Sunday, June 17, 2012

nikmat allah begitu luas...

apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini??hurmmm aku sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu,,,tapi yang aku tahu, allah sentiasa tolong aku dalam mencari setiap kekusutan yang aku hadapi. kenapa? meh nak gtau beberapa sebab

 

1. allah telah menarik nikmat kesihatan daripada aku sejak aku berusia 13 thn ag, sungguh muda usia 2 tapi ak dah terpaksa hidup dengan ubat2tan setiap hari. tapi allah maha adil kerana dia bukakan mata aku, dia tunjuk, yang ramai ag yang senasib dengan ak. tak cukup dengan itu, allah telah memberi nikmat lain yang aku kadangkala sedar dan kadangkala tak sedar.. seperti sekarang, hidup aku selalu ade kemeriahannya, allah ketemukan aku dengan kawan-kawan yang betul dan kini aku dapat merasai nikmatnya itu,

 

2. allah telah aturkan takdir aku dengan baik dan sempurna.. allah telah uji aku dengan banyak dan berkesan.. allah telah beri aku kawan dan kebahgiaan , allah juga ketemukan aku dengan sensara dan kesedihan.. kenapa?? krn itulah ujian dari Nya yang mengajar aku tabah.. berfikir dan cuba hadapi hidup dengan tenang, selagi allah tidak mengambil harta yang dipinjamkan ini.. roh.


3. allah sentiasa ada disetiap waktu nafasku dihela, setiap jantungku berdegup setiap waktuku terdetik.. aku merasakan aku insan yang bertuah sebenarnya..dan disitu aku rasa itulah pertukaran daripada nikmat yang allah tarik... allah hanya tarik satu tapi membalasnya dengan beribu... aku bersyukur...


mungkin banyak lagi nikmat allah terhadap aku yang tak dapat aku hitung namun itulah manusia..tak pernah lekang dengan kesalahan dan lupa..kerana itulah fitrah manusia.. mungkin kecewa yang allah datangkan pada kita pada suatu masa itu adalah ujian, dan dia akan beri kita satu , bukan satu tapi beribu ganjaran yang akan ditukarkan dengan kekecewaan yang didatangkan oleh Nya dulu, seperti aku aku sudah merasai kekecewaan dan aku cuba untuk tidak mendampingi kekecewaan itu lagi.. dan yakin lah dengan allah, kerana setiap apa yang diturunkannya ada sebab dan balasannya.. hanya allah yang tahu akan perjalanan alam ini, dan kita sebagai manusia.. cubalah untuk setia kepada pencipta, dan jangan melawan suruhannya.. aku belajar daripada dugaan yang allah berikan kepada aku.. dan nikmat allah itu luas..semestinya....

No comments:

Post a Comment