Friday, October 12, 2012

adakah hidup ini begitu berliku??

 hidup... mungkin ramai yang mengeluh dalam kehidupan..dan ada juga yang gembira dengan apa yang dialauinya setiap masa..seperti sang miskin yang selalu tersenyum walaupun makanan dan taraf kehidupannya daif, dan si kaya berkerut dahinya selalu kerana memikirkan duniawi dan hal kerjayanya... namun adakah hidup mereka betul2 fositif ataupun kehidupan mereka hanya berteraskan keduniaan??

dan apa pula kehidupan bagi diri aku yer??xde apa yang aku fikirkan dalam setiap detik masa itu berjalan...bagi aku, setelah aku disahkan berpenyakit kronik, dalam 2 tahun pertama itu, hidup aku umpama berada dalam gua yang gelam...bak kata najwa latiff "kosong,kosong,kosong"..hahahaha tapi itulah yang aku rasa dalam 2 bulan pertama itu..entah mengapa dan kenapa nikmat hidupku ditarik ...selalu juga aku bertanya..dan kerana penyakit itu, aku menjadi orang yang rendah keyakinan dirinya...huhuhhuh..sampai nak mengorat pown malu...hahahah..ok..hahah namun aku masih boleh hidup dengan rasa yang gembira dan gembira... setelah sekian lama aku menjalani kehidupan dalam "gua gelap", allah hadirkan seorang teman yang sudi menyayangi aku seadanya..disaat itulah aku mula menjadi semakin berkeyakinan,aku tak tahu kenapa tapi itulah kehidupan,di ibaratkan sebagai roda yang selalu berputar..dan dengan kehadirannya aku menjadi seseorang yang berani...seseorang yang tinggalkan 'gua gelapnya" buat selama-lamanya...

tapi..inilah kehidupan..ia selalu bergerak dan apa yang akan berlaku di hadapan sukar untuk diramal...mungkin hari ini kita bahagia, tapi adakah kebahagiaan itu berkekalan sehingga ke esoknya??atau mungkin ia akan ditarik atau digandakan??x siapa yang tahu akan masa hadapannya.. begitu lah aku...siapa aku untuk meramal kehidupan aku dihadapan??betul manusia hanya merancang namun yang menentukan adalah yang maha kuasa..dan manusia..terimalah dengan hati yang ikhlas...aku kehilangan orang yang memberi aku kekuatan dalam kehidupa...namun aku tak pernah hilangkan senyuman di bibirku...aku cuba untuk mengubat luka itu dengan senyuman dan cuba menyembunyikan kepahitan disebalik senyuman yang diukir...dan yer aku berjaya...berjaya menipu orang sekeliling aku bahawa akulah seorang yang selalu gembira didunia tapi itu secara luaran..aku tak salahkan takdir..tidak sekali2...malahan aku selalu berfikir...mengapa aku diuji begitu??adakah aku ini seorang hamba yang tidak bersyukur??selama aku mencari jawapan itu...aku didatangi dengan pelbagai dugaan dan cabaran..aku lalui dengan hati yang terbuka..tanpa aku merungut walau sedetik..kenapa yer??kerana soalan itu sebenarnya adalah kelemahan dan kekuatan aku...dan jawapan untuk soalan tu ada dengan aku selama ini..

"KITA SELALU MEMINTA SANG MENCARI MENYINARKAN ALAM, NAMUN ALLAH MENDATANGKAN HUJAN YANG AMAT LEBAT, KITA KEBASAHAN DAN HAMPA,,MENGAPA HUJAN YANG DITURUNKAN...DAN KITA HAMPA, TANPA KITA SEDARI, ALLAH MENBERIKAN KITA PELANGI YANG INDAH SELEPAS REDANYA HUJAN "

apa maksudnya yer??mungkin ayat ini selalu kita dengar tapi adakah kita faham??sedangkan aku sendiri tidak memahaminya dulu... dan kini aku tahu...disebalik kata2 ini tersembunyi satu maksud yang akan menjadikan kehidupan itu berwarna-warni ibarat pelangi...apa maksudnya yer?? mungkin kalau ditanya kepada 100 orang..kita akan dapat jawapan yang berbeza...dengan versi yang berbeza..namun main pointnya adalah sama..bagi aku maksud yang dicari ada dalam diri setiap orang yang membacanya...

selalu sahaja manusia itu ditimpa segala ujian ..hanya untuk dinaikkan martabatnya dan diuji keimanannya..jika ada yang faham..mereka akan mensyukurinya , namun jika yang tidak faham??melatah dan terus melatah...ak terfikir..dimana kah letaknya diri aku yer??adakah seorang yang faham ataupun seorang yang melatah??apa sebenarnya ini semua?

dalam hidup aku, aku cuba menyembunyikan kesedihan dan menyebarkan kegembiraan, cuba untuk menyerap kesakitan orang lain supaya dia terus tersenyum...dan aku selalu mahukan kegembiraan orang sekeliling itu terus berkekalan..namu siapa aku untuk melakukan semua itu??apa kelayakan aku??xde kelayakan langsung dan aku tak de hak nak buat orang gembira dan melarang orang untuk bersedih...tapi aku tetap mahu mencuba dan biarlah aku terus mencuba,walaupun resultnya belum pasti... :)

kenapa kita selalu menjadikan hidup ini complicated sangat yer??xbole ker kalau kita just follow the step...make a move and enjoy it?hahahah betullah..jika kita seronok menjalani kehidupan ini,tampa mengeluh, kita akan merasai kenikmatan nya walaupun kita berada dalam ruangan permasalahan...namun bukan senang untuk itu...harus punya hati yang besar...cam ner nak dapatkan hati yang besar itu yer??

setiap manusia telah ditetapkan journey mereka sendiri..mereka yang akan tetapkan cam ner nak menjalani kehidupan itu..pilihan ditangan mereka dan mereka harus berani untuk menanggung segala risikonya..macam aku sekarang...setiap apa yang berlaku , aku hanya enjoy..walaupun susah,walaupun payah, walaupun orang sekeliling tak faham..namun inilah dunia aku..selagi tidak bercanggah dengan agamaku..aku akan enjoy my journey...even its so hard..namun aku juga kekadang terfikr..bolekah aku terus bertahan dengan kehidupan sebegini?? but what matter happen..i always make my journey be fun..n i enjoy it ... :) becoz that is my choice for my life... dah akhir kalam..

" HIDUP MESTI CERIA,
JANGAN BERMASAM MUKA,
SENYUMLAH,
KERANA IA PENGUBAT DUKA.."

'JADIKAN PENGALAMAN HIDUP SEBAGAI SATU PANDUAN UNTUK BERJAYA"

jangan mudah mengalah yer FAZ... itulah semangat untuk aku..kamu ade???

No comments:

Post a Comment