Sunday, July 22, 2012

masihkah ada senyuman dalam tangisan

hidup..kekadang ia amat memboringkan dan kekadang ia amat menyerikan..yer la kan..hidup dah diibaratkan roda..yang berpusing..kekadang kita akan merasa berada di atas dan kekadang merasa di bawah..so napew kita  nak bersedih seandainya ditimpa sesuatu yang bernama dugaan??tapi itulah manusia kan??akan merasainya jika diuji..dan pabila tiba masa itu...hurmmmm..faham2 saja lah..

mungkin bagi setiap manusia..setiap ujian yang diturunkan oleh allah itu berlainan.. dan setiap nya akan ade maksud yang tersirat,,,bagi manusia yang faham..dia akan mengucapkan syukur dan bagi yang tidak dia akan merasakan ia satu bebanan.. kata orang sebaik-baik guru adalah pengalaman yang tercipta..tapi masihkan wujud senyuman jika ia selalu diuji dengan ujian yang memeritkan?? huhuh manusia selalu berfikir diluar kemahuan....ialah allah dah gtau yang manusia adalah sebaik2 ciptaan kerana dikurniakan akal dan nafsu...dan kerana keistimewaan itu manusia mestilah diuji untuk mengukur sejauh mana keikhlasana dan ketaatannya kepada maha pencipta kan??betul tak??

berbalik kepada persoalan masihkah ada senyuman dalam tangisan??hurmmm sukar nak jelaskan sebab soalan ni selalu bermain difikiran aku..lebih2 lagi bila aku diuji oleh ujian allah..namun jika aku fikirkan kembali... kita selalu meminta cahaya mentari selalu menyinari..tapi allah melindungi mentari itu dan menurunkan hujan..disaat takkala hujan itu turun dengan lebat membahasi bumi..kita tidak terlepas dari terkena tempias airnya..basah seluruh badan kita dan kita mengigil kesejukkan..disaat itu kita yang pendek akalnya akan merasai itu adalah bala..dan yang berfikir dengan ilmu dan akalnya..akan mencari tersiratnya kejadian itu...dan allah tidak sekejam yang difikirkan..allah tidak membenarkan mentari muncul lagi tapi ia mengadakan pelangi yang indah untuk kita tatapi..dan dengan beransur-ansur mentari dijelmakan disebalik celahan awan yang berarak bersama air hujan itu...kalau kita fikirkan kembali kenapa allah wujudkan kesedihan,ujian dan bermacam-macam dugaan kepada kita??kerana allah menyayangi setiap hambanya...allah selalu mengingatkan kita yang selalu melupainya takkala mentari selalu bersinar...tapi kita manusia selalu menyalahkan hujan jika ia trun dan membasahi kita..sedangkan kita lupa untuk berfikir dan merasai nikmatnya hujan itu turun...begitu juga lah dalam kehidupan sebenar manusia..selalu gembira dengan nikmat yang allah bagi tetapi bila allah turnkan ujian..kita selalu menyalahkan ujian itu..apalah sekali sekala kita cuba berfikir dan menikmati ujian itu..nescaya kita akan merasa manisnya ujian itu dan sekali gus kita dapat memunasabahkan diri...

walau dalam tangisan itu..kita masih mampu tersenyum..walau air mata itu deras jatuh ke pipi..kita masih boleh untuk mernikmati saat itu..walaupun kesedihan menusuk jiwa..kita masih dapat nikmati nikmatnya.. sebenarnya ia bukan mudah untuk kita melakukan praktikal seperti apa yang tertulis dalam post ni..aku juga mengaku..walaupun aku menulisnya..aku juga kekadang tertewas apabila menghadapi situasi seperti ini..yer la manusia ni walaupun sebaik-baik kejadian..allah akan menyelitkan juga kekurangan atau kelemahan kepada manusia..jadi sebab itulah tiada manusia yang sempurna didunia ni..so nak melakukan praktikal yang aku nyatakan diatas memang susah tapi sebenarnya tidak mustahil... manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya...manakan dapat mutiara kalau lautan dalam takut untuk diselami dan manakah boleh kita berkata tidak sebelum langkah kita mulakan...kesukaran yang allah berikan dalam kehidupan ini adalah kayu pengukur kepada seseorang untuk membuktikan keikhlasan nya kepada pencipta..so... selagi terdaya usahalah dan jangan mudah untuk berputus asa dengan ujian yang diturunkan oleh allah kepada kita....

mungkin selepas ini, dalam tangisan itu akan wujudnya bibit-bibit kemanisan dengan senyuman dan air mata yang mengalir itu dibayar dengan kemanisan senyuman yang terukir..walaupun dengan pahit ia muncul..namun tidak mustahil ada kemanisan yang menunggu disebalik senyuman dalam tangisan itu..jom kita fikirkan bersama....

No comments:

Post a Comment