ari ni 29 ramadhan kan...

kisah cinta aku dengan sue bermula dari kami tingkatan satu lagi... pada masa tu aku yang menaruh hati kepada dia sebab...sue mengingatkan aku kepada seseorang yang aku minat semasa sekolah rendah..hahahha apalah aku nih sekolah rendah dah mula bercintan cintun..hahahah mula aku tengok sue aku mula fall in love.. mula2 aku hanya pasang angan2 hanya untuk berkawan dengannya..huhuh dan allah makbulkan angan2 aku tu... masa form 3 aku beranikan diri untuk menyatakan rasa hati aku..dan sekali lagi allah bagi kebahgiaan itu..namun hubungan kami takde la serius..but cinta monyet(tapi aku rasa monyet pown gelak kot..hahahah)..

namun cerita aku dengan sue dan kisah pencintaan kami bermula dengan seriusnya masa kami form 5...time 2 dah nak SPM kalau aku tak silap...bagaimana hubungan kami menjadi serius?? permulaannya adalah begini...mulanya aku hanya ininkan kepastian tntang "cinta monyet" kami...dan ditakdirkan pula pada ketika itu dye bergaduh dengan pakwe dia...dan ketika itulah aku menjadi rakan perkongsian yang setia..mulanya aku ingin membantu dia untuk tidak putus dengan pakwe dia..namun usaha itu gagal dan akhirnya  fullstop.. hurm pada ketika itulah hubungan kami menjadi serius...masa naik form 6, hubungan kami bertambah serius sehinggakan kami pernah berjanji lepas jew habis belajar kat U(masa tu bercita-cita nak masuk U) kami nak mendirikan rumahtangga.. dan angan2 kami 2 kami simpan sehinggalah pada suatu ketika.

berada di U amatlah berbeza sebenarnya...ingatkan fun dan dapat teruskan hidup sama seperti form 6..tapi ia sebenarnya lebih teruk..dan disitulah bermulanya keretakkan didalam hubungan kami... kami selalu bergaduh kerana dia berpendapat bahawa aku dah berubah... dah tak seperti dulu..mungkin silap aku kerana aku ni jenis yang lambat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru..dan disebabkan itu aku juga mula mengabaikan sedikit tentang hubungan kami... dan pada 29 ramadhan tahun 2009 itulah dia meminta untuk memutuskan hubungan kami... mungkin bagi aku..sukar nak terima bahawa aku telah kehilangan seseorang yang benar-benar aku sayang dan dalam hati aku ingin jadikan dia yang ahalal bagi aku..namun...itulah dikatakan bahawa kita hanya mampu merancang ...tapi tuhan yang menentukan segalanya... dan kini sudah 4 tahun ..namun ingatan ku terhadapnya masih lagi segar...sepanjang  4 tahun ini juga aku selalu cuba untuk mengetahui tentang sue..dan kini aku amat merinduinya...

dalam hidup sebenarnya kita selalu diajarkan supaya melepaskan dan sentiasa bersedia dalam setiap apa yang berlaku..sebab itulah manusia selalu diuji..dan apabila kita tidak bersedia untuk menghadapi ujian itu..kita akan rebah dan akhirnya tewas dengan perasaan kita sendiri..dan itulah yang aku rasai sekarang..memanga ku cuba untuk berdiri..namun aku jiga takut dan belum bersedia untuk melepaskan ia pergi.. dalam fikiran aku..sukar untuk mencari kesetiaan dan keikhlasan untuk benar-benar menyintai..namun aku juga sebenarnya perlu sedarkan diri aku..yang sue adalah kisah silam aku..yang aku patut lupakan dan lepaskan..bukan terus untuk bermain dalam khayalan cinta silam aku...betul aku selalu mencuba untuk melupakannya..tapi semua itu sia-sia sebab aku tak pernah untuk cuba melepaskannya...entahlah.. selama 4 tahun ini aku cuba mencari kunci untuk aku melepaskan cinta aku yang lama itu...apapu aku perlu percaya dengan jodoh yang ditetapkan oleh yang esa...dan aku juga perlu yakin dengan qada dan qadar aku....mungkin ari ini ini mengingatkan aku tentang ulangtahun perpisahan kami dan mungkin itulah aku selalu merasakan bahawa 1 syawal itu sama seperti hari biasa aku..... ::) selalu tersenyum untuk meredakan kegundahan yang tersirat....:) 




No comments:

Post a Comment